Dec 21, 2008

Nyanyi Lagu Asing Yang Tak Diketahui Maknanya

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Jikalau kita menyanyi lagu-lagu dalam bahasa lain…(spt hidustan…cina…jepun…dll) ttp yang tersirat pada hakikatnya di sebalik setiap baris lagu tersebut …adalah tidak kena dengan syariat Islam….atau pun kadang-kadang tu…lagu-lagu tersebut sebenarnya merupakan lagu yang digunakan oleh kaum/bangsa tersebut untuk upacara-upacara keagamaan mereka… DAN MASALAHNYA…kita TIDAK FAHAM (maksudnya…)

Jadi… seandaninya terjadi perkara sebegini…. Apa hukumnya?

2. Sekiranya kita terucap…”la ilah” (tiada tuhan) sewaktu melatah dsb… apa hukumnya?

Wallahua’lam

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
Alhamdulillah , segala puja-puji hanyalah untuk Allah Ta’ala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .

Selamat bersua kembali dan terima kasih kami ucapkan kepada Saudara VhoutenJr yang budiman . Nampaknya setelah sekian lama saudara tidak pulang bercuti di kampung , saudara sekarang dapat juga sekarang bersenang-senang di kampung dan juga “ membalas dendam apabila dapat “ mengadap komputer “ dengan menghantar banyak soalan ke al-Ahkam Online .

Alangkah bagusnya kalau semua pemuda / I bersemangat seperti saudara untuk mempelajari agama Islam . :yess

Ishh…macam-macam dan beraneka rupa pula soalan Saudara VHOutenJr ni ya . Walau bagaimana sekalipun , kami akan tetap cuba menjawabnya sekadar ilmu dan kemampuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala ini .

{ 1 } ~ MASALAH LAGU YANG TIDAK DIFAHAMI :

Saya kira tidak perlu untuk kami membahaskan lagi masalah LAGU / MUZIK MENURUT PANDANGAN ISLAM memandakan ia sudah acap kali dibicarakan di dalam web al-Ahkam Online ini . Sila SEARCH ataupun lihat ARKIB masalah-masalah tersebut .

Yang menjadi masalah sekarang ialah LIRIK SESEBUAH LAGU , dan memanglah lirik ini lebih perlu diutamakan daripada iramanya ( lagu ) kerana lirik inilah yang menjadi perkara utama yang perlu difokuskan untuk memberikan sesebuah hukum .

Taqlid Buta-Tuli pula sudah lama menguasai dan menyebabkan kekaratan di kalangan umat Islam , sehinggakan taqlid yang paling merbahaya , mengikut secara membuta-tuli dan membabi-buta segala apa yang diimport daripada Barat ; positifnya dan negatifnya ( sayangnya umat Islam ini lebih mudah dan cepat meniru budaya masyarakat Barat yang keji berbanding yang terpuji ) .

Saya masih ingat , ketika saya bersekolah menengah dahulu ( sebelum masuk sekolah menengah agama ) saya selalu duduk berkumpul dengan beberapa orang rakan yang dikala itu terpengaruh dengan muzik rock ( sampaikan ada band sendiri ) . Mereka sering menyanyikan beberapa lagu yang popular di kala itu dan diantaranya yang menyebabkan saya terkejut ialah apabila mereka menyanyikan lagu [color=blue] ENTER SANDMAN [/color] yang biasa dimainkan oleh Kumpulan Metallica , lebih-lebih lagi apabila mereka sampai ke :

“ now I lay me down to sleep
pray the lord my soul to keep
if I die before I wake
pray the lord my soul to take “

Bahkan ada pula di kalangan rakan-rakan lain pula yang mudah terpengaruh pula dengan lagu-lagu [color=blue] HINDUSTAN [/color] sehinggakan lagu keagamaan mereka ( Hindu ) pun turut sama didendangkan secara taqlid buta . Contohnya lagu : [color=blue] HARI RAMA – RAMA KRISHNA [/color] . Sedangkan Krishna itu sendiri dianggap anak kepada Tuhan Brahma oleh para penganut Hindu .

Kembali kita kepada soalan pertama di atas . Kalau kita sendiri tidak faham apakah erti lagu-lagu yang dinyanyikan itu , bagaimana pula kita hendak memberikan hukum ke atasnya ? .

Oleh itu , lihat dan telitilah terlebih dahulu , apakah lagu-lagu itu lagu-lagu patriotik , lagu-lagu rakyat ( yang biasa dinyanyikan oleh kumpulan pengakap seperti CHAK CHU MALAY ) ataupun lagu-lagu keagamaan orang-orang bukan Islam .

Bukankah lagu-lagu di dalam bahasa yang kita fahami bersama masih banyak dan masih boleh memberikan manfaatnya ( seperti lagu yg bertemakan kekeluargaan , kasih-sayang ibu-bapa , mencintai tanah air pertiwi , lagu-lagu menyemai budi-perkerti mulia dsbgnya ) ? .

[color=blue] Adapun mengenai lagu-lagu keagamaan mereka , ataupun yang berunsurkan agama mereka , maka sudah tentu HARAM kerana tabiat ( jati diri ) dan ciri-ciri sesebuah lagu keagamaan ialah memuja-muji tuhan-tuhan dan dewa-dewi mereka . [/color]

Jadi , apabila menyanyikan lagu-lagu yang tidak difahami , maka hendaklah kita berhati-hati , lebih-lebih lagi lagu-lagu yang berunsur agama mereka ,

Sikap orang-orang beriman ialah sentiasa berhati-hati dan berwaspada serta selalu pula meninggalkan perkara-perkara yang tidak memberikan faedah kepadanya .

{ 2 } ~ MASALAH TERLATAH :

Saudara sendiri menggelar ia sebagai TERlatah . Kata “ TER “ ini biasanya dipakai untuk sesuatu perkerjaan yang dilakukan tanpa niat dan tanpa sengaja , contohnya : “ TERjatuh “ , “ TERtelan “ , “ TERlambat “ dan sebagainya . Selain itu ia juga digunakan dengan membawa makna PALING , AMAT dan SANGAT , contohnya : “ TERtinggi “ , “ TERpandai “ , “ TERbesar “ dsbgnya .

TERLATAH tidaklah dikira berdosa di dalam agama , termasuklah TERsalah sebut , TERlatah dan TERsasul ( di dalam istilah nahu B. Arab dikenali sebagai “ Badal Gholat “ ) kalimah-kalimah suci kita . Kecualilah jika seseorang itu berlatih untuk MELATAH seperti sesetengah pengamal ajaran sesat yang mengatakan bahawa itu adalah SYATHAT ( latah ) sehingga mengaku menjadi Tuhan akibat latihan melatah itu .

Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda mengenai hal tidak sengaja ini melalui sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Umar al-Khattab r.a dan Saidina ‘Ali r.a :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنِ الْمَجْنُونِ الْمَغْلُوبِ عَلَى عَقْلِهِ حَتَّى يَفِيقَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ

Ertinya : Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda : (( “ Diangkat qalam ~ tidaklah dianggap berdosa~ daripada 3 kategori umat Islam . ( 1 ) ~ Seseorang yang ditimpa penyakit gila sehinggalah dia sedar , ( 2 ) ~ Seseorang yang tidur sehinggalah dia terbangun daripada tidurnya , dan ( 3 ) ~ Daripada budak kecil sehinggalah dia bermimpi ~ ‘aqil baligh “ )) [/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh ( 4 / 560 , Hadis : 4403 ) , al-Imam at-Tirmidzie rh ( 4 / 24 , Hadis : 1423 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( Bahagian kedua , halaman ke- 16 ) .


Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Tsauban r.a :

رُفِعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهَِ

[color=blue] Ertinya : (( “ Diangkat daripada umatku ~ tidak dianggap berdosa ~ ketersalahan , kelupaan dan disebabkan dipaksa “ )) [/color] ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh ( 1 / 659 , Hadis : 2045 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( Bahagian kedua , halaman ke- 16 ) .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

0 comments:

Post a Comment