ssalamualaikum...
Ustaz,
apakah dia perkara-perkara yang tak memerlukan niat untuk jatuh sesuatu hukum ke atas perkara-perkara tersebut sekiranya terjadi?
Sekian . Terima Kasih.
Wassalam.
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Sebelum diberikan jawapan bagi persoalan yang saudara kemukakan itu , marilah kita bersama-sama memerhatikan dua perkara penting di bawah ini :
[color=blue] 1 - NIAT : ( النية ) : [/color]
Menurut pengertian bahasa Arab ialah : “ Berazam untuk melakukan sesuatu perkara “.
Manakala menurut kehendak syarak pula ialah : “ Niat ialah satu tujuan yang bermaksud untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala , dengan melakukan sesuatu perkara yang disuruh , ataupun dengan meninggalkan satu perkara yang ditegah daripada melakukannya “.
[color=blue] 2 – MELAFAZKAN NIAT ( التلفظ بالنية ) : [/color]
Melafazkan niat ialah menuturkan satu keazaman yang tersirat di dalam hati.
[color=blue] *** PENJELASAN ***[/color]
Jika seseorang itu mengambil wudhuk ? maka apakah tujuannya dia mengambil wudhuk itu ? , Jika jawapannya disebabkan dia hendak melakukan solat , maka itulah maknanya dia telah berniat untuk mengambil wudhuk . Kehendak dan tujuannya mengambil wudhuk disebabkan hendak melakukan solat itulah dinamakan sebagai “ Niat “.
Begitulah juga , jika seseorang itu bangun untuk bersahur di bulan Ramadhan , maka bangunnya itu sudah dikira sebagai niat , kerana dia bangun dengan tujuan ( dengan niat ) untuk bersahur dan dia bersahur pula untuk menunaikan puasa Ramadhannya.
Tapi jika seseorang itu hendak solat lalu mengucapkan : “ USOLLI ….” , ataupun jika dia hendak berpuasa lalu dia pun menyebut : “ NAWAITU SAUMA ….. “ , maka kedua-dua itu bukanlah NIAT tetapi itu adalah MELAFAZKAN NIAT !.
[color=blue] NIAT tempatnya di hati kerana niat itu berpunca daripada situ . [/color]
[color=blue] MELAFAZKAN NIAT pula tempatnya di mulut , kerana niat tidaklah boleh dilafazkan melainkan oleh mulut. [/color]
[color=blue] NIAT adalah sesuatu yang dituntut oleh syarak sebagai membezakan sesuatu amalan itu , sama ada ianya dilakukan dengan tujuan sebagai ibadat ataupun tidak. Dan Niat juga dituntut untuk membezakan di antara perkara-perkara ibadat yang dilakukan , samada ianya dilakukan sebagai ibadat yang wajib ataupun selainnya. [/color]
[color=blue] MELAFAZKAN NIAT pula , tiada panduannya daripada ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w melainkan di beberapa perkara yang sedikit sahaja , bukan pada kesemua ibadat. [/color]
Oleh itu, tidaklah munasabah jika semua perkara yang memerlukan niat itu , perlu juga dilafazkannya . Contohnya jika seseorang itu berniat ( bermaksud ) hendak memberi salam ke atas seseorang yang hampir dengannya , adakah dia perlu melafazkan niat itu dengan kata-kata seumpama : “ Sengaja aku berniat untuk memberi salam ke atas Pak Haji ini sebanyak sekali salam , kerana Allah Ta’ala “ !? . Maka jawapannya ialah TIDAK PERLU BEGITU KERANA TIADA CONTOHNYA DARIPADA ALLAH TA’ALA DAN RASUL-NYA S.A.W !.
Begitulah juga jika seseorang itu berniat untuk menziarahi Web Al-Ahkam.Net ini , maka sudah tentu dia juga tidak diperintahkan untuk mengucapkan niatnya seperti : “ SENGAJA AKU CONNECT INTERNET INI SEBAB HENDAK MELAWAT WEB AL-AHKAM. NET , KERANA ALLAH TA’ALA ! “.
Dan kami rasa, tidaklah juga kami memperjelaskan persoalan seperti adakah melafazkan “ USOLLI “ itu ataupun “ NAWAITU “ itu ada contohnya daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w dan perselisihan umat Islam mengenai hal itu , kerana bukanlah di sini tempatnya yang sesuai untuk menjelaskan permasalahan itu.
[color=blue] PERKARA – PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT : [/color]
Disebabkan NIAT itu disyariatkan demi untuk membezakan di antara sesuatu yang dilakukan kerana adat – kebiasaan ataupun kerana ibadat , maka bagi PERKARA-PERKARA YANG BETUL-BETUL IBADAT SECARA MUTLAK @ TOTAL @ TOTOK ( Pure Worship ) TIDAKLAH MEMERLUKAN NIAT , KERANA PERBUATAN ITU SENDIRI , ADALAH PERBUATAN YANG TIDAK DAPAT DIKATAKAN IANYA DILAKUKAN BUKAN DISEBABKAN IANYA ADALAH IBADAT.
Oleh itu sesuatu perbuatan yang sudah tentulah ianya adalah IBADAT MUTLAK , yang tidak dapat lagi disangkal bahawa ianya betul-betul ibadat mutlak, maka perkara-perkara seperti itu tidaklah berhajat kepada NIAT , contohnya :
Beriman kepada Allah Ta’ala dan mengenal-Nya , takut dan berharap hanya semata-mata kepada-Nya , Membaca Al-Quran dan berzikir serta berwirid , semuanya itu tidak memerlukan niat , kerana rupa-bentuk amalan tersebut sendiri sudah menunjukkan bahawa ianya adalah IBADAT YANG MUTLAK !.
KECUALILAH jika membaca Al-Quran itu disebabkan nazar , maka hendaklah disertakan dengan NIAT ( sila bezakan NIAT dengan MELAFAZKAN NIAT ini baik-baik ! ) supaya dapat dibezakan samada membaca Al-Quran itu kerana wajib ( seperti kerana nazar tadi ) ataupun kerana sunat hukumnya !.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
**************************************
[color=blue] RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN : [/color]
1 – AL-MAQASID ASY-SYAR’IYAH FIL QAWA’ID AL-FIQHIYYAH
Oleh Prof. Dr . Abdul Aziz Azzam ( Penasihat Rektor Universiti Al-Azhar )
Ms 57 – 70 , Terbitan : Darul Bayan Littob’ie Wan Nashr , Madinah Nasr, Cairo.
2 – LAIN – LAIN BAHAN BACAAN
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
2 / Sya’aban / 1423 H
9 / September / 2002 M
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment