Dec 30, 2008

Hukum Tonton Filem Hantu/Cinta

Salam
Apakah hukum seseorang itu menonton filem hantu dan filem cinta antara sepasang kekasih yang banyak ditayangkan dan digemari pula oleh kebanyakan remaja?

terima kasih.

_________________
Salam

Pada asalnya menonton TV hukumnya mubah. Namun hukum ini boleh berubah kpd makruh maupun haram jika isi rancangan dilihat itu ternyata bertentangan dgn syara'. Adapun gejala sekrg yg menonjolkan kisah2 cinta, bahkan tidak menghiraukan batasan syara' dalam hubungan sesama bukan mahram merupakan satu perakra yg nyata haram. dan melihatnya juga ternyata bertentangan dgn roh Islam yg mementingkan kesucian serta memelihara akhlak umatnya. Saya percaya sdr dan juga pengunjung semua mengetahui apakah batasan syara' dalam hal ini. BErikut saya sertakan jwpn THTL berkaitan menonton kemungkaran di dalam TV

--------
1. Memang ada segelintir orang Islam yg telah memusnahkan TV atau membuangnya ke dalam sungai kerana contentnya yg tidak sesuai dengan adabul Islam. Namun, TV adalah teknologi dan yg bersalah ialah pihak yg menyalurkan siaran dan contentnya (isinya). Anda tidak bersalah kerana jika berdepan dgn realiti yg dipaksakan ke atas anda, maka anda hendaklah bijak mengambil atau menonton sekadar yg perlu sahaja. Disiplinkan diri anda. ia sama dengan kita di mana saban hari di tempat kerja atau di supermarket kita terdedah dgn melihat kebanyakan wanita yg tidak menutup aurat, maka kita menjaga pandangan kita atau memandang sekadar yg perlu sahaja (Dr Abdullah Nasih Ulwan)

SJ-1057: Dosa lihat TV dan Osama
------

Tanggungjawab seseorang muslim itu ia mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemngkaran. Ini berdasarkan kpd sebuah haids yg famous yg bermaksud:

Dari Abu Sa'id al-Khudri ra katanya, "Aku telah mendgr Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dgn tangan. Jika tidak mampu maka ubahlah dgn lidahnya. Jika tidka mampu maka ubahlah dgn hatinya, dan itulah selemah2 iman."[HR Muslim]

Kesimpulannya, kita harus sentiasa berwaspada dgn isi kandungan rancagan yg kita lihat. Jgn sehingga kita terperangkap dan akhirnya mendapat dosa akibat kelalaian kita. Berisghtifar dan mohonlah keampunan dr Allah swt sentiasa. WA.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment