Dec 30, 2008

Kamar Syurga Bagi Pemberi Salam

Assalamualaikum sahabat dan ahli panel Al-Ahkam semua,

Baru baru ini ana ada menerima satu e-mail yang seperti dibawah:

############ ################## #################
KAMAR-KAMAR DI SYURGA - bagi pemberi salam

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."

Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
################# ########### ###################

Harap ahli panel Al-Ahkam dapat memberi pendapat atau pandangan akan hadis ini.

Terima kasih

_________________
Salam

Apa yang disebutkan oleh saudara merupakan gabungan hadith2 dikumpulkan menjadi satu hadith. Namun demikian, qaedah ini menyalahi methodology para fuqaha hadith kerana di sana ada disiplin seperti isnad dan matan. Namun demikian, sekiranya kita pecah2kan, nescaya kita akan mendapat kembali siapa perawinya dan matan yang asal. Adalah lebih baik kita mengumpulkan hadith2 itu mengikut susunannya. Di bawah saya sertakan hadith2 yang berkaitan (tidak semua).

وعن عبدالله بن سلام رضي الله عنه عن النبي صلي الله وسلم قال ايهاالناس أفشواالسلام وأطعموا الطعام وصلوا با لليل والناس نيام تد خلوا الجنة بسلام
-----------------------------

Dari Abdullah bin Salam R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Wahai manusia hendaklah kamu banyak memberi salam, memberi makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.” (Riwayat At-tirmizi)

‏حدثنا ‏ ‏عمرو بن خالد ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏الليث ‏ ‏عن ‏ ‏يزيد ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الخير ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن عمرو ‏ ‏رضي الله عنهما ‏
‏أن رجلا سأل النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أي الإسلام خير قال ‏ ‏تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف

Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah S.A.W menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal mahupun tidak kalian kenal" (Riwayat Bukhari - Kitabul Iman)

Kedua hadith ini adalah sahih. Namun ia tidaklah berdiri dengan sendiri. Ia berkaitan dgn tajuk2 lain. Bila dikumpulkan kesemua hadith2 berkaitan, Ia adalah salah satu amalan dan adab seorang mukmin antara dia dgn Allah, dia dgn insan lain di mana ia boleh menghapuskan dosa-dosa. Ini menggambarkan bahawa agama Islam itu syumul, bukan sekadar sembahyang atau puasa tetapi berbuat baik kpd insan lain. Yang lainnya seperti kelebihan solat berjamaah kita sedia maklum akan kelebihannya (Dari Abu Hurairah R.A Sahih Bukhari mereka yang solat berjamaah di pagi dan tghhari akan di tempatkan khas dlm jannah).

Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment