Dec 24, 2008

Bersetubuh Masa Sebelum Baligh

Assalamualaikum....
Masalah ini saya pendamkan dari saya kecil lagi.Masa tu saya tak berapa ingat umur saya berapa ingat (dlm 7-10 tahun )Sebelum saya datang baligh.Saya telah melakukan persetubuhan dengan jiran saya.Masa tu saya tak rasa apa2 mungkin kerana masih kecil, sedangkan anak jiran tua 3 tahun dari saya.Bila diingatkan semula saya rasa menyesal kerana kebodohan masa kecil saya telah kehilangan sesuatu yang berharga.Tapi Alhamdulillah sekarang hidup saya di jalan Allah.Masalahnya pengalaman lalu sentiasa bersama saya, saya takut sekiranya seorang mukmin yang soleh tidak dapat menerima saya sebagai isterinya kerana saya bukan dara lagi.Sedangkan itulah cita2 saya,inginkan seseorang yang dapat bersama saya dalam mencari redha Allah.Adakah masih ada yang terbaik untuk saya?

Wassalamu'alaikum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri Mawar_pudar dengan kadar yang termampu dan didalam batasan-batasan masa yang terhad, Insyaallah. Terima kasih kepada sdr Zayed yang sentiasa membantu kami yang bergitu lambat didalam menjawab Soalan-Soalan yang dikemukan di Al-Ahkam online ini.

Sdr Zayed telah menyentuh beberapa persoalan Zina dan ruang lingkupnya, dan dirasakan sudah mencukupi. Kamin tidak ingin menyentuh aspek Dosa besar ini, akan tetapi ingin terus kepada beberapa persoalan yang sdri Mawar_pudar keutarakan.

Alhamdulillah, Syukur kita kepada kepada Allah swt yang telah memberi anak Adam ini nikmat dan peluang bertaubat, sebagaimana yang dikata oleh ulama, Pintu taubat belum tutup lagi. Ia masih terbuka seluas-luasnya bagi hamba-hambanya yang ingin bertaubat kepadanya. Apa yang penting di sini ialah sdri mawar_pudar sudah bertaubat, dengan ertikata sudah memulakan penghidupan baru - NEW LIFE! Tidak perlu lagi gusar akan janji-janji Allah, masih ingat akan ayat :

إنك لا تخلف الميعاد
"Sesungguhnya kamu [Allah] tidak memungkiri janji"...

Maka percayalah dengan janji-janji Allah swt, bahawa Allah swt mengampunkan dosa dan menerima taubat hambanya yang benar-benar bertaubat :

إِلا مَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"melainkan mereka yang bertaubat, beriman dan melakukan amalan-amalan Solah, bagi mereka itu Allah akan MENUKAR DOSA-DOSA mereka kepada kebaikan, dan Allah itu maha Pengampun dan Amat Mengasihani" - [Al-Furqan 25:70]

Bak kata ulama :

إن باب التوبة مفتوح ، ولا أحد يحُول بينك وبين التوبة
"Pintu Taubat itu terbuka, dan tiada sesiapa yang boleh berdiri diantara anda dan taubat"

Sebagaimana sabda Nabi saw :

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
"Allah akan menerima taubat hambanya selagi nyawa belum sampai ke halkum" - (Riwayat Al-Tirmudzi, 3460; dikelaskan sebagai hasan oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan Al-Tirmudzi, 2802)

Apabila melihat kepada firman Allah didalam Surah Al-Furqan ayat 70 tadi, sudah tentu Taubat itu harus disertai dengan Amalan-Amalan yang soleh! Secara umum, khusus bagi wanita, ulama ada menggariskan beberapa perkara yang tertentu yang perlu amalkan, dintaranya adalah :-

- Tidak membuka Aurat
- Tidak bersendiri bersama orang yang bukan mahram
- Sentiasa berjaga-jaga didalam pergaulan yang melibatkan lelaki dan perempuan
- Sentiasa berdo'a agar Allah swt menerima Taubatnya
- Memperbanyakkan Solat Sunat, kerana Solat itu menghalang dari melakukan perkara yang mungkar

Jika kita banyak melakukan amalan Soleh, menjaga akhlak kita, Insyaallah, kita sudah menjadi orang yang baru didalam dairi penghidupan kita sebagai seorang Islam. Malah, tidak ada apa yang perlu diimbas kembali (flash back). Yang lepas itu menjadi pengajaran dan sempadan untuk hari ini. Yang lepas itu bukan menjadi halangan kepada kesejahteraan masa ini. Yakinlah, bahawa pengalaman yang dahulu menjadikan kita lebih matang, dan kini semuanya sudah berubah, aku sudah menjadi seorang muslimat yang solehah, Insyaallah.

-------------
Persoalan : "saya takut sekiranya seorang mukmin yang soleh tidak dapat menerima saya sebagai isterinya kerana saya bukan dara lagi."

Bagaimana pula bakal suami anda boleh mengetahui bahawa anda bukan dara lagi?? Apa yang berlaku setelah bertaubat itu, sudah tidak ada guna lagi dicerita, NOKTAH! Anda Tidak wajib menceritakan kepada bakal suami atau suami mengenai apa yang telah berlaku pada zaman silam. Ingat, ANDA adalah seorang wanita yang solehah kerana telah bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah. Anda seorang wanita yang baru, bak kata orang putih "You are a new women".

Ada riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki yang telah masuk Islam datang kepada Abu Bakar dan memberitahu bahawa dia telah melakukan zina. Beliau berkata :

فتب إلى الله واستتر بستر الله ثم أتى عمر كذلك
"Bertaubatlah kepada Allah dan tutupkan dirimu dan tutupan Allah". Kemudian dia telah pergi ke Umar

Al-Haafiz Ibn Hajar didalam Fath al-Baari, 12/124, 125 berkata:

ويؤخد من قضيته – أي : ماعز عندما أقرَّ بالزنى - أنه يستحب لمن وقع في مثل قضيته أن يتوب إلى الله تعالى ويستر نفسه ولا يذكر ذلك لأحدٍ ، كما أشار به أبو بكر وعمر على " ماعز " ، وأن مَن اطَّلع على ذلك يستر عليه بما ذكرنا ولا يفضحه ولا يرفعه إلى الإمام كما قال صلى الله عليه وسلم في هذه القصة " لو سترتَه بثوبك لكان خيراً لك " ، وبهذا جزم الشافعي رضي الله عنه فقال : أُحبُّ لمن أصاب ذنباً فستره الله عليه أن يستره على نفسه ويتوب ، واحتج بقصة ماعز مع أبي بكر وعمر .
"Apa yang difahamkan didalam kes Maa'iz ialah apabila beliau membuat pengakuan berzina - sesungguhnya adalah mustahab bagi sesiapa yang terlibat didalam kes dosa yang sebegini bertaubat kepada Allah dan menyembunyikan dosanya dan tidak memberitahu sesiapa. Dia hendaklah tidak mendedahkan perkara ini atau merujuk kepada pemerintah, sebagaimana Nabi saw bersabda didalam cerita ini :"Jika seseorang melakukan dosa dan Allah menyembunyikan baginya, Aku lebih gemar menyembunyikannya dan menyuruhnya bertaubat", dan baginda merujuk kepada dalil kisah Maa'iz dengan Abu Bakar dan Umar."

Apa yang boleh kita simpulkan ialah, tidak mungkin bakal suami anda tahu bahawa anda sudah tidak dara lagi! Adalah menjadi akhlak Islam, tidak menceritakan apa-apa hal buruk masa lampau kepada sesiapapun. Biarkan yang lepas itu berlepas, apa yang penting anda telah bertaubat. Moga Allah melindungi keaiaban kita.

--------------------
Persoalan : saya inginkan seseorang yang dapat bersama saya dalam mencari redha Allah.Adakah masih ada yang terbaik untuk saya?

Peluang bagi mereka-mereka yang bertaubat itu terbuka luas, dan mempunyai masa depan yang cerah. Diantara sifat orang betaqwa kepada Allah ialah :- mereka TAKUT kepada Allah swt, dan disamping itu sentiasa BERHARAP kepadanya, dan sekali-sekali mereka TIDAK AKAN BERPUTUS ASA dengan Rahmat Allah swt. Ingat, sifat berputus asa itu adalah sifat-sifat Syaitan! Jauhilah dari berlaku demikian, kerana Allah bersama-sama orang yang beriman.

Mari kita lihat penghidupan yang baik dari pandangan Allah swt, Firmannya :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa ang mereka telah kerjakan. " - [Al-Nahl : 97]

Berdo'alah kepada Allah swt semoga dijodohkan dengan lelaki yang beriman dan beramal Soleh. Berdo'alah kepada Allah agar dikurniakan suami yang soleh. Yakinlah, bahawa Allah swt sentiasa menerima do'a hambanya sebagaimana firman nya :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. " - [Al-Baqarah : 186]

Lihatlah kekuatan do'a. Satu senjata yang Allah berikan kepada umat Islam! Berkata Imam Ibnu Qayyim (al-Daa’ wa al-Dawaa’, ms. 35) :

والأدعية والتعوذات بمنزلة السلاح ، والسلاح بضاربه ، لا بحده فقط ، فمتى كان السلاح سلاحا تاما لا آفة به ، والساعد ساعد قوي ، والمانع مفقود ، حصلت به النكاية في العدو . ومتى تخلف واحد من هذه الثلاثة تخلف التأثير
"Do'a atau ta'auwwuzat bagaikan senjata, dan senjata hanya elok bagi ahli yang menggunakan, tidak semata-mata kerana ketajaman, Jika senjata baik dan tidak rosak, tangan yang menggunakannya kuat, tiada apa yang dapat menahannya, maka dia boleh menumpaskan musuhnya. Dan jika salah satu dari dari 3 itu kurang, maka kekesannya akan kurang".

Kesimpulannya : Maka do'a itu ibarat senjata yang berguna kepada orang Islam. Mintalah kepada Allah swt akan hajat mendapatkan suami yang soleh. Dosa atau perbuatan buruk yang lepas, janganlah di imbas kembali. Yakinlah, bahawa Allah sentiasa menerima taubat hambanya, dan sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat. Mereka adalah orang baru. The new person. Perlulah banyak melakukan amalan-amalan yang soleh. Wanita Islam dilarang bercerita dengan bakal suami akan perkara buruk yang telah lalu, moga-moga Allah akan menyembunyikan aibnya. Masa depan dihadapan, luas terbentang luas. Tepuk dada, tanya Iman. Anda masih belum pudar lagi wahai Mawar. Amin.

wallahu'alam

wassalam

0 comments:

Post a Comment