Jan 22, 2009

Definasi Fitnah

assalamu'alay-kum...

ana ada sedikit kemusykilan...

dlm ISLAM... apa sbnrnya yg dimaksudkan dgn FITNAH ?? adakah kategori² tertentu dlm pembhgn jenis nya??

cth kita slaloo dengar,

"HUKUMNYA HARAM KERANA BOLEH MENIMBULKAN FITNAH" ..

adakah FITNAH yg dimaksudkan dlm method penetapan HUKUM FIQH spt di atas itu, sama shj dgn FITNAH yg sebagaimana kita semua faham maksudnya ..??

sbb... kita semua faham.. FITNAH itu kira mcm lebih kurang mereka² cerita yg x benar... so... FITNAH yg dimaksudkan oleh FIQH ISLAM itu apa?

mohon penjelasan ....

WA

*************
ziy@d

salam

Fitnah mempunyai 2 makna:

1. Berita atau khabar angin yg tiada asasnya. Atau lebih dikenali sbg Al-Ifk atau al-fitan.


إِنَّ الَّذِينَ جَآءُوا بِالإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنْكُمْ

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta (Al-Ifk) itu ialah segolongan dari kalangan kamu…” (Surah An-Nuur: ayat 11)


وَقَـتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..” (Surah al-baqarah: ayat 193)

فَقَالَ : قَاتَلْنَا حَتَّى لَمْ تَكُنْ فِتْنَة وَكَانَ الدِّين لِلَّهِ وَأَنْتُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تُقَاتِلُوا حَتَّى تَكُون فِتْنَة وَحَتَّى يَكُون الدِّين لِغَيْرِ اللَّه

Kata Ibn Umar dlm satu riwayat bukhari mengenai ayat 193 (al-baqarah) ketika perang saudara melanda dgn Ibn Az-Zubair: “Kami telah berperang sehingga tiada lagi fitnah dan agama Allah menjadi satu. Kamu mahu berperang sehingga adanya fitnah hatta agama ini ada selain dari Allah.” Maksudnya, agama lain tidak benar dan tertegak agama yg haq.

Jadi boleh disimpulkan, fitnah membawa maksud: perkara yg tiada asas, perkara yg tidak benar
قال عمر رضي الله عنه : ( إياكم والفتن فإن وقع اللسان فيها مثل وقع السيف ).

Berkata Umar Al-Khattab R.A: “Berhati2lah kamu terhadap fitnah. Satu perkataan ketika fitnah adalah seumpama pedang yg tajam.”

2. Ujian, pancaroba dan yg semakna dgnnya:

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah fitnah…" (Surah At-taghaabun: ayat 15)

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian." (surah al-anfal: ayat 28)

Berhubung dgn HARAM hukumnya menimbulkan fitnah, ia merujuk kpd menyebarkan berita2 yg tidak ada asal usulnya.
_________________
kamin
Panel Feqh

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. JKK Ustaz Ziy@d. Sedikit tambahan mengenai definasi fitnah dari segi lughah/bahasa. Ibn Faaris (Maqaayiis al-Lughah, 4/472) berkata : "Fa-ta-na (فَتَنَ )merupakan perkataan asal bagi perkataan ujian atau percubaan". Dari aspek kata-kerja (fa'il), Fa-ta-na boleh bereti Agh-Ra (أَغْرَى) iaitu GODA atau menawan, cubaan, persona, glamour, memukau, keinginan. Ia juga boleh membawah erti Sa-ha-ra (سَحَرَ ) atau sihir.

Maka Fit-Nah (فِتْنَة ) boleh bererti - godaan, tarikan, terpedaya, yang masdarnya إِغْراء . Ia juga boleh membawa erti Mih-Nah (مِحْنَة) iaitu bala, bencana, cubaan, tribulasi dsb.

Didalam Lisaan al-'Arab, Ibn Mansur telah memetik kata-kata Ibn al-'Arabi mengenai fitnah. Fitnah ialah :-

a. Fitnah bermaksud ujian - (الفتنة الاختبار)
b. Fitnah bermaksud cubaan - (الفتنة : المحنة )
c. Fitnah bermaksud harta kekayaan - (الفتنة : المال )
d. Finah bermaksud anak-anak - (الفتنة : الأولاد)
d. Fitnah bermaksud kufur - (الفتنة الكفر )
e. Fitnah bermaksud perbezaan pandangan antara manusia - (الفتنة اختلاف الناس بالآراء)
f. Fitnah bermaksud membakar dengan api - (الفتنة الإحراق بالنار)

WA.wassalam

0 comments:

Post a Comment