Jan 16, 2009

Cinta Itu Buta

Salam

saya ingin bertanya pada ahli panel..
mungkin soalan ni ganjil bunyinya..

kata2 yg slalu kita dengar "cinta itu buta"..
adakah ianya sabda nabi?
sebab saya seolah2 pernah terbaca bahawa ini sabda nabi..
minta di clarify kan dr pihak panel yg arif..

Jazakillah

********************
Salam

Ini bukanlah sabda Nabi S.A.W. ini hanyalah pepatah orang melayu.

sekian.
_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih ust Zayed diatas jawapan diatas. Bukan hanya pepatah orang Melayu, pepatah ini dah menjadi pepatah universal. Orang putih kata "Love is Blind", orang Arab kata "الحبّ أعمى".

Cuma yang bahaya dari pepatah ini ialah, apabila sepasang kekasih sedang bercinta, pepatah ini akan menghalal apa-apa yang diharamkan Islam. Cinta itu lahir dari perasaan yang suci, seperti cinta ibu kepada anak, manusia kepada haiwan peliharaannya, akan tetapi semuanya ada mempunyai keterbatasannya tersendiri. Islam tidak menghalang perasaan cinta. Yang membutakan cinta adalah Hawa Nafsu dan Syaitan!!

Islam mewajibkan agar kita tidak BUTA didalam memilih jodoh. Sabda Nabi saw :

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

"Wanita dikahwini kerana EMPAT perkara : Hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya. Pilihlah yang ada agama, moga tangan anda disapukan dengan debu (iaitu moga anda bahagia) - [Hadith riwayat al-Bukaari #5090, Muslim #1466].

Persoalan perkahwinan berdasarkan kepada konsep 'cinta itu buta' telah di jawab oleh ahli Majlis Fiqh Kuwait, Dr Ahmad Haji Al-Kurdi seperti berikut :-

Soalan :--

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وبعد..............
انا فتاة أبلغ من العمر سبعة عشر سنه أحببت رجلا يبلغ من العمر 21سنه وروحي وحياتيمتعلقه بهذا الشخص علما أنني تعرفت عليه عبر الهاتف وقد أصبح كل شيء في حياتي حيث انني قد رأيت هذا الشخص وقابلته....فما رأيك هل أوافق على الزواج من هذا الشخص , أنني انتحر

"Bismillah, alhamdulillah hi Rabbil'aalamin, wabadu
Saya seorang wanita yang telah mencapai umur 17 tahun dan mencintai lelaki yang berumur 21 tahun, dan mengenali lelaki tersebut melalui talipon, dan beliau telah menjadi setiap perkara didalam penghidupanku, dan aku telah melihat orang tersebut dan bejumpanya.......maka apakah pandangan anda sekiranya saya bersetuju mengkahwini lelaki tersebut, sesungguhnya aku ingin membunuh diri"

Jawapan Dr Ahmad :--

هذه المعرفة غير كافية للإقدام على الزواج منه، وعليك أن تعرفي أهلك به، وأن تأخذي رأيهم فيه، ولا تخرجي عن مشورتهم في ذلك، لأن الحب أعمى.
والله تعالى يوفقك لكل خير.
والله تعالى أعلم.

أ. د. أحمد الحجي الكردي

"Pengetahuan ini tidak mencukupi untuk memulakan perkahiwinan dengannya, keluarga kamu hendaklah mengenalinya, dan kamu hendaklah mengambil pandangan mereka mengenainya. Anda hendaklah tidak membantah terhadap keputusan mereka atas dasar cinta itu buta. Moga Allah memberi taufiq kepada kamu untuk segala kebaikan. Wallahu' ta'ala 'Alam." [sumber fatwa : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=351#707 ]

Maka dengan itu, pepatah Cinta itu buta memang pasti bukan dari hadith, dan ianya tidak valid didalam faktor memilih jodoh menurut perspektif Islam. Didalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. WA.

wassalam

3 comments:

Unknown said...

Salam...
maaf sy mencelah.... di sini sy ingat meminta pendapat.. sy ade mengenali seorang lelaki ttapi tidak penah bertegur sape.. pd satu hr sy ade mimpi kan lelaki tersebut.. dalam mimpi itu sy bergurau senda dengan lelaki tersebut..

selepas sy mendapat mimpi tersebut lama kelamaan sy dah blh bercakap dan bertegur sape dengan lelaki tersebut...

di sini sy ingat tahu apakah maksud di sebalik mimpi itu...


sarah

Aizuddin said...

Sukar untuk menafsir mimpi sarah ni melainkan ulamak yang benar2 arif tentang mimpi. Mengikut ulamak ada 3 jenis mimpi... mimpi mainan tidur (mimpi biasa), mimpi kerana mainan syaitan dan mimpi benar, sukar untuk dipastikan yang mana satu.

Mimpi juga boleh menjadi satu medium sihir yang melibatkan jin. Sekiranya dengan tiba2 dan tanpa sebab sarah diatangi rasa cinta atau rindu yang teramat tinggi (luar biasa) kepada sipolan harus berhati-hati (ini bukan tuduhan cuma untuk langkah berjaga-jaga kerana sihir pengasih amat dahsyat akibatnya). Jangan berjumpa bomoh untuk mengesahkannya sebaliknya berjumpa dengan alim yang menjalankan rawatan Islam rawatan al Quran 100%.

Perkenalan di peringkat awal telah di jawab oleh panel fiqh negara Kuwait seperti di atas.

Unknown said...

Salam...

Maaf tkasih jawab yg diberi... Sy masih keliru dan tertanye2.. sipolan ni seorang yg pendiam. Ibu sipolan merupakan ibu angkat sy.. Sipolan mempunyai 3 adik beradik. Sy duduk satu rumah dengan akak sipolan... Memang setiap hr sy akan kerumah ibu angkat sy.. Hubungan sy dengan ibu sipolan seperti ibu sendiri.

Hampir 2 tahun sy x penah bercakap dengan sipolan sbb sy takut dan sipolan pun x penah bckp dengan sy. Dlm mase 2 tahun tu juga lah kami selalu berpandangan dr jauh.
Dalam bulan 2 (Feb) sy x tau macam mane sy blh mintak tolong sipolan belikan barang. Ape yg sy lihat kalau sy mintak tolong belikan barang atau ape saje dia x penah ckp x. Dalam bulan dua (Feb) sy mimpi 2 ke 3 kali sy bergurau dan gelak tawa dengan sipolan..

Selang 2 hr kemudia setiap kali sy nak bertembung dengan sipolan sy rase berdebar2. Bile sy lihat sipolan perasaan tu terus hilang.Lame kelamaat ape yg sy lihat dia dah mule nak senyum n bertegur dengan sy.. Sebelum ni x penah dalam mase yg same sy dapat lihat sipolan macam takut nak semyum. Begitu juga dengan sy.

Sy tau cinta itu x blh di pakse. Cinta itu hadir dengan sendiri. Tapi benar kah itu cinta???

Sebelum ini sy pernah bercinta selame 3 tahun tapi dalam mase yg singkat sidia berkahwin dengan org lain.. Sebelum itu sy juga ade mimpikan sidia.. Dlm mimpi itu sidia tinggalkan sy tampa sebarang sbb n tampa satu kate putus. 2 ke 3 hari lepas itu kebenaran itu benar2 terjadi.

Sarah,

Post a Comment