Jan 18, 2010

Buku The JAMAAT TABLEEGH and the Deobandis A critical Analysis of their Belief

ibnuhisyam »

Aslmkm w.b.t.,

JazakAllah kerana menjawab soalan2 saya sebelom ini.

Saya ada memiliki buku The JAMAAT TABLEEGH
and the Deobandis A critical Analysis of their Beliefs, Books and Dawah yang saya perolehi dari http://www.ahya.org, dan saya telah membaca buku ini beberapa kali.
Soalan saya:

1.Sejauh manakah kebenaran buku ini?

2.Adakah buku ini dikategori sebagai buku ilmiah atau buku hasutan atau apa?

2.Apakah sikap yang perlu saya ada apabila berhadapan dengan buku sebegini?

Saya minta maaf, tidak tahu nak post soalan ini di bawah tajuk yang mana satu.

JazakAllah


**********************************************
thtl »

wassalam

al-Jawab:

1) Buku itu memang benar, hasil kompilasi Syaikh Sajid A Kayum, moderator laman web salafi (ahya.org). Buku itu memang benar isi kandungannya

2) Ia adalah buku ilmiah kerana berdasarkan kajian terhadap gerakan dan bahan rujukan asli Jama'ate Tablighi (JT) dan mendapat bantuan dari pengkaji berbangsa India

3) Anda hendaklah mengambil sikap pertengahan memandangkan aliran Salafi yang dibawa oleh ahya.org memang bersifat terlalu keras dalam menilai orang lain dan menafikan kebaikan pihak yang dikritiknya. Walaupun intipati kajian ahya.org terhadap JT itu benar, tapi ia dilakukan dengan keras dan bertujuan mematahkan semangat dan persaudaraan sesama Islam.

Maka kami melihat, walaupun kajian Sajid itu baik dan ilmiah, tapi ia tidak bersikap adil kepada kedudukan JT di India dan permasalahan umat Islam India yang menjadi minoriti dan sentiasa ditindas oleh umat Hindu. sekian

0 comments:

Post a Comment