Dec 20, 2008

Kritik Mengkritik Ulamak

Salam

saya, seperti juga mana2 sedara2 kita yg lain, sebenarnya, berasa sudah muak dgn persoalan kritik mengkritik sesama ulamak nih....geng ni kata Ibn Taimiyah salah, geng nih kata Syeikh Al-Albani salah, yg ni pulak kata Syed Qutb salah, tak kurang juga yg kata Syeikh Muhammad Rashid Ridha dgn Syeikh Yusuf Qardawi....pendek kata, takde satupun ulamak kat muka bumi ni yg tak menerima apa2 tentangan....dan saya yakin, panel al-ahkam pun semakin tak larat dah nak menjawab soalan2 berbangkit pasal isu2 ni (kaum tua- kaum muda, ibn Taimiyyah, Wahhabi, etc..)...

so, soalan ringkas saya, ialah, apa kapasiti kami sbg org awam bila kami dengar ulamak2 di sebelah pihak menghukum ulamak2 di sebelah pihak lagi dgn tuduhan2 yg keras? maksud tuduhan keras ni, bukan pasal kritik kesilapan dlm kitab2 ke, atau fatwa2 yg diberikan, tapi tuduhan kafir, mubtadi (innovator), fasiq, dajjal, zindiq, dsbnya.
Apakah kami perlu turut sama ikut mana2 ulamak dlm menyatakan ulamak sekian sekian dgn tuduhan tersebut?
Bolehkah orang2 awam seperti kami berlepas diri sahaja daripada memberikan tuduhan2 sebegini, yakni senyap sahaja tanpa memberikan apa2 jawapan?
Saya musykil sbb ada hadis pasal orang2 yg tahu kebenaran tapi tak cakap, adalah seperti syaitan bisu. Sayapun tak larat dah membaca hentaman2 terhadap ulamak2, esp yg dah meninggal dunia. :confused:

Harap panel al-ahkam dpt jelaskan dgn detail utk kami org2 awam ni.

Jazakumullahu khairan kathiran.

Wassalam
Jawab:

Ini adalah langkah2 yg perlu diikuti oleh orang awam dalam persoalan agama mereka:

a. Mereka hendaklah mendapatkan ulama' yg dikenali (terpuji akhlaknya, hidup bersama masyarakat dan ilmunya mantap dan sejajar dgn amalnya)

b. mereka hendaklah bertanyakan hukum-hakam dan selokbelok ajaran agama sahaja

c. orang awam hendaklah menjauhi perbahasan mengenai kritikan antara ulama'.. Ini kerana orang awam datang kpd orang alim hanya bertanyakan hukum bukannya membuat kajian terhadap ulama'. Mereka yg membuat kajian mengenai ulama' ialah ahli akademik dan mereka yg mendalami agama.

Inilah saran Imam Hasan Albanna kepada orang awam yg belum sampai ke peringkat nazar, hendaklah mengikut mana-mana Imam atau madzhab yg diyakininya. WA

0 comments:

Post a Comment