Apakah perkara2 yang haram di dalam solat tetapi tidak membatalkannya?
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Anak Ayub daripada Serdang .
Sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini , kami masih belum menemui satu ISTILAH ( Definasi ) yang mengatakan adanya perkara-perkara yang haram dilakukan di dalam sembahyang akan tetapi tidaklah membatalkannya .
Di sini mungkin timbul persoalan di kalangan sebahagian kita : [color=blue] “ Bagaimana pula dengan seseorang yang bersembahyang , akan tetapi dia teringat seorang wanita yang seksi dan yang menggiurkan . Tidakkah ini haram tetapi tidak pula menyebabkan sembahyangnya batal ? “ .
Kami Jawab : [/color] Ya , memang benar . Mengkhayalkan ataupun membayangkan seperti itu memang haram , bukan sahaja di dalam sembahyang malahan di luar sembahyang pun turut sama haram hukumnya .
Dan apabila ia berlaku di dalam sembahyang , ia tidaklah dinamakan sebagai [color=blue] “ al-MUHARRAMAT “[/color] ( Perkara-Perkara Yang Dilarang / Diharamkan ) , Cuma ia dinamakan sebagai [color=blue] “ an-NAWAQIS “[/color] ( Beberapa Perkara Yang Mengurangkan Pahala Sembahyang ) .
Oleh itu , tidak ada ( sepanjang pengetahuan kami ) apa yang dinamakan sebagai perkara-perkara yang haram dilakukan di dalam sembahyang ( al-Muharramat ) , tetapi tidak membatalkannya . Ini sebabkan lawan bagi [color=blue] “ al-Muharramat “[/color] ialah [color=blue] “ MA YAJUZ FI’ELUH FI as-SOLAH “[/color] : Apa – Apa Yang Harus Dilakukan Di Dalam Sembahyang .
Kalau Saudara Anak Ayub memang tahu apakah perkara-perkara yang haram dilakukan di dalam sembahyang akan tetapi tidak pula membatalkannya , maka silalah beritahu kami mengenainya . Mudah-mudahan kami juga dapat “ tumpang sekaki “ dan “ tumpang semangkuk “ ilmu yang saudara miliki itu .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
10 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
10 / Jun / 2003 M
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment