Dec 30, 2008

Iktikaf Di Perkarangan Masjid

Salam

Soalan saya macam ni, hadis2 yang dhaif dan palsu tu memang betul2 tak ada ke? Ataupun lafaz hadis tu je yang tak betul tetapi maksud hadis tu betul, maksudnya sebagai contoh hadis no 47 berkenaan solat jemaah yang tak tertinggal satu waktu.....ila akhir...hadis tersebut dhaif dan memang popular sebab selalu gak dulu keluar kat tv3 bila time solat masuk waktu....persoalannya ialah, ada ke hadis yang kata solat tanpa tingggal takbir pertama berjemaah terlepas dari azab kubur dan sifat munafik. LAgi satu, sanad dan matan, keliru maksudnya.

---------------
Salam

Utk mengetahui tentang perkara ini, kita kena dalami ulumul hadith. Dlm ulumul hadith kita akan mempelajari klasifikasi hadith mengikut darjat dan asbab kenapa dikategorikan sedemikian rupa.

Dlm hadith, terdapat مكونات الحديث yakni komponen hadith terbahagi kpd bhgn
1. السند – Al-sanad (Rantaian perawi). Cthnya: Ibn Majah -- Hisham bin Umar –baqiyyah--Sadaqah bin Khalid --Yahya bin Al-Harith Az-Zumari--Aba Asma’ -- Tsauban (Maula Rasulullah S.A.W) --Rasulullah S.A.W bersabda:
2. المتن – Al-Matn (Tek hadith atau kandungan hadith)
3. الطرف – At-Tharaf (Ayat yg menyatakan samada sesuatu hadith itu menyatakan perkataan, perbuatan atau sikap rasulullah S.A.W)

Dlm pengklasifikasian hadith { تقسيمات الحديث}, para ulama hadith membahagikan kpd 5 wajah:
a. من أسند اليه Ke mana isnad itu terhenti
b. Kesinambungan isnad samada terputus ataupun tidak
c. Bilangan perawi dlm isnad
d. Dinilai melalui keadaan matan dan perawi hadith
e. Sifat2 perawi samada boleh dipercayai atau tidak dsb. Di sinilah munculnya klasifikasi sahih, hasan, dhaif atau maudhu’.

Kenapa sesebuah hadith itu dikatakan dhaif, mari kita lihat definisi hadith dhaif.

Dr Nuruddin ‘Itr dlm kitabnya Manhaj al-Naqdi:
“Sebaik-baik takrif hadith dhaif adalah : Sesuatu (hadith) yang hilang satu syarat dari beberapa syarat hadith yang maqbul (diterima).

Dan syarat-syarat hadith yang diterima (maqbul) ada enam: ‘Adil perawi, kuat hafalan rawi (walaupun tidak sempurna), bersambung sanad, ketiadaan keganjilan, ketiadaan kecacatan yang jelek dan terdapat penyokong apabila berhajat kepadanya.

Begitulah yang di jelaskan oleh Al-Buqa`ie dan Al-Suyuti dan selain mereka ……”

Jadi, kesimpulannya:
Samada hadith itu mardud atau maqbul (ditolak atau diterima) ia bergantung kpd banyak faktor, antaranya (merujuk kpd kategori sifat perawi)
1. ‘Adil perawi
2. kuat hafalan rawi (walaupun tidak sempurna)
3. bersambung sanad
4. ketiadaan keganjilan
5. ketiadaan kecacatan yang jelek
6. terdapat penyokong apabila berhajat kepadanya.

Wassalam

-----------
Wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Ulum hadis atau Pengajian Bidang Hadis sudah semakin popular di Malaysia. Maka baik sekali jika anda mengaji sikit sebanyak bab hadis ini kerana ia sumber kedua selepas alQur:an. Mengenai ber'amal dgn Hadis2 Lemah (Dha'eef), sudah dijelaskan banyak kali dan sila browse Archive kami atau Surf SJ Agama Ulangan. WA

0 comments:

Post a Comment