Jan 16, 2009

Susulan Tentang Ruqyah

Assamualaikum,

JKK ustad kamin,

Tambahan pada persoalan ruqyah, kita dapati masyarakat amnya agak keliru apabila "berubat"secara ruqyah terutama dalam hal2 jin/syaitan/makhluk halus. Rata2 ramai meng"consult" ustad atau org alim tanpa melalui garis panduan seperti di atas. Sebab ada pengamal jampi yg menyalahgunakan ayat Quran dsb serta "berkawan"dgn jin/syaitan/makhluk halus utk berubat. Setahu saya jika tidak berhati2 lantas perbuatan tersebut tergolong dalam syirik serta melanggar akidah. Saya tidak pasti tapi pernah saya terjumpa hadis saranan serta larangan rasullulah pada awalnya menggunakan ayat Quran utk berubat tetapi selepas itu dibenarkan. antara sebabnya adalah abuse al-quran dalam hal2 ghaib terutama larangan dalam satu hadis lain melarang sama sekali mendekatkan diri dgn jin//makhluk halus kerana tidak diketahui baik/jahat mereka tu.

JKK

******************
wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan Zubayr_72 atau setidak-tidaknya memberi pandangan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benarlah apa yang dikata oleh sdr bahawa makhluk halus ini disebabkan ia bersifat ghaib, amat sukar untuk diketahui akan niat dihati mereka. 'Berkawan' dengan makhluk seperti ini amatlah tidak digalakkan. Akan tetapi, ada juga situasi yang melbatkan manusia berpeluang bercakap dengan Jin. Sheikh Abdul al-Kareem al-Khudayr
menjawab :-

مخاطبة الجن ممكنة ، والإخبار عن المغيبات ، وما في النفس ، من ادعاء علم الغيب فهو حرام ، والذين يستخدمون ألفاظا ً وكلمات من القرآن ليسيطروا على الجن ، وسائلهم غير شرعيه غالبا ً ، فاستخدام الجن من خصائص سليمان عليه السلام ، ولذا لمّا أراد النبي عليه الصلاة والسلام أن يوثق الجنيّ الذي تغلّب عليه في صلاته تذكر دعوة سليمان عليه السلام فتركه .

"Manusia boleh bercakap dengan Jin, tetapi mencari perkara yang ghaib dan mengetahui sesuatu didalam hati seseorang adalah haram hukumnya. Biasanya mereka yang menggunakan ayat-ayat al-Quran bertujuan untuk menguasai Jin. Penggunaan cara ini tidak islamik. Menggunakan kuasa Jin hanyalah satu kuasa yang diberikan kepada Nabi Sulaiman as. Malah Nabi saw mahukan Jin yang datang semasa solat diikat, dia teringat akan do'a Nabi Sulaiman dan tidak melakukannya"

Bercakap dengan Jin boleh berlaku didalam situasi apabila kita diketemukan dengan Jin, dan bukan kita sengaja mencari Jin. Tambah Shiekh al-Khudayr lagi :

والكلام مع الجن إن حصل من غير سببٍ منك فلا مانع من أن تتكلم معهم بل يستحب دعوتهم إلى دين الله والاستقامة على شرعه كما يُدعى الأنس ، ولا يُنصح بقراءة كتب ، ولا قراءة القرآن من أجل ذلك فالقرآن لم يُنزل لهذه الأمور بل أُنزل ليكون نبراسا ً ومنهجا ً في حياة المسلم ، يقتفي المسلم أثره باتباع أوامره واجتناب نواهيه .

"Bercakap dengan Jin tanpa sebab untuk mencarinya tidaklah ditegah, bahkan adalah mustahab untuk mengajak mereka (jin) kepada agama Allah dan patut kepada syariah, sepertimana yang dilakukan berdakwah keatas manusia. Tidak digalakkan membaca buku atau membaca ayat Al-Quran bagi tujuan ini, kerana alQur'an tidak diturunkan untuk melakukan perkara ini; ia diturunkan secara nur dan petunjuk didalam penghidupan seorang Islam, agar orang Islam dapat mengikutinya, mematuhi arahan dan mengelak dari apa yang dilarang"

Apakah hukumnya menggunakan khidmat Jin?

Disini kami memetik fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah Al-Daa'imah (1/407-408):-

لا تجوز الاستعانة بالجن في معرفة نوع الإصابة ونوع علاجها ؛ لأن الاستعانة بالجن شرك ، قال تعالى : " وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادوهم رهقا " الجن : 6 ، وقال تعالى : " ويوم يحشرهم جميعا يا معشر الجن قد استكثرتم من الإنس وقال أولياؤهم من الإنس ربنا استمتع بعضنا ببعض وبلغنا أجلنا الذي أجلت لنا قال النار مثواكم خالدين فيها إلا ما شاء الله إن ربك حكيم عليم " الأنعام 128 ، ومعنى استمتاع بعضهم ببعض أن الإنس عظموا الجن وخضعوا لهم واستعاذوا بهم ، والجن خدموهم بما يريدون وأحضروا لهم ما يطلبون ، ومن ذلك إخبارهم بنوع المرض وأسبابه مما يطلع عليه الجن دون الإنس ؛ وقد يكذبون فإنهم لا يُؤمَنون ، ولا يجوز تصديقهم

"Tidak dibenarkan memohon pertolongan dari Jin didalam mencari punca masalah dan cara menyelesaikannya! Kerana sesungguhnya memohon pertolongan Jin ada syirik. Firman Allah swt :

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. " - [al-Jinn 72:6]

"Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami. (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui." - [al-An’aam 6:128]

Makna ayat "kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan)" menunjukkan bahawa manusia pergi kepada Jin dan menyerah diri kepada mereka bagi mendapatkan pertolongan, dan Jin telah berkhidmat untuk mereka dan membawa kepada mereka apa yang mereka kehendaki. Ia termasuklah memberi maklumat mengenai jenis sakit dan sebabnya, kerana Jin boleh memberitahu kepada manusia apa yang mereka tidak tahu, akan tetapi mereka mungkin berbohong, kerana mereka tidak boleh dipercayai, dan tidak dibenarkan mempercayai mereka. Wallahu'alam" - tamat petikan fatwa

-----
Dari fatwa diatas jelas menunjukkan jika kita berhadapan dengan Jin, kemungkinan kita boleh berbicara dengannya. Akan tetapi umat Islam tidak dibenarkan mempelajari ayat-ayat dari Al-Quran yang disalah gunakan untuk tujuan memanggil Jin. Penggunaan Jin hanya diperbolehkan kepada Nabi Sulaiman as. Kita tidak dibenarkan mempergunakan Jin dan juga mempercayai berita yang dibawa oleh Jin, ini adalah kerana kemungkinan Jin tersebut akan berbohong. Ulama' mengatakan bahawa Jin tidak tahu rahsia alam ghaib. Maka eloklah kita berhati-hati didalam mencari tukang ubat atau Raaqi. Malahan fatwa-fatwa mengenai pengubatan sihir secara Islam telah dikeluarkan oleh Lembaga tetap fatwa dan penyelidikan Arab Saudi untuk kita amalkan.

wassalam

===========
Rujukan

1. Fataawa Al-lajnah Daa'imah - 1 (Aqidah). cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

0 comments:

Post a Comment