tag:blogger.com,1999:blog-16695042549068938292024-02-20T16:38:34.801+08:00Soal Jawab Pelbagaiaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.comBlogger240125tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-47011484079922137602010-01-28T19:22:00.000+08:002010-01-28T19:22:58.345+08:00Tempoh Rasulullah saw DimaqamkanISLAMUNTUKSEMUA »

Salam.

Boleh saya tahu :

1] Pukul berapa nabi Muhammad wafat?

2] Pukul berapa nabi Muhammad dikebumikan? Adakah pada hari yang sama?

3]Jenazah muslim yg meninggal dunia, apakah tempoh maksimum untuk tidak dikebumikan? 24 jam? 48 jam?

Sekadar pencerahan. Terima kasih krn sudi menjawab.

Abu_Umair »

بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat pada hari Isnin. Pada waktu mana, ia khilaf antara sejarawan Islam, kerana perbezaan antara riwayat.

- Ada yang mengatakan baginda wafat pada waktu Dhuha. Daripada Al-Auzaie:

توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين قبل أن ينتصف النهار

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wafat pada hari Isnin, sebelum masuk waktu tengahari". (Al-Bidayah Wa al-Nihayah 5/275).

- Ada pendapat mengatakan baginda wafat pada sebelah petang, selepas tergelincir matahari. (Uyun al-Atsar 2/434).

Berdasarkan kepada hadis Anas Bin Malik:

آخر نظرة نظرتها إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم كشف الستارة والناس صفوف خلف أبي بكر رضي الله عنه فأراد أبو بكر أن يرتد فأشار إليهم أن امكثوا وألقى السجف وتوفى من آخر ذلك اليوم وذلك يوم الإثنين

".....Dan baginda wafat pada sebelah akhir pada hari itu, hari Isnin".

(Hadis Anas ini direkod dalam Bukhari dan Muslim, tetapi lafaz di atas adalah lafaz dalam Sunan Nasaie no: 1831).

Kata Ibn Katsir: "Ia menunjukkan bahawa kewafatan baginda berlaku selepas tergelincir matahari". (Al-Bidayah Wa Al-Nihayah 5/275).

2) Tentang pengkebumian juga, ada khilaf adakah ia berlaku pada waktu siang, ataupun malam.

Pendapat yang lebih masyhur ialah jenazah baginda dikebumikan pada malam Rabu, antara waktu pertengahan malam hingga ke waktu akhir malam.

Daripada Ibn Abbas:

ثم دفن صلى الله عليه و سلم وسط الليل من ليلة الأربعاء

"Kemudian baginda Sallallahu Alahi Wasallam dikebumikan pada pertengahan malam, malam Rabu". (Sunan Ibn Majah no: 1628).

Daripada Asiyah:

مَا عَلِمْنَا بِدَفْنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى سَمِعْتُ صَوْتَ الْمَسَاحِي مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ لَيْلَةَ الْأَرْبِعَاءِ

"Kami tidak mengetahui tentang pengkebumian Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam sehingga aku mendengar bunyi cangkul-cangkul pada akhir malam, malam Rabu". (Musnad Ahmad 14333)

3) Terdapat hadis yang menggalakkan supaya dipercepatkan urusan jenazah. Tetapi boleh diperlewatkan jika ada sebab syar'ie, seperti menunggu kepulangan keluarga, atau mengumpulkan lebih ramai orang yang bersembahyang ke atas jenazah.

Jika dibimbangi kelewatan menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada jenazah, seperti berbau atau berubah, wajib disegerakan pengkebumian.

Wallahu A'lam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-49781056569438287922010-01-18T20:35:00.001+08:002010-01-18T20:35:15.502+08:00Siapa Nusaibah?manjalara »

salam

saya nak tahu siapakah sebenarnya saiditina nusaibah. ::lol:

sejauh manakah kebenaran tentang keberanian Nusaibah dalam peperangan Uhud.

wassalam!

kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Nusaibah adalah anak kepada K'ab al-Ansariyah dan isteri kepada Zaid bin 'Asim. Beliau dikenali dengan gelaran Umm Ummarah. Merupakan para sahabat dikalangan wanita yang menyertai Jihad. Beliau merupakan dikalangan para sahabat yang menyertai bai'ah al-Aqabah.

Mempunyai 2 orang anak lelaki; Abdullah dan Habib. Nusaibah terlibat didalam peperangan Uhud, Hunain dan al-Yamamah. Anak beliau Habib telah dibunuh oleh Musailamah al-Kazzab. Apabila mengetahui anaknya dibunuh oleh Musailamah, beliau berazam membunuh Musailamah atau mati didalam tugasan tersebut. Anaknya Abdullah telah membunuh Musailamah didalam peperangan tersebut, dan Abdullah juga telah syahid. Tangan Nusaibah telah terpotong dan beliau menerima 14 kecederaan dibadannya. Beliau telah berjihad bersungguh-sungguh didalam perang Uhud.

Ibnu Sa’ad telah mencoretkan didalam kitabnya Thabaqat : Ummu Ummarah telah masuk Islam, dia telah menghadiri malam perjanjian Aqabah dan berbai’at kepada Rasulullah S.A.W. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyah, Umrah Qadha’, Perang Hunain, Perang Yamamah di mana tangannya terpotong, serta pendengar hadith Rasulullah :saw.

Ibnu Sa'ad telah menjelaskan bahawa Nusaibah membawa air pada peperangan Uhud. Apabila beliau melihat para sahabat meninggalkan Nabi :saw, beliau terus melindungi Nabi :saw dengan pedang dan panah, dan beliau telah terluka pada peperangan tersebut. Maka dengan itu beliau digelar Perisai Rasulullah :saw!

Moga-moga Allah melimpahkan rahmat kepada Nusaibah dan merupakan dikalangan penghuni Syurga.

Sekian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-8269486014172406652010-01-18T20:33:00.001+08:002010-01-18T20:33:01.556+08:00Bai'ah Tentera Fisabilillahawoi »

Assalamualaikum semua,

saya baru dlm forum ni...baru join...x brp reti lagi nk mengajukan soalan2 ni...ni baru nk test power...hehehe

nk tanya...

betulkah pada zaman rasulullah dulu...angkatan tentera fisabilillah ni kena bersumpah dengan quran...taat kepada pemerintah,menyebarkan syiar islam dan lain2 yg memperjuangkan islam...dan amalan ini mmg benar dilakukan oleh rasullullah sendri?

sbb pada masa ini famous dengan kumpulan 3line,asalnya PEKIDA, tp sbb da menyimpang...tu pasal jd 3 lines,sarjan,apa lagi tah...

tp antara syarat dan peraturan,sumpah dgn quran,taat kepada ketua dan kena kena jaga ahli2 supaya berada di jalan lurus la... in term of perjuangan tu, adakah ianya mmg dilakukan oleh rasullullah?

cuma ahli2 ni je yg salah guna,salah perjuangan

kamin »

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Kami meminta maaf tidak dapat menjawab persoalan yang menyentuh persatuan Pekida atau 3 line oleh kerana tidak mengetahui bagaimana perjalan persatuan ini.

Menurut Ibn Khuldon didalam Muqaddimah, bai’ah adalah ikrar / janji untuk ta’at. Secara umumnya, ba’aih dilakukan kepada pemimpin yang beragama Islam sahaja. Sumpah ketaatan dengan pemimpin atau Bai’ah tidak dilakukan dengan menggunakan al-Quran pada zaman baginda :saw.

Nabi :saw menerima ba’iah seseorang lelaki dengan perkataan dan juga sambil berjabat tangan. Didalam kes ba’iah wanita Islam, ia dilakukan dengan perkataan sahaja, sebagaimana didalam sebuah hadith A’ishah ra berkata :-

“Tidak, demi Allah, tangan Rasullulah :saw tidak pernah menyentuh mana-mana wanita. Malah dia menerima bai’ah mereka dengan perkataan sahaja” [Hadith Riwayat Bukhari #5288, Muslim #1866].

Imam al-Nawawi rh ketika mensyarahkan hadith ini berkata : Ini menunjukkan bagi semua wanita, bai’ah dilakukan dengan perkataan sahaja, tanpa mengambil tangan pemimpin, dan bagi kaum lelaki ia dilakukan dengan perkataan dan mengambil tangannya.

Ta’at kepada pemimpin adalah selama-mana pemimpin tersebut taat kepada perintah Allah swt dan Rasulnya, dan berhukum dengan syariat Allah swt. Firman Allah swt :-

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.” [Surah al-Maaidah : 50].

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” [Surah Saad : 26]

Secara kesimpulannya, bersumpah atau aku janji atau ba’iah kepada pemimpin tidak memerlukan seseorang itu memegang al-Quran. Adalah memadai bagi kaum perempuan dengan perkataannya dan bagi kaum lelaki dengan perkataan sambil berjabat tangan. Ketaatan kepada kepimpinan Islam itu wajib selama-mana dia taat kepada perintah Allah dan Rasulnya.

Sekian, wassalam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-75922879759939337482010-01-18T20:29:00.000+08:002010-01-18T20:29:36.812+08:00Perang Karbalameon_infinity »

salam kepada semua,

bleh ana tahu seejarah ringkas perang karbala yg diwar2kan kuat oleh syiah??

kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Pertempuran Karbala berlaku pada 10 Muharram, 61 Hijrah di Karbala (Iraq). Peristiwa melibatkan penyokong dan kaum keluarga cucu Nabi saw, Husein ibn Ali dan tentera Yazid bin Muawiyah yang pada masa itu sebagai Khalifah Bani Umaiyyah. Bersama Husein Ibn Ali terdiri daripada 72 orang (lelaki dan wanita). Tentera Yazid pula dikatakan terdiri dari 4,000 orang.

Pertempuran itu dikatakan berlaku ditebing Sungai Furat, dengan kekalahan di pihak Husein, dimana pihak lelaki terbunuh dan semua wanita dan kanak-kanak ditawan.

Peristiwa ini bukanlah berlaku disebabkan oleh pertentangan aqidah, fahaman, pemerintahan atau mazhab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar didalam bukunya As-Sawa'iq Al-Muhriqah bahawa ia bukanlah penentangan Husein terhadap kerajaan, akan tetapi ia adalah penentangan terhadap perlantikan Khalifah yang tidak disukai oleh rakyat, sebagaimana katanya : Mengembalikan umat datukku. Ini membawa maksud menamatkan amalan rasuah, korupsi dan kembali menyatukan ummah.

Syiekh Faizal Moulawi menyimpulkan bahawa terdapat 2 faktor penentangan Husein ibn Ali yang masyhur :-

a. Menolak jawatan Khalifah yang diberikan kepada Yazid kerana perlantikan tersebut tidak mendapat restu rakyat.

b. Menolak amalan korupsi dan diktator yang diamalkan oleh Yazid

Peristiwa ini yang menjadi subjek perbincangan mengenai keadah perlantikan Imam dari kalangan kumpulan2 Islam. Syiah mengatakan bahwa Imam dilantik oleh Allah swt, maka timbullah teori 12 Imam. Pihak yang lagi situ mengatakan bahawa Imam atau Ketua yang dilantik hendaklah direstui oleh rakyat, Kontrovesi yang berlaku didalam sejarah Islam kebanyakkannya berpusat kepada 2 pegangan ini.

Orientalis Barat telah mengambil kesempatan dari perasaan ketidak puasan Syiah untuk memburuk-burukkan Khalifah Yazid, kononnya Husein bin Ali telah disembelih oleh Yazid. Disana ramai ahli sejarah mendapati Husain bin Ali dibunuh oleh pengikut Syiah dari Kufah sendiri , dan bukan oleh tentera Yazid.

Mengenai sikap terhadap Yazid, Ibn Taimiyyah rh menyebut bahawa datuknya Abu Abdullah ibn Taimiyyah pernah ditanya mengenai Yazid dan beliau berkata : kita tidak menafikan kebaikkan yang beliau ada dan juga sikap melampau mengenai mereka. Ini merupakan pandangan yang adil [Majmu' Fataawa, 4/481].

Sebagai kesimpulan, penentangan yang berlaku bukanlah diantara dua pihak yang mempunyai fahaman yang berbeza, akan tetapi kedua-dua Ahli Sunnah (bukan Sunni vs Syiah). Pihak Husein menentang akan kepincangan yang berlaku didalam pentadbiran Yazid. WA,

Sekian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-82994297584431301612010-01-18T20:26:00.000+08:002010-01-18T20:26:55.081+08:00Bukan Islam Dalam Kerajaan Islamabu_abdirRahman »

assalamualaikum ahli panel yang dirahmati Allah,

ana nak tny, pd zaman rasuluLlah, adakah org2 bukan Islam diberi apa jawatan atau kedudukan penting dalam kerajaan?

ada x ayat al-Qur'an yg mengharamkan mengambil org kafir sbg pemerintah, menteri dsb?

al-jawhar »

Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Setakat maklumat dan pencarian yang kami lakukan , kami tidak menemukan contoh dizaman Rasulullah saw yang melantik orang bukan Islam sebagai orang yang berkedudukan penting dalam kerajaan.

Walaubagaimana pun kaum muslimin pada zaman dahulu ( zaman selepas kewafatan Rasulullah saw ) pernah melantik orang-orang Ahli Zimmah menjadi menteri atau penguatkuasa , terutama pada zaman khilafah Abbasiyyah dan tidak ada seorang pun alim ulama yang menginggkari perkara tersebut.Kecualilah jika para menteri / penguatkuasa non muslim itu bersikap sewenang-wenangnya terhadap kaum muslim. ( Fiqh al-Daulah , As-Syaikh Dr. Yusof al-Qaradhawi )

Mengenai dengan ayat al-Quran yang mengharamkan mengambil orang kafir sebagai pemerintah ialah seperti mana yang berikut :

1. Surah an-Nisa , ayat 141 :

“dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.”

2. Surah Ali Imran , ayat 28 :

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pelindung,teman,pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).”

3. Surah al-Mumtahanah , ayat 1 :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.”

Walaubagaimana pun ayat tersebut tidaklah boleh dijadikan dalil mutlak untuk menolak terus kepimpinan masyarakat non-muslim dalam struktur pentadbiran sesebuah Negara Islam.Ini kerana pendapat kebanyakkan majoriti ulama ialah membenarkan pembabitan masyarakat non-muslim dalam pentadbiran selagi mana majoriti para pemimpin / perwakilan dalam sesebuah pentadbiran itu masih lagi dikuasai / dimonopoli oleh orang Islam.

Dalilnya ialah firman Allah swt dalam surah al-Mumtahanah , ayat : 8 :

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-19289496086670642912010-01-18T20:23:00.002+08:002010-01-18T20:23:54.623+08:00Al Imamah Al Khilafah Wizarah TafwidGuest »

salam

apakah itu al-imamah,al-khalifah,wizarah attafwidh,wizarah tanzif,dan manasib addiniyyah

boleh bagi contohnya tak...

then dalil dan rujukannya

Abu_Umair »

Imamah dan Khilafah

Imamah dan khilafah bermaksud kepimpinan tertinggi dalam Negara Islam. Individu yang menjawat jawatan ini digelar imam atau khalifah.

Kata Ibn Khaldun: Mengambil alih tugas empunya syariat (Rasulullah SAW) dalam memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya dinamakan khilafah dan Imamah.

Imamah berasal daripada imam solat, kerana rakyat mesti taat kepada pemimpin sepertimana makmum mesti mengikuti imam solat jemaah. Manakala khilafah bermaksud mengganti.

Wizarah Tafwidh dan Tanfiz

Tafwidh bererti menyerahkan. wizarah tafwidh ialah satu jawatan tinggi dalam Negara Islam, di mana imam atau khalifah boleh menyerahkan tugas-tugasnya kepada penjawatnya. Maka wazir dalam wizarah tafwidh ini syarat dan tugasnya sama seperti imam atau khalifah, kecuali dalam beberapa perkara. Dia juga boleh berijtihad dan memutuskan urusan dalam pentadbiran negara, termasuk dalam hal-hal jihad.

Tanfiz pula bermaksud perlaksanaan. Wizarah tanfiz adalah jawatan dalam Negara Islam, di mana imam mewakilkan kepadanya untuk melaksanakan urusan-urusan yang telah ditetapkan oleh imam. Wazir ini tidak boleh membuat ijtihad sendiri dalam urusannya. Dia cuma perantara antara pemimpin teringgi dengan rakyat jelata.

Manasib Diniyyah

Iaitu jawatan-jawatan dalam Negara Islam yang berkaitan dengan agama seperti: mufti, qadhi, badan hisbah dll.

rujukan:

-Masadir al-Tasyri'

-Al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh Mawardiaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-85907814088204372222010-01-18T20:21:00.000+08:002010-01-18T20:21:40.397+08:00Mengundi Calun Bukan Islamjuhari »

salam

Ustaz,apa hukumnya kita mengundi calon yang dari kalangan bukan Islam? dan dalam kes ni, tiada calon muslim yang bertanding di kawasan tersbut.

Terima kasih

thtl »

wassalam

al-Jawab:

1. Hukum mengundi calon non-muslim adalah dibolehkan dalam sistem politik kenegaraan moden. Demikian kata Prof Dr Abdul Karim Zaydan dalam ahkam alDzimmiyiin, hal 83. Tambahan lagi di Malaysia, ia sudah diamalkan pada 11 kali pilihanraya umum dan merupakan syarat kemerdekaan dari British.

2. Jika kita menerima hukum harusnya mengundi calon non-muslim dalam sistem politik moden, maka tidak ada masalah anda membuang undi bagi memilih wakil rakyat ke DUN dan Parlimen bagi kawasan yang tidak ada calon muslim di mana kawasan pilihanraya yang majoritinya kemungkinan adalah orang bukan Islam.

Isunya: ialah memilih kualiti calun atau parti. Ini adalah isu ijtihad peribadi seseorang sesuai dengan kematangan ilmu politik yang dimilikinya. Secara umumnya Islam mahu calon wakil rakyat non-muslim yang bersifat adil. Maksud adil ialah ia mempunyai sifat soleh yang lebih banyak dari sifat kejelikan, banyak khidmatnya dan bebas dari sifat2 yang merendahkan maruah (Ibn Nujaim, bahru Raiq, (7/100) Dalil AQ, terjemahnya:

" di antara ahlil kitab (warga non-muslim) ada mereka yang jika kamu mempercayakan harta yang banyak, niscaya dikembalikan kepadamu" AQT 3:75

Tetapi jika parti utama yang akan membentuk kerajaan adalah parti orang Islam dan ia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat, maka anda boleh saja memilih keutamaan parti ke atas peribadi. Pendek kata, anda boleh menggunakan kaedah Fiqh yang masyhur: "apa sahaja yang membawa mudharat kepada umat Islam wajiblah dihindari" (Ibn Nujaim, asybah wan nazair/92) Dalam mengaplikasikan kaedah fiqh ini, anda perlu bijak membuang undi, matlamat akhir ialah umat Islam mendapat maslahat dan menolak mudharat. sekian WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-59777085015151498082010-01-18T20:19:00.000+08:002010-01-18T20:19:09.796+08:00Perang Sifin dan Perang JamalGuest »

salam

1-adakah perang siffin itu sama dengan perang jamal??

2-bolehkah ahli panel terangkan sedikit berkenaan dengan sbb berlakunya perang tersebut.saya ada baca banyak pasal perang tersebut tp lain buku, lain penulis lain pulak versi jalan ceritanya..

3-dalam perang manakah ali berpeang dengan aisyah??kenapa boleh jadi begitu?

thtl »

wassalam

al-Jawab:

1. Perang Siffin dan Jamal tidak sama. Perang Siffin antara kem Khalifah Ali bin Abi Thalib vs Amir Mu'awiyah bin Abu Sufyan, manakala Perang Jamal antara Khalifah Ali bin Abi Thalib vs Ummul Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar(semuanya raa)

2. Sumber referensi peristiwa tsb masih belum diterjemah sepenuhnya (dari bahasa Arab), antaranya kitab Bidayah wal Nihayah oleh Ibn Kathir, Tarikh Tobari dan al-Awashim oleh al-Qadhi Ibn al-Arabi alMaliki.

Secara ringkasnya bila Khalifah ketiga (Uthman al-Affan ra) terbunuh oleh pemberontak yang menguasai Madinah, maka para sahabat berpecah kepada dua golongan:

satu: memerlukan masa utk menangkap pembunuh Uthman kerana kekuatan kumpulan pemberontak dan kekeliruan yang menyelubunginya.

kedua: pembunuh Uthman adalah top priority atau urusan yang perlu disegerakan tanpa tangguh (tarikh Tabari, jilid 4): amir Mu'awiyah dan 'Aisyah termasuk dalam kumpulan sahabat yang mahukan Ali segera menangkap pembunuh Uthman sebelum meminta bai'ah.

Kebanyakan sahabat Madinah ketika itu berada di Mekah kerana ia adalah musim Haji termasuk 'Aisyah. Aisyah mengumpul para sahabat dan bergerak menuju ke Iraq utk mengumpul lebih ramai tentera bagi mengusir tentera pemberontak yang masih berada di Madinah. Ali ra mengetahui misi Aisyah dan beliau sendiri keluar dan menghalang Aisyah dan berunding. Setelah berunding dan akhirnya mereka sudah berpuas hati, tapi pada malamnya pengkhianat (kemungkinan talibarut Ibn Saba') menyerang kedua-dua belah pihak dan berjaya menimbulkan panik dan akhirnya pertempuran meletus di kalangan sahabat dan akhirnya tentera Ali berjaya menguasai peperangan itu dan Aisyah di hantar pulang ke Madinah dan beliau akhirnya insaf akan kesilapannya.

Kemudian Ali terpaksa menghadapi amir Mu'awiyah sebagai Gabnur Syria, dia juga tidak akan memberi ta'at setia kepada Ali kecuali pembunuh Uthman di bawa kemuka pengadilan. Ali menjelaskan dia perlukan masa dan kekuatan utk bertindak. Tapi Mu'awiyah tidak bersetuju dan akhirnya Ali dan bala tenteranya bergerak menuju Syria untuk berunding dgn Mu'awiyah. Perundingan gagal dan akhirnya keduanya bertempur di medan Siffin.

Ini adalah isu ijtihad, ini kerana pihak Aisyah dan Mu'awiyah tidak memahami apa yang berlaku di Madinah dan tekanan yang dihadapi oleh Ali dalam menghadapi pembunuhan Uthman dan tekanan menghadapi kumpulan pemberontak yang mengepung Madinah.

Isu Ali-Mu'awiyah-'Aisyah telah dimainkan oleh Syi'ah khususnya dengan menonjolkan bahawa yang bersalah ialah Aisyah dan Mu'awiyah. Tapi yang sebenarnya, Aisyah dan Mu'awiyah cuma tersilap dalam ijtihad dan mereka berdua tidak ada motif lain dalam peperangan mereka dengan tentera Ali (Ibn Kathir, jld 8, ms 15)

3) Perang antara Ali dan 'Aisyah ialah perang Jamal. Ia berlaku kerana Aisyah ketika itu sedang mengerjakan Haji di Mekah dan ia mendapat berita bahawa Uthman telah dibunuh. Bila Ali tidak dapat membawa pembunuhnya kemuka pengadilan, maka Aisyah bertindak dgn mengumpulkan para sahabat di Mekah dan berarak menuju Iraq utk mengumpul tentera seramai mungkin dan kembali ke Madinah utk menguatkan Ali dan seterusnya menangkap pembunuh uthman. Ali juga tidak dapat gambaran sebenar kenapa Aisyah berbuat demikian. lalu dia keluar utk menghalang pergerakan Aisyah dan hasil dari espionage dan gerakan sulit pemberontak, maka tentera Ali dan Aisyah berperang dgn keadaan kelamkabut dan suasana panik.

Cerita sebenar, cuma boleh ditemui dalam kitab2 besar spt alBidayah oleh Ibn kathir dan Tarikh Tabari. sekian WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-20687890385426195972010-01-18T18:43:00.000+08:002010-01-18T18:43:19.742+08:00Apa Maksud Tahaluf SiasianakMINANG04 »

salam

Moga dirahmati Allah,

1) Apa yang dimaksudkan dengan 'Tahalluf Siasi'?

2) Apa beza ia dgn perkongsian kuasa?

3) Apakah yang dibolehkan dalam 'tahallauf siasi' yang dibenarkan syara'?

4) Bagaimanakah perlaksanaan perkongsian kuasa yg berlaku skg ini??

Mohon pandangan dr pengamatan semasa dan ilmu saudara panel...terima kasih

wassalam

thtl »

wassalam

al-Jawab:

1) Tahalluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana gerakan Islam memilih untuk bekerjasama dgn organisasi lain utk membina sebuah kerajaan. Idea tahalluf siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Ustaz Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwahnya di Egypt.

2) Perkongsian kuasa ialah perkongsian dalam memerintah sesebuah negara jika parti yang memenangi kuasa tidak mampu mentadbir sesuatu negara kerana kekurangan sokongan majoriti (2/3 majoriti) dalam sistem demokrasi.

3) Tahalluf siasi yang dibenarkan syara' ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip2 utama syara', contohnya akidah dan perundangan (hudud). Dalilnya: Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

4) Perkongsian kuasa yang berlaku sekarang ialah apa yang diamalkan oleh BN di mana UMNO bergabung dgn parti-parti lain untuk membentuk kerajaan dan menguasai 2/3 majoriti dalam parlimen.

Manakala tahaluf siasi dilakukan oleh PAS dengan menjalin kerjasama dengan parti-parti alternatif untuk mendapatkan kuasa politik.

Ruj:

1. syarh Risalah Ta'alim oleh Sa'iid Hawa

2. Fiqh Seerah oleh syaikh Muhammad al-Ghazali

3. Fiqh Seerah oleh TG Hj Abd Hadi Awang

sekianaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-9159420957820894732010-01-18T18:40:00.000+08:002010-01-18T18:40:33.738+08:00Buku The JAMAAT TABLEEGH and the Deobandis A critical Analysis of their Beliefibnuhisyam »

Aslmkm w.b.t.,

JazakAllah kerana menjawab soalan2 saya sebelom ini.

Saya ada memiliki buku The JAMAAT TABLEEGH

and the Deobandis A critical Analysis of their Beliefs, Books and Dawah yang saya perolehi dari http://www.ahya.org, dan saya telah membaca buku ini beberapa kali.

Soalan saya:

1.Sejauh manakah kebenaran buku ini?

2.Adakah buku ini dikategori sebagai buku ilmiah atau buku hasutan atau apa?

2.Apakah sikap yang perlu saya ada apabila berhadapan dengan buku sebegini?

Saya minta maaf, tidak tahu nak post soalan ini di bawah tajuk yang mana satu.

JazakAllah

thtl »

wassalam

al-Jawab:

1) Buku itu memang benar, hasil kompilasi Syaikh Sajid A Kayum, moderator laman web salafi (ahya.org). Buku itu memang benar isi kandungannya

2) Ia adalah buku ilmiah kerana berdasarkan kajian terhadap gerakan dan bahan rujukan asli Jama'ate Tablighi (JT) dan mendapat bantuan dari pengkaji berbangsa India

3) Anda hendaklah mengambil sikap pertengahan memandangkan aliran Salafi yang dibawa oleh ahya.org memang bersifat terlalu keras dalam menilai orang lain dan menafikan kebaikan pihak yang dikritiknya. Walaupun intipati kajian ahya.org terhadap JT itu benar, tapi ia dilakukan dengan keras dan bertujuan mematahkan semangat dan persaudaraan sesama Islam.

Maka kami melihat, walaupun kajian Sajid itu baik dan ilmiah, tapi ia tidak bersikap adil kepada kedudukan JT di India dan permasalahan umat Islam India yang menjadi minoriti dan sentiasa ditindas oleh umat Hindu. sekianaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-48291929085291597572010-01-18T18:37:00.002+08:002010-01-18T18:37:56.318+08:00Fardhu Jihadalkathiri »

Assalamualaikum Ustaz

ustaz, jihaad fisabillilah tu fardhu Ain atau fardhu kifayah. Nak kena tunggu ada khalifa ke tak

Abu_Umair »

jihaad fisabillilah tu fardhu Ain atau fardhu kifayah

Hukum asal Jihad Fi Sabilillah ialah FARDHU KIFAYAH menurut majoriti ulama. iaitu jika dilaksanakan tanggungjawab ini oleh sebahagian rakyat yang mencukupi, maka gugurlah dosa daripada yang lain.

Kata Ibn Rusyd al-Hafid: "Maka para ilmuan telah ijmak bahawa ia fardhu kifayah, bukannya fardhu ain, melainkan Abdullah bin al-Hasan yang berpendapat ia adalah sunat". (Bidayatul Mujtahid 2/380).

Syeikh Muhammad bin Abdul Rahman al-Dimasyqi al-Syafie berkata, "Para imam telah bersepakat bahawa jihad adalah fardhu kifayah, iaitu jika dilaksanakan tanggungjawab ini oleh sebahagian rakyat yang mencukupi, maka gugurlah dosa daripada yang lain. Dan diriwayatkan daripada Said bin al-Musayyib bahawa ia adalah fardhu ain" (Rahmatul Ummah m/s 292).

Tetapi hukum Jihad menjadi FARDHU AIN dalam kes-kes tertentu, seperti:

1- Apabila dikerahkan oleh imam untuk berjihad.

2- Apabila tentera Muslimin bertempur dengan musuh, maka fardhu ain bagi setiap yang menghadiri tentera muslimin untuk berjihad, haram berpatah balik.

3- Apabila musuh masuk ke dalam sesuatu negeri, maka fardhu ain atas rakyatnya berjihad mempertahankan negeri mereka.

(Al-Jihad; Ahkamuhu Wa Man Yad'uu Ilaih m/s 66).

Nak kena tunggu ada khalifa ke tak

Yang berhak untuk mengisytiharkan Jihad, dan wajib ditaati dalam urusan Jihad ialah al-Imam al-A'zam, iaitu pemimpin tertinggi. Pada zaman nubuwwah, pemimpin tertinggi ialah Rasulullah SAW. Pada zaman khulafa' dan selepas mereka, pemimpin tertinggi ialah khalifah, dan raja daulah Islamiyyah.

Pada zaman mutakhir, selepas negara umat islam dipecah oleh sempadan geografi, dan setiap negara ada pemimpin tersendiri, maka pemimpin tertinggi sesebuah negara itulah yang menjadi Imam A'zam (pemimpin tertinggi). Begitulah dijelaskan oleh ulama.

Berkata Syeikh Muhammad b Abdul Wahhab: "Para imam dari setiap mazhab bersepakat telah ijmak bahawa sesiapa yang memerintah sesebuah negara, maka dia dianggap sebagai imam dalam semua perkara. Kalau tidak, maka sudah pasti urusan dunia tidak terurus". (Al-Durar al-Saniyyah 9/5).

Al-San'aani berkata (ketika syarah hadis "Sesiapa keluar dari ketaatan dan meninggalkan jamaah lalu mati maka matinya adalah Jahiliyyah"), katanya: Maksud 'keluar dari ketaatan' ialah ketaatan kepada khalifah. Seoalah-olah maksudnya ialah khalifah setiap negara daripada negara-negara. Ini kerana, semenjak pertengahan zaman Abbasiyyah, manusia di dalam negara2 Islam tidak pernah bersatu di bawah satu khalifah. Bahkan, setiap tempat ada pemimpin masing-masing yang menguruskan pentadbirannya. Jika ditafsirkan hadis dengan maksud 'seorang khalifah yang disepakati oleh semua umat Islam', maka sedikitlah faedah hadis itu. (Subulul Salam 3/341).

Wallahu A'lam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-3356492932028994752010-01-18T18:36:00.000+08:002010-01-18T18:36:10.140+08:00Maksud Istilah Al Wala' dan Al Barra'shahnor77 »

Assalamu 'alaikum...

Panel2 al-ahkam.net yang dihormati,

Istilah al-Wala' & al-Barra' sering diucap2kan oleh sebahagian ummat ISLAM terutama apabila menyentuh soal ketaatan kepada kepimpinan. Kadangkala, istilah tersebut diucap sewenang2nya oleh sebahagian ummat ISLAM tanpa meletakkan istilah tersebut di tempat yang sepatutnya.

Bolehkah tuan2 panel al-ahkam.net menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan istilah tersebut?

Sekian, terima kasih.

wAllahu ta'ala a'lam.

thtl »

wassalam

Jawapan dari mantan Mufti KSA

Pertanyaan.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Kami mohon penjelasan tentang wala’ dan bara’ !

Jawaban.

Wala’ dan bara’ terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah, seseorang berlepas diri terhadap segala yang Allah berlepas diri darinya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Artinya : Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia ; ketika mereka berkata kepada kaum mereka, ‘Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiranmu) dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya”. [Al-Mumtahanah : 4]

Dalam ayat lain disebutkan,

“Artinya : Dan (inilah) suatu permakluman dari Allah dan RasulNya kepada manusia yang pada hari haji akbar, bahwa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri dari orang-orang musyrikin” [At-Taubah : 3]

Dari itu, setiap mukmin wajib berlepas diri dari setiap orang yang musyrik atau kafir. Demikian ini yang berhubungan dengan orang per orang.

Lain dari itu, hendaknya seorang muslim berlepas diri dari setiap perbuatan yang tidak diridhai Allah dan RasulNya, walaupun itu bukan kekufuran, seperti ; kefasikan dan kemaksiatan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Artinya : Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus” [Al-Hujurat: 7]

Jika seorang mukmin memiliki keimanan, tapi ada juga kemaksiatannya, maka kita loyal terhadapnya karena keimanannya dan membencinya karena kemaksiatanya. Yang seperti ini berlaku pada kehidupan kita, misalnya anda minum obat yang rasanya tidak enak dan anda tidak suka meminumnya, namun demikian anda menerimanya karena bisa mengobati penyakit.

Ada sebagian orang yang membenci mukmin yang berbuat maksiat melebihi kebenciannya terhadap orang kafir. Ini sungguh aneh, dan bertolak belakang dengan yang sebenarnya. Orang kafir adalah musuh Allah, RasulNya dan semua kaum mukminin, maka kita wajib membencinya dari dalam lubuk hati kita. Allah telah berfirman.

“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang” [Al-Mumtahanah : 1]

Dalam ayat lainnya disebutkan.

“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu) ; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata, ‘Kami takut akan mendapat bencana’. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya), atau sesuatu keputusan dari sisiNya. Maka karena itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka” [Al-Maidah : 51-52]

Orang-orang kafir itu tidak akan senang kepada kita kecuali kita mengikuti agama mereka dan menjual agama kita. Ini sudah ditegaskan Allah dengan firmanNya.

“Artinya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka” [Al-Baqarah : 120]

Dalam ayat lainnya disebutkan,

“Artinya : Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman” [Al-Baqarah : 109]

Kekafiran yang dimaksud adalah semua jenis kekafiran, yaitu pembantahan, pengingkaran, pendustaan, syirik, pembantahan dan sebagainya.

Adapun yang berupa perbuatan, hendaknya kita berlepas diri dari setiap perbuatan yang haram. Kita tidak boleh bersikap lembut terhadap perbuatan-perbuatan haram dan tidak boleh menerimanya. Terhadap seorang mukmin yang berbuat maksiat, kita berlepas diri dari perbuatan maksiatnya, tapi kita loyal terhadapnya dan mencintainya karena adanya keimanan pada dirinya.

[Majmu Durus Fatawa Al-Haram Al-Makki, Juz 3, hal.357-358]

Kesimpulan:

al-Wala' dan alBarra' ialah bagaimana kita nak salurkan kuasa kasih dan benci (the power of LOVE and HATRED) mengikut ketetapan AQ dan asSunnah. Dalam diri kita ada kuasa kasih (love) dan benci (hatred), maka bagaimana kita nak salurkan dua channel kuasa ini mengikut apayang Allah kehendakki. WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-54471601697070713472010-01-18T18:33:00.002+08:002010-01-18T18:33:53.599+08:00Fikrah Ikhwanul MusliminGuest »

salam,

Boleh tak para panel menerangkan fikrah ikwanul muslimin yang di asaskan oleh Sheikh Hassan Al-Banna rh.?

Kalau disertakan link ke artikel yang berkaitan baik lagi....

Adakah benar dakwaan sesetengah pihak gerakan salafi di malaysia seperti juga gerakan salafi di timur tengah seperti di Yaman dan di indonesia yang berpecah kepada beberapa kelompok lagi dan mengatakan yang berba'iah kepada pemimpin mereka adalah bi'dah?

Boleh jelaskan?

thtl »

wassalam

al-Jawab:

Pergerakan IM yang diasaskan oleh mursyidnya yg pertama, Syaikh dan Imam Hasan al-Banna (w.1949) sudah berusia 80 tahun. IM merupakan gerakan Islam, atau jama'ah islamiah atau pertubuhan spara politik Islami yang terbesar di dunia Islam dan paling berpengaruh. Ia masih ujud dan utuh dan sekarang dipimpin oleh Mursyidnya yg ke 6, Syaikh Mahdi 'Akif.

Fikrah Hasan al-Banna dan yg diperjuangkan oleh IM ialah Islam tanpa apa-apa tambahan selepasnya, seperti Islam demokrasi, islam hadhari, islam sosialis, atau Islam progresif. Ia adalah Islam. fullstop. Fikrah beliau dijelaskan dengan terang dan nyata dalam himpunan risalah beliau, Majmu' Rasail dan Islam yang ingin dibawanya ialah Islam berlegar dalam 20 Usyul atau Resolusi yang dikenali dgn nama Usyul Asyrin atau Usyul 20. Ia sudah lama diterjemahkan di Malaysia, oleh alfadhil Ust Alias Othman, pada tahun 1975.

Fikrah Islam alBanna ini diterjemahkan sepenuhnya oleh muridnya yang paling terkedepan, Dr al-Imam Prof alUstaz Yusof Abdullah al-Qaradhawi, mufti Qatar. Dr Yusof telah menterjemahkan fikrah alBanna dalam hampir 100 tulisannya yang hampir kesemua telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu/Indon.

Maka tidak ada alasan kenapa generasi kini tidak mengenali fikrah alBanna. Jika anda ingin mencari Link, maka Search saja ke Yahoo, Google dgn nama IM atau al-Banna. maka akan keluarlah pelbagai artikel. Ini kerana alBanna dan IM adalah icon bagi gerakan Islam global.

Isu yg kedua: Pergerakan IM yang dikatakan dikritik hebat oleh pergerakan Salafi.

Secara umumnya, apa jua yang hebat, mesti ada kawan dan lawan. Itu adalah lumrah kehidupan. Bila Allah mencipta Adam dan Hawa yg begitu hebat, maka ia memiliki lawan (iblis and co) dan juga memiliki kawan (malaikat), maka begitulah pergerakan IM dna alBanna. Bukan pergerakan salafi saja yg tidak senang dengannya, malah ada yang mengkafirkan tokoh2 IM dan menjatuhkan hukum ke atas pergerakan IM sebagai pergerakan Khawarij dan ahlil bid'ah. Bahkan yang terbaru IM itu adalah sebenarnya pergerakan Muflisin atau pergerakan orang2 yg bengkrap dan desperado.

Isu yang dibangkitkan oleh anda, ialah upacara bai'ah yang ada dalam pergerakan IM adalah bid'ah. Bai'ah yang bid'ah ialah bai'ah untuk melakukan keta'atan dalam urusan maksiat dan kesyirikan, manakala bai'ah utk bekerja untuk Islam dan keta'atan dalam urusan kebaikan adalah sunnah. Ini terbukti dgn Bai'ah aqabah pertama dan kedua, dan Bai'ah Ridhuan di Hudhaibiyah yang berlaku antara para sahabat dan RasuluLlah saw.

Bai'ah atau ikrar atau akujanji utk bekerja keras dan berdisiplin ini berlaku dalam kehidupan berorganisasi manusia sepanjang masa. Ikrar pasukan Pengakap sempena Jamboori Pengakap juga bai'ah. Ikrar ta'at setia sempena sesi tamat latihan Kadet Polis, Ikrar dan bai'ah di Kem Khidmat Negara...pendek kata bai'ah ta'at ini berlaku di mana. Begitu juga ikrar dan bai'ah Perdana Menteri di hadapan DYMM juga bai'ah yg dimaksudkan...maka jika adanya bai'ah keta'atan dalam pergerakan IM, maka bukanlah menjatuhkan ia dalam bid'ah. Ini kerana bid'ah kembali kepada perbahasan asal dari segi bahasa dan istilah bid'ah itu sendiri.

Ruj:

Prof Dr Muhammad al-Wakil, KSA, IM: Pergerakan Islam terbesar abad 14, terjemahan Indonesia.

sekianaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-10430122243895161032010-01-18T18:31:00.000+08:002010-01-18T18:31:59.799+08:00Jumlah Perang dan Korban Rasulullah sawanakMINANG04 »

salam

Moga dirahmati Allah,

Banyak peperangan yang disertai oleh Nabi SAW...

1) berapa jumlah dan apa peperangan yang disertai oleh nabi SAW semasa hayatnya????

2) berapa jumlah yg telah puak kafir yang dikorbankan oleh nabi SAW??

[font=Verdana]"BertaQwalah Di Mana Saja Kamu Berada!!!"[/font]

Abu_Umair »

1) berapa jumlah dan apa peperangan yang disertai oleh nabi SAW semasa hayatnya????

jumlah peperangan yg disertai Nabi:

-Pendapat masyhur ialah: 27 peperangan.

jumlah peperangan yg Nabi sendiri berperang sebanyak 9 peperangan:

-Badar

-Uhud

-Muraisi'

-Khandak

-Qurazhah

-Khaibar

-Fath Makkah

-Hunain

-Thaif

rujukan: Uyun al-Athar oleh Ibn Saiyidi Naas 1/294, Subul Huda oleh al-Salihi 4/8

2) berapa jumlah yg telah puak kafir yang dikorbankan oleh nabi SAW??

yang dibunuh oleh Nabi SAW sendiri dengan tangan baginda: hanya SEORANG, iaitu: Ubay bin Khalaf iaitu pada peperangan Uhud.

wallahu a'lamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-58936516367896140122010-01-18T18:29:00.000+08:002010-01-18T18:29:39.468+08:00Bai'ah Di Zaman Tiada Khalifahgemalasakti »

Assalamualaikum para panel al-ahkam yg dirahmati Allah sekalian.

spt yg kita sedia maklum, baiah adalah proses berjanji taat setia yang dituntun sejak zaman rasulullah saw lagi, dan diteruskan pula di zaman para khulafa' islam selepas itu.

soalan sy:

i-bagaimana pula baiah kita sekarang, dalam keadaan tidak ada khalifah bagi seluruh umat islam?

ii-adakah kita perlu berbaiah kepada pimpinan negara islam untuk meneruskan sunnah baiah tersebut?

iii-dan adakah berbaiah kepada pimpinan jamaah (gerakan islam) di zaman tiada khilafah menepati sunnah baiah?

mohon penjelasan. jazakumullahulkheir.

thtl »

wassalam

al-Jawab:

i- Bai'ah kepada Khalifah itu dinamakan Bai'ah Kubra atau Udzma. Jika tidak ada lagi Daulah Islamiah dan Khalifah pun belum ada, maka bagaimana bai'ah Udzma itu akan berlaku? Berpandukan kaedah fiqhiyah, " Ma la yatimul waajib illa bihi fahuwa waajib" maksudnya, "tidak terlaksananya yg wajib melainkan dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib." Tidak terlaksananya A melainkan adanya B, maka mengujudkan B itu adalah wajib.

Cth: Tidak terlaksananya solat melainkan dgn wudhu', maka wudhu' itu adalah wajib.

Cth 2: Tidak terlaksananya bai'ah kubra kepada khalifah melainkan ujudnya khalifah. Tidak ujudnya khalifah melainkan ujudnya daulah, maka tugas utama ialah mengujudkan daulah dulu dan kemudian melantik khalifah kemudian barulah diberi bai'ah.

Rumusan: Dalam keadaan umat tiada khalifah, maka jangan difikirkan lagi soal bai'ah, kena diujudkan dulu khalifahnya, barulah bai'ah menyusul.

ii- Pemimpin yang ada sekarang tidak memerlukan bai'ah anda, kerana ia mendapat mandat dan kuasa memerintah melalui peti undi secara demokrasi. Bai'ah dalam maksud demokrasi ialah mendapat kemenangan dalam Pilihanraya dan mampu membentuk kerajaan. Mana-mana parti yg memenangi pilihanraya menganggap mereka mendapat mandat atau bai'ah dari rakyat untuk membentuk kerajaan.

iii- Bai'ah yang diamalkan dalam pertubuhan, jama'ah, tareqat dan sebarang organisasi dinamakan bai'ah sughra atau ikrar untuk melakukan sesuatu. Bahkan pasukan pengakap melakukan bai'ah sughra, kakitangan awam melakukan bai'ah kecil yg dinamakan akujanji, pelajar2 baru yg tamat sesi minggu suaikenal juga berbai'ah sughra untuk menjadi mahasiswa yg baik. Bai'ah atau akujanji ini pernah berlaku di zaman Nabi, spt bai'ah/ikrar aqobah satu dan dua, bai'ah ridhwan dan bai'ah dari kaum wanita. Bai'ah atau ikrar atau akujanji begini tidak menyalahi sunnah asalkan ia bukan suatu ikrar utk melakukan sesuatu yg bertentangan dgn syari'at. WA

Ruj:

Risalah Bai'ah oleh Persis, Garut, Indonesia, edisi 1991

Dr Abdul Halim Mahmood, Syarah Usyul 20, ms 5aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-50752046439030073542010-01-18T18:23:00.006+08:002010-01-18T18:27:44.918+08:00Siapa Membunuh Uthman Ibn 'Affanflickerz »

assalamualaikum,

harap panel dapat membantu , siapakah pembunuh Saidina uthman bin Affan?

kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan flickerz dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Uthman bin 'Affan ra. telah di bunuh akibat fitnah dan rancangan jahat yang dilakukan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba'. Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi :saw yang melarang membunuh kaum munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka sendiri.

Ibn al-Musayyib menjelaskan bahawa terhadap 7000 bangsa Mesir datang mengadu kepada Uthman ra. mengenai govenor mereka Ibn Abi Sarh yang zalim. Maka Uthman pun berkata : Pilihlah seseorang yang akan memerintah kamu. Lalu mereka memilih Muhammad ibn Abi Bakr. Uthman ra. menulis perlantikan untuknya dan merekapun kembali.

Didalam perjalanan pulang, yang mengambil masa perjalanan 3 hari dari Madinah, seorang hamba hitam bertemu mereka dengan membawa berita bahawa terdapatnya arahan dari Uthman ra. kepada Governor Mesir. Mereka mengeledahnya dan mendapati surat dari Uthman ra. kepada Ibn Abi Sarh mengarahkan kematian Muhammad ibn Abi Bakr dan beberapa orang sahabatnya.

Merekapun kembali ke Madinah dan mengepong Uthman ra. Mereka mendapati bahawa Unta, hamba hitam dan cop mohor adalah kepunyaannya, akan tetapi Uthman ra. bersumpah bahawa dia tidak menulis surat tersebut atau mengarahkan agar surat tersebut ditulis. Diketahui bahawa surat tersebut ditulis tangan oleh Marwan ibn al-Hakam. Uthman ra. telah dikepong selama 22 hari dimana beliau enggan menyerahkan Marwan dan enggan mengundurkan diri.

Beliau telah di bunuh pada hari terakhir Zulhijah, pada hari Jumaat, dalam keadaan beliau berpuasa, oleh beberapa orang pemberontak yang merempuh masuk kerumahnya. [al-Dhahabi, Siyar A`lam al-Nubala’ 1/2: 566-614]

Sekian, wassalamaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-72427180540629479112009-11-27T10:26:00.002+08:002009-11-27T10:26:10.680+08:00Air Yang Dibacakan Ayat-ayat QuranPostby ibn_ahmad » Jun 9th, '09, 20:52

salam

Memohon pandangan dari ahli panel berkenaan aktiviti orang Islam yg membacakan surah-surah al-Quran pada air minuman.

Apakah amalan ni sabit dengan amalan sunnah ataupun amalan dari pada para sahabat?

mohon pencerahan ttg perkara ini...

wassalam

Postby Abu_Umair » Jun 10th, '09, 05:23

1. Amalan membaca al-Quran pada air kemudian diberi minum kepada pesakit, jika dimaksudkan dengannya untuk mengambil berkat dengan ludahan pembacanya, maka tidak syak bahawa ia tidak masyruk, dan haram. Kerana tidak boleh diambil berkat dengan air luir atau jasad manusia, kecuali jasad Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. (Fatawa Ibn Utsaimin 1/107).

2. Jika dimaksudkan dengannya ialah menjadikan Quran sebagai ruqyah (jampian) dan air sebagai medium perantaraan sahaja, ia tidak mengapa. Kerana kaedah dalam perjampian ialah selagi ia menggunakan bacaan yang masyruk, dan tidak ada kesyirikan di dalamnya, maka ia dibolehkan.

3. Perbuatan membaca Quran pada air dan diberi minum kepada pesakit, difatwakan harus oleh ramai ulama dahulu dan sekarang. Antara imam salaf yang mengharuskannya ialah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ibn Muflih berkata: Dinukilkan bahawa Abdullah bin Imam Ahmad pernah melihat Imam Ahmad membaca bacaan pelindung dan Quran pada air. Lalu meminum air tersebut dan menyimbah ke badannya. (Adab Syar'iyyah 2/441)

Seorang lagi anak Imam Ahmad, Soleh bin Imam Ahmad berkata: Aku pernah jatuh sakit. Lalu ayahku membaca untukku pada air, dan meludahinya. Kemudian beliau menyuruhku minum dan membasuh kepala dengannya.

4. Ibn al-Qayyim juga mengatakan harus, dan mengatakan ia adalah kaedah yang mujarab. Katanya: Pernah satu ketika waktu aku di Makkah aku jatuh sakit. Aku ketiadaan tabib dan tiada ubatan. Aku berubat dengan Fatihah. Aku mengambil sedikit air zamzam dan membaca Fatihah ke atasnya beberapa kali, lalu aku minum. Lalu aku mendapati kesembuhan yang sempurna. (Zad al-Maad 4/162)

5. Juga dari kalangan ulama mutaakkhirin, ramai yang mengharuskannya seperti: Syeikh Muhammad bin Ibrahim (Bekas Mufti KSA), Syeikh Bin Baz (Bekas Mufti KSA), Syeikh Ibn Utsaimin, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad dan lain-lain.

6. Adapun dari sudut amalan ini daripada Sunnah, di dalam Sunan Abi Daud, dalam kisah Nabi Sallallahu ALaihi Wasallam menjampi Tsabit bin Qais, baginda mengambil tanah dari anak-anak batu, lalu meletakkannya dalam bekas. Kemudian baginda meludahinya (dengan jampi) dengan air, dan mencurahinya ke atasnya.

Cuma, kedudukan hadis ini ada pertikaian. Albani menghukumnya Dhaif dalam silsilah dhaifnya 3/55.

7. Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, terdapat atsar daripada Aisyah, bahawa beliau berpendapat tidak mengapa membaca ayat pelindung pada air dan mencurahnya pada orang yang sakit. (No: 23509).

Kata Syeikh Abdul Muhsin Abbad: Atsar sahih.

Kesimpulan, amalan ini termasuk dalam ruqyah yang dibenarkan menurut ramai ulama salaf dan khalaf. Tidak ada unsur-unsur kesyirikan padanya. Kecuali jika dimaksudkan dengannya mengambil berkat dengan ludahan pembaca.

Wallah A'lam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-16404597426190656252009-11-27T10:22:00.000+08:002009-11-27T10:22:18.798+08:00Hadiah Fatihah Kepada Orang MatiSJ-13-0550 : fatihah kepada simati?

Postby kin_han90 » Mar 25th, '09, 19:10

apakah hukum bacaan fatihah kepada simati? adakah dikira sebagai bidaah?

jika terdapat dalam hadith boleh kemukakan hadith tersebut?

terimakasih..

Postby albaruhiyy » Jun 15th, '09, 15:24

JAWAPAN

Masalah baca fatihah kepada simati termasuk dalam masalah adakah boleh menghadiahkan pahala kepada simati .

Para ulama berselisih pendapat dalam masalah adakah pahala amalan soleh sampai kepada mayat ataupun tidak? Ada dua pendapat

Pertama : Setiap amalan soleh boleh dihadiahkan kepada simati dan ia akan sampai kepadanya. Termasuklah bacaan al-Qur’an, puasa dan solat serta lain-lain ibadat.

Kedua : Pahala sebarang amalan soleh tersebut tidak akan sampai kepada simati melainkan apa yang telah nyata dalil-dalilnya bahawa ia sampai.

InsyaAllah ini ialah pendapat yang rajih berdalilkan kepada berikut :

1) Firman Allah Taala [al-Najm : 39]

39. Dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;

2) Sabda nabi saw :

“Apabila seseorang anak Adam mati maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya atau anak soleh yang mendoakannya” [Muslim no. 1631]

3) Tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w baginda melakukan sedemikian (sedekahkan pahala al-Qur’an kepada orang mati). Ramai kalangan sahabat yang meninggal sebelum Nabi saw termasuk Khadijah isteri baginda, Hamzah dan tiga orang anak baginda s.a.w.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-41850900103457943942009-11-27T10:18:00.000+08:002009-11-27T10:18:10.922+08:00Pakaian Shemagh & Ghutra Di Arab SaudiPostby al_batal » Jul 1st, '09, 21:06

Salam alaykum

Saya ingin bertanya soalan :P

Kenapa di tanah arab, mereka memakai kain seperti Shemagh & Gutra hampir setiap hari tak kira apa jua keadaan adakah kerana sunnah (jika sunnah ada tak hadis mengatakannya) atau hanya tradisi arab.. dan mengapa mereka meninggalkan pemakaian Ammamah (serban) adakah kerana mereka ingin lari dari imej sufi yg suka pakai serban

Barakallahu feek

Postby Abu_Umair » Jul 2nd, '09, 02:34

- Syemagh dan ghutrah adalah pakaian tradisi masyarakat Arab Saudi pada masa sekarang. Sepertimana songkok dan sampin adalah pakaian tradisi orang Melayu di Nusantara.

- Pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, pakaian tradisi masyarakat Arab waktu itu ialah memakai serban yang dililit di kepala. Maka baginda juga memakai serban berlilit di kepala kerana mengikut tradisi kaumnya, selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur yang haram.

- Maka tidak dikatakan serban itu sebagai sunnah, kecuali jika ada dalil yang sahih menggalakkan memakai serban. Sedangkan tidak ada dalil yang sahih menggalakkan memakai serban.

- Di dalam Fatwa Lajnah Daemah, KSA menyatakan "Pemakaian serban (berlilit) termasuk perkara adat, bukannya ibadat. Ia dipakai oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kerana ia dipakai oleh kaumnya. Dan tidak sahih sesuatu dalil pun tentang kelebihan serban-serban. Cuma Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memakainya. Maka secara syar'ie, seseorang insan hendaklah memakai apa yang mampu dipakai daripada jenis pakaian kaum negerinya, selagi tidak diharamkan". (Fatwa No: 18409)

Wallahu A'lam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-53822213836738166282009-11-27T10:04:00.000+08:002009-11-27T10:04:20.259+08:00Tanda Hampir Kedatangan AjalPostby zacky_drill » Jun 29th, '09, 09:52

salam

saya ingin tahu tentang tanda2 ajal kita akan sampai,,,ya memang kita tak tahu bila akan sampai tapi pasti ada tanda2 yang diberikan sedangkan kedatangan nabi pun ada diberikan tanda2 kedatangan hari kiamat pun ada diberikan tanda tapi adakah kedatangan ajal akan diberikan tanda,,,jika ada saya harap dapat sedikit huraian beserta hadis dan quran untuk persediaan menghadapinya kerana maut adalah pasti.

Postby Abu_Umair » Jul 29th, '09, 02:48

Hakikatnya, ajal adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh ALlah Taala. Firman Allah Taala:

Maksudnya, "Maka apabila datang ajal mereka, mereka tidak boleh meminta ditangguhkan walau seketika, dan tidak juga boleh mempercepatkannya".

Walaubagaimana pun, ada juga kalangan hamba-hamba Allah yang dicampakkan dalam hati mereka perasaan tentang hampirnya kedatangan ajal. Ia boleh berlaku kepada sesetengah orang.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri sebelum wafatnya sudah mengetahui tentang kedatangan ajalnya, lalu bersabda pada haji widak:

"Hendaklah kamu mengambil dariku amalan haji kamu. Kerana sesungguhnya aku tidak tahu barangkali aku tidak lagi berhaji selepas hajiku ini". (Sahih Muslim no: 1297).

Manakala tanda kedatangan ajal ialah melihat Malaikat Maut datang kepadanya. Jika dia seorang yang beriman, Malaikat duduk di sisi kepalanya dan berkata, "Wahai jiwa yang suci. Keluarlah kepada keampunan dan keredhaan dari Allah".

Adapun tanda-tanda kematian yang banyak tersebar yang mengatakan sejak 40 hari sebelum kematian lagi sudah ada tanda-tandanya, ia tidak berdasarkan fakta yang dipercayai.

Maka persediaan menghadapi kematian hendaklah dilakukan tanpa merujuk kepada tanda-tanda kematian. Kerana maut boleh datang secara tiba-tiba.

Wallahu A'lam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-85061935524462428142009-11-27T10:01:00.002+08:002009-11-27T10:01:29.424+08:00Ulat Jatuh Dari Badan Nabi AyyubPostby adi_wahab » Jul 24th, '09, 00:23

Assalamualaikum ustaz,,

benar ke kisah yg menceritakan ttg nabi ayub(kalau xsilap saya) yg sakit..kaki dia smpai berulat,,,pastu..kalau ulat tu jatuh.Die angkat n letak balik kat tmpat ulat tu.. :eeeek:

Benar ke cerita ni... ::?

Kalau benar..boleh nyatakan dri mana dalilnye??

n kalau xbenar...dari mana dia datang ek?

Postby Abu_Umair » Aug 30th, '09, 06:08

بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Memang terdapat hikayat bahawa ulat jatuh dari daging Nabi Ayub a.s. lalu baginda mengambilnya dan meletakkannya balik ke badannya.

Komen Ibn al-Arabiy, "(kesahihan) kisah ini adalah terlalu jauh, sedangkan ia perlu kepada nukilan yang sahih. Dan tidak ada jalan untuk menemuinya". (Tafsir Qurtubiy 11/324).

Di dalam kitab Al-Israiliyyat Wal Maudhu'aat Fi Kutub al-Tafsir, "Yang wajib kita percaya ialah baginda ditimpa ujian, dan ujian yang menimpanya tidak sampai tahap seperti yang tersebut dalam pembohongan-pembohongan ini, .... seperti baginda memelihara ulat pada badannya". (m/s 391)

Wallahu A'lam.aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-64181052134377152692009-06-25T21:39:00.001+08:002009-06-25T21:39:26.834+08:00Alah Islam Dah Ada Benda TuIslam dah ada benda tu..

Ditulis oleh Pengendali Laman

Wednesday, 03 October 2007

Sesekali ramai kalangan kita yang mendapat kesempatan untuk menghadiri seminar atau talk yang dibuat oleh beberapa tokoh barat dalam berbagai bidang. Biasanya setelah habis seminar atau 'talk' itu perkataan yang biasa terdengar ialah dalam Islam dah ada benda/perkara itu. Islam dah cerita perkara itu beribu tahun sudah dan bla, bla, bla yang lain.

Saya selalu tersenyum apabila mendengar kata-kata demikian tetapi merasa sedih selepas itu. Tokoh barat sedemikian setelah membuat penyampaian akan membawa balik beg yang berisi ratusan ribu ringgit pulang kenegara mereka. Kita masih berkata Islam dah ada semua perkara yang disebutkan.

Komen THTL:

Orang Kelate ada pepatah untuk menggambarkan fenomena ini:

"Bodo tak leh ajar, cerdik tak leh tupe..."

Maksudnya: Dia tu nampak bodoh dan jahil tapi kalau kita cuba mengajarnya, pelbagai alasan yg diberi…pada waktu yg lain dia nampak cerdik, tapi kecerdikannya tak boleh dimanfa'atkan oleh orang lain.

Hakikatnya, walaupun apa yang mereka dakwa...kita sebenarnya adalah suatu umat yg sedang dilanda kemelesetan dalam semua aspek. Al-Qur'an yg berada dalam almari, hiasan dinding dirumah dan mesjid sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam...

Kita umat yang mengikut, bukan diikuti...

Kita umat yang mengguna ciptaan orang lain bukan mencipta

Kita umat yang dipimpin bukan memimpin...

Ketahuilah mereka yg mengatakan,"alah..Islam dah ada semua dah, Islam dok sebut 1000 tahun dulu dah...sebenarnya sedang dibuai mimpi yang amat mengasyikkan....inilah Mat Jenin alaf baru yang menyiksakan umat.

Gegarlah dia, sergahlah dia bahawa Islam sedang tenggelam, sebagaimana titanic....Islam sedang terbakar, terbakar secara terbuka yang kemudian menghasilkan jerebu yang kelam dan perit... aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-53209415163217168292009-06-25T21:36:00.001+08:002009-06-25T21:36:22.723+08:00Hospital IslamHospital Islam

Ditulis oleh Pengendali Laman

Wednesday, 03 October 2007

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya diminta untuk membentangkan kertas kertas bertajuk Hospital Islam. Mungkin elok juga saya dapatkan pandangan dari netter fikrah ini tentang apakah yang dimaksudkan dengan Hospital Islam. Apakah bezanya dengan Hospital yang dah ada. Apa kriterianya. Bagaimana pelaksanaannya dan sebagainya..

Komen THTL:

Wa 'alaikumsalam,

Hospital itu pada asalnya sudah Islam. Sebab hospital itu diwujudkan di zaman Umar al-Khattab ra untuk memberi rawatan kepada umat. Jadi istilah hospital Islam itu adalah misleading.

Hospital dalam Islam ialah tanggungjawab negara kepada rakyat yang memilihnya untuk membentuk kerajaan. Ia tidak boleh sewenang-wenangnya diswastakan kerana kesihatan adalah hak asasi rakyat dan kerajaan hendaklah memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Hospital dalam Islam juga tidak menolak doktor bukan islam berkhidmat dengannya atau pesakit bukan Islam yang menjadi warganegaranya. Pendekkata hospital yang ada sekarang adalah hospital islam jika ruh perkhidmatannya adalah perkhidmatan dan peraturan asanya dipatuhi: misalnya pakaian pekerja Islam menutup aurat, ubat-ubatannya bersih dari bahan-bahan yg diharamkan, ia juga bebas dari perbuatan yg diharamkan seperti bank mani, pengguguran janin tanpa sebab mudharat dan pengklonan manusia.

Selain dari itu hospital Islam tidak banyak berubah dari hospital di negara Barat, malah SJMC di Subang Jaya memenangi pelbagai anugerah kecemerlangan servis termasuk anugrah Asia-pasifik kerana quality dan servicenya. Cemerlang servis dan kualiti pengurusan itu adalah Islamik sebenarnya.

Rumusan:

Nama tidak penting, yang penting ialah servis dan balance antara keuntungan dan kebajikan kepada manusia. (Muqaddimah, Ibn Khaldun; dan min rawa'i hadharatuna, asSiba'iy)aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-54585347653076680752009-06-25T21:30:00.002+08:002009-06-25T21:30:47.675+08:00Bomoh Tangkap Pontianak LangsuirBOMOH TANGKAP LANGSUIR ATAU PONTIANAK

Wednesday, 03 October 2007

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf jika menjadi suatu kesalahan atau ada yang tersinggung. INGIN BERTANYA SEBAB RASA NNYA SEPERTI DI PUTAR BELITKAN.

BOMOH TANGKAP LANGSUIR ATAU PONTIANAK. Kenyataan akhbar Mufti Wilayah Dato' Hashim Yahya mengatakan kebenaran wujud nya hantu/syaitan/iblis atau sebagai nya. Tetapi kita diminta jangan sampai terpengaroh berlebihan supaya tidak menjadi huru hara dan merosakkan keimanan kita.

Tetapi yang muskil bagi saya ialah kenyataan yang di buat oleh ... Dulu Kernal Kor Agama sekarang dah duduk dalam gerobok almari kerajaan ( Menteri ) dan bergelar Tan Sri kalau tak silap saya ....Kenyataan nya tiga hari lepas dalam Berita TV3........Di minta orang ramai supaya jangan mempercayai cerita itu. Itu semua adalah KARUT .???( hantu , pontianak , langsuir ada lah karut ).

Mufti Kedah mengulas , ia nya memang wujud sebab itu di dalam Al Quran ada surah yang di panggil " SURAH JIN " ini amat jelas dan nyata. Tambah beliau syaitan akan berbuat berbagai cara untuk menggangu maanusia yang menyembah ALLAH.

Dalam bab agama saya memang cetek. Kita selalu menyebut "a'u zubil'la himinas...SYAITON NIROJIM " kan jelas di sini di nyatakan perkataan Syaitan ? Lagi pula kalau benda tu tak wujud , tak kan di sebut oleh semua orang ? Dari mana datang nya perkataan Hantu , Polong , Pontianak , Langsuir dan .... Kenapa tak di sebut rambutan ke , mangga ke , betik ke dan .. Saya hairan dan keliru lah dengan penjelasan yang dibuat oleh seorang ulamak yang saya minati satu ketika dulu.

PERSOALAN : BAGAIMANA KAH ATAU TERPESONG KAH PEGANGAN NYA ATAU AKIDAH NYA KERANA TIDAK MEMPERCAYAI HADIS ATAU AYAT YANG SUDAH TERTULIS / TERMAKTUB DI DALAM AL-QURAN DENGAN JELAS.

Komen THTL:

Allah menyebut makhluk jahat ini dari jenis jinn dan manusia. (Lihat surah an-nas) Bolehkah kita menangkap makhluk jahat dari jenis manusia? Boleh tapi sukar.

Bagaimana dgn jinn? apakah ada nas yang kata kita tak boleh tangkap mereka? TIADA, bahkan Nabi saw pernah menangkap jinn, kemudian baginda melepaskannya...maknanya boleh tangkap jika kita ada ilmu.

Apakah jenis ilmu itu? Siapakah dukun atau bomoh yang mendakwa mampu berbuat demikian? Apakah dia termasuk orang yang boleh dipercayai? Mengenai species jinn yang ditakuti dalam masyarakat: vampire (di Eropah), serigala jadian (werewolf diBarat), pontianak (perempuan dibunuh kejam bangkit dari kubur menjadi pontianak), langsuir (hantu raya yg dibela oleh dukun), Toyol (hantu kenit yang pakar mencuri wang), pelesit (hantu belaan dukun yg menghisap darah). Apakah ia wujud atau metos sahaja?

Bagaimana dengan vampire manusia (menghisap darah dan keringat rakyat seperti diktator yang kejam cthnya Fir'aun), atau perompak wang dan harta manusia seperti pengamal riba,, atau werewolf (kaum munafik) atau pelesit manusia @ kaum kapitalis yang mencekik dan menindas rakyat biasa dgn amalan monopoli dan manipulasi pasaran. Mana yang kita nak tangkap dulu? Jinn dari jenis manusia atau dari jenis syaitan?aizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1669504254906893829.post-52180229815164087672009-02-18T09:22:00.002+08:002009-02-18T09:22:37.681+08:00Amalan Khufarat Dalam Silatassalam mualaikum wrt

tumpang tanya,

waktu saya masuk silat dulu, saya kene mandi limau sebagai syarat penerimaan anak murid. pastu baru beberapa hari lepas saya tanyer guru silat tentang ape yg di baca pd limau tu waktu pesilat baru hendak dimandikan .Die kate die cume baca ayat2 al quran pd limau tu. Utk membersihkan zahir dan batin.saya pun tak percaya la..pastu, hari tu saya minta kat ayah saya nak keluar dari silat ni tapi ayah kate kene belajar sampai habis. Mcm mane pulak kalau saya cume belajar silat ni secara praktikal je. ke harus keluar dari silat ni. Nanti kene marah dgn ayah saya pulak.kalau saya mandi mcm yg dlm silat ni syirik ker.?? Guru kate cume adat jer saje2.Boleh percaya ker kalau mcm ni???

sekian terima kasih. Wassalam

al-jawhar

Panel Feqh

Salam

Ringkasnya , selagi mana setiap perbuatan yang ingin kita lakukan itu , tidak terdapat perkara-perkara yang melanggar batas syarak seperti :

1. Pemujaan.

2. Pembacaan Mentera2 yang tidak jelas dan tidak dapat difahami maksud setiap butir kalimah dan ayat yang terdapat dalam mantera tersebut .

3. Melakukan amalan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam seperti memohon pertolongan dengan 'Makhluk' yang dikatakan sebagai roh pendekar atau panglima dan sebagainya.

Maka secara kaedahnya , ianya tidak mengapa dan dibolehkan.

Jika terdapat salah satu daripada 3 perkara di atas Maka pada ketika itu , wajib bagi kita semua untuk tidak terlibat sama dengan perbutan tersebut.

Jelasnya , segala macam adat istiadat persilatan yang bertentangan dengan Islam , hendaklah ditinggalkan , walaupun ianya telah diamalkan secara meluaskanya dalam masyarakat Melayu.

WAaizuddinhttp://www.blogger.com/profile/12680683194869917727noreply@blogger.com0