Dec 20, 2008

Adab Menguap

Assalamualaikum ahli panel sekelian,
Saya ada terbaca beberapa artikel berkaitan dengan menguap yg mana ada kaitannya dengan syaitan, ini kerana bila sembahyang suka nak menguap pulak..dan dlm artikel tersebut menyatakan nabi saw tak pernah menguap, adakah ada hadis berkaitan menguap ini dan bagaimanakah cara nak mengatasinya..
sekian, terimakasih

Salam

Terima kasih kepada saudara Hashim dengan soalannya. Pihak kami akan cuba menjawab persoalan saudara semampu mungkin.

--------

Benarlah apa yang saudara baca di dalam artikel itu. Perkara ini (menguap) banyak terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Berikut adalah di antara hadis-hadis(maksud hadis) tersebut:

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:
“Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca ‘YarhamukAllah’(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya.” [Riwayat Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
“Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk” [Riwayat Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap

Maka jelas menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah menghasilkan sebarang suara ketika menguap itu. Sekian.


Wassalam

Rujukan

Terjemah Al-Azkar
oleh Imam An-Nawawi

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Nampaknya penjelasan Syeikh Gayat sudah mencukupi membincangkan permasalahan menguap dari perspektif Islam. Saya cuma ingin menambah sedikit mengenai 2 hadith yang menyentuh bab menguap. Terdapat hadith yang membandingkan diantara dua perbuatan : Bersin dan Menguap(ثُؤَبَاء ), dimana ia menpunyai kesan yang bertentangan didalam Islam. Allah swt menyukai orang yang bersin dan benci kepada yang menguap.

1. Thabit dari hadith Abi Hurairah :

{أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إن الله يحب العطاس ، ويكره التثاؤب ، فإذا عطس أحدكم وحمد الله ، كان حقاً على كل مسلم سمعه أن يقول له : يرحمك الله ، وأما التثاؤب فإنما هو من الشيطان فإذا تثاءب أحدكم فليرده ما استطاع فإن أحدكم إذا تثاءب ضحك منه الشيطان " رواه البخاري 10/505 .}
"Bahawa Nabi saw bersabda :"Allah menyukai perbuatan bersin dan membenci perbuatan menguap, maka jika salah seorang dari kamu yang bersin dan berkata "Alhamdulillah", adalah hak keatas semua orang Islam apabila mendengarnya berkaya "Yarhamuk Allah (semoga Allah merahmati kamu). Bagi menguap pula, ia adalah dari Syaitan, maka jika anda merasakan keinginan menguap, hendaklah menahannya seboleh mungkin, kerana apabila kamu menguap, Syaitan mentertawakannya" - Riwayat al-Bukhari, 10.505)

2. Dari Sahih Muslim , Hadis dari Abu Hurairah r.a:

{‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ‏ ‏وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ‏ ‏وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْدِيُّ ‏ ‏قَالُوا حَدَّثَنَا ‏ ‏إِسْمَعِيلُ يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏الْعَلَاءِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏
‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ ‏ ‏فَلْيَكْظِمْ ‏ ‏مَا اسْتَطَاعَ ‏
}
"Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan"

-----------------

Dari Sahih Muslim Syarah Nawawi membicarakan mengenai maksud "Menguap adalah dari Syaitan ( التثاؤب من الشيطان ) ", kata Imam Nawawi :

‏أي من كسله وتسببه , وقيل : أضيف إليه لأنه يرضيه . وفي البخاري أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إن الله تعالى يحب العطاس , ويكره التثاؤب " قالوا : لأن العطاس يدل على النشاط وخفة البدن , والتثاؤب بخلافه لأنه يكون غالبا مع ثقل البدن وامتلائه , واسترخائه وميله إلى الكسل . وإضافته إلى الشيطان لأنه الذي يدعو إلى الشهوات . والمراد التحذير من السبب الذي يتولد منه ذلك , وهو التوسع في المأكل وإكثار الأكل . واعلم أن التثاؤب ممدود .

"Apa-apa perbuatan dari akibat kemalasan dan penyebabnya ditambah kepada seseorang bagi memuaskannya. Didalam Al-Bukhari Nabi saw berkata [Hadith no 1 diatas] :"Sesungguhnya Allah swt suka kepada bersin dan benci kepada menguap". Dan berkata : Bersin menunjukkan kecegasan (aktif) dan ringan badan. Dan menguap pula sangat berbeza kerana ia memberatkan berat badan dan kepadatannya, dan kerehatannya membawa kepada bibit-bibit kemalasan. Ia satu penambahan kepada kerja Syaitan kerana ia akan menyeru kearah Syahwat. Ia ia disasarkan kearah menambah dan berlebihan didalam makanan dan makan yang berlebihan. Dan mengetahui bahawa menguap telah menambahkan. " - Al-Nawawi

Menurut Mohammad bin Ismail as-Shan'ani didalam bukunya Subulus Salaam bahawa "Menguap dikatakan termasuk perbuatan syaitan, kerana dia keluar dari akibat kekenyangan atau kemalasan, dan kedua-dua perbuatan ini termasuk perkara-perkara yang disukai syaitan"

Insyaallah moga-moga kita tidak ditetawa dan dipergunakan oleh syaitan dengan tidak menjaga adab-adab menguap yang telah nyatakan oleh Nabi saw didalam hadith hadithnya. Wallahu'alam

---------
-wassalam-

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته

{ بسم الله الرحمن الرحيم }

(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ – 2478 : ADAB MENGUAP
{ Pernahkah Baginda Rasulullah s.a.w Menguap ? }


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Hashim yang telah mengemukakan soalan di atas .

Syabas juga kepada kedua-dua moderator kita , al-Fadhil Saudara Gayat dan al-Fadhil Tuan Haji Kamin kita yang telah menjawab dengan baik soalan Saudara Hashim di atas . :super

Cuma , saya kira masih ada satu lagi persoalan yang perlu dirungkaikan hasil cetusan soalan di atas , iaitu : [color=blue] “ Benarkah Baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah menguap ? . Kalau ya , tidakkah ini bertentangan dengan fitrah kejadian manusia sedangkan Baginda Rasulullah s.a w juga adalah manusia yang berhajat kepada makan dan minum serta tidur ? , dan bukankah menguap juga adalah salah-satu fitrah kejadian manusia ? “ . [/color] :shocked:

[color=blue] JAWAPANNYA : [/color]

Hadis-hadis yang dibawa oleh al-Fadhil Saudara Gayat dan al-Fadhil Tuan Hj Kamin ( riwayat al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Muslim rh dan al-Imam an-Nawawi rh ) sudah cukup menjadi bukti bahawa Baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah menguap .

Bagaimana pula begitu ? .

Ya , bukankah di dalam hadist-hadist tersebut telah dinyatakan bahawa : [color=blue] (( …menguap itu daripada syaitan )) [/color] . Oleh itu dengan ini sendiri dapatlah kita fahami bahawa mana mungkin Baginda Rasulullah s.a.w melakukan apa-apa perkara yang disukai oleh syaitan ! .

Mana mungkin Baginda Rasulullah s.a.w melakukan apa-apa perkara yang disukai oleh syaitan yang direjam ! .

Dan itulah di antara tanda-tanda kebenaran bahawa diri Baginda Rasulullah s.a.w tidak akan tunduk langsung kepada apa-apa “ perangkap “ syaitan walaupun pada perkara yang dianggap remeh-temeh oleh sebahagian besar manusia .

Dan inilah di antara mafhum sifat maksum / ‘ismah ( عِصْمَة ) pada diri Baginda s.a.w . Iaitu Allah Ta’ala sendiri telah melindungi Baginda Rasulullah s.a.w daripada sebarang perkara yang tidak sesuai dengan darjat Baginda Rasulullah s.aw sebagai seorang makhluk terbaik dan seorang utusan Allah Ta’ala yang terakhir , hatta semenjak Baginda s.a.w masih belum diangkat sebagai seorang utusan Allah Ta’ala .

Lihatlah sahaja bagaimanakah sirah an-nabawiyah menceritakan perihal Baginda Rasulullah s.a.w di masa kecil , Baginda s.a.w pernah ditarik ( diajak ) oleh rakan-rakannya ke sebuah majlis yang ada nyanyi-nyanyian ( majlis nenda Baginda s.a.w : Abdul Muttalib ) , apabila Baginda s.a.w sampai sahaja , Allah Ta’ala terus menjadikan Baginda s.a.w mengantuk sehingga tertidur . Dengan tidurnya Baginda s.a.w , selamatlah telinga Baginda s.a.w drp mendengar apa-apa sahaja perkataan dan nyanyian yang boleh melalaikan seseorang . Inilah di antara beberapa contoh bagaimanakah Baginda Rasulullah s.a.w dipelihara ‘ismahnya oleh Allah Ta’ala sendiri .

Maka begitulah juga dengan menguap .

Menguap bukanlah tabiat ataupun fitrah semula-jadi manusia walaupun manusia itu sendiri menguap . Menguap itu sendiri timbul akibat unsur luaran , bukannya unsur dalaman yang mesti berlaku kepada diri manusia . Seperti demam dan batuk , walaupun ianya sinonim dengan manusia , akan tetapi ia bukanlah mesti berlaku kepada semua manusia . Adakah setiap manusia itu mesti demam ataupun batuk ? . :non

Apakah sebab terjadinya menguap ? .

Pakar-pakar Sains yang turut mengkaji kebenaran saintifik di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah lebih patut membincangkan masalah-masalah seperti ini . Namun saya sekadar menyampaikan sedikit maklumat yang saya ketahui mengenai masalah menguap ini.

Menguap terjadi apabila banyaknya tekanan angin di dalam tubuh badan manusia . Angin-angin ini kesemuanya terkumpul dan menuju ke otak manusia . Daripada situ , ia pergi ke muka dan melahirkan tekanan yang akhirnya menatijahkan MENGUAP . Kalau benar tiada angin di dalam tubuh badan manusia masakan pula manusia itu kentut , sedawa dan dikeluarkan angin secara mengurut ataupun melalui rawatan Refleksologi !?.

Dan menguap itu sendiri melahirkan kemalasan dan menguap itu sendiri ada sebab-musababnya seperti makan terlalu banyak ataupun tidur keterlaluan . Akibatnya ialah : MALAS termasuklah malas beribadah .

Lantaran itulah menguap itu digelar sebagai “ berpunca drp syaitan “

Lihatlah sahaja kepada sesiapa yang kuat tidur , apabila bangun drp tidurnya yang panjang , dia masih lagi menguap , adakah ini bermakna dia masih mengantuk walhal dia dah banyak tidur ? . Tidak ! , sebenarnya inilah dia “ permainan syaitan “ supaya si dia berasa bermalas-malas untuk bangun lalu menyebabkan dia juga malas untuk beribadah .

Oleh kerana itu , tidak mungkin Baginda Rasulullah s.a.w menguap kerana menguap itu sendiri adalah tanda kemalasan dan tanda “ perangkap syaitan “ .

Dan kalau menguap tidak ditutup pula dengan tangan , lebih buruk muka si empunya diri dan terserlah lagi keburukan syaitan yang cuba masuk ke dalam tubuhnya . ( Silap-silap , orang yang menguap besar-besar tu pun akan berupa hodoh seperti syaitan ) . :happydevi :devil

Itulah yang dapat saya kongsi bersama dengan saudara/I sekalian . Dan sekadar itulah juga pengetahuan saya yang sedikit hasil bimbingan Syeikh Solleh Hamdi as-Sisi mengenai permasalahan menguap ini . :grin:

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
04 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
06 / Mei / 2003 M

0 comments:

Post a Comment