Dec 16, 2008

Apa Dia Fiqh Ad Dakwah?

solid »

salam

Tolong huraikan apakah dia fiqh dakwah.



**************************************
pendekar »

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Solid di atas soalan yang dikemukakan itu .

FIQH ad-DAKWAH itu diambil daripada dua perkataan yang berasingan di dalam B. Arab, iaitu :

{ 1 } ~ FIQH , dan
{ 2 } ~ ad-DAKWAH.

( 1 ) ~ FIQH itu bermakna : KEFAHAMAN . Orang-orang Melayu kita biasanya memanggil ilmu itu sebagai : “ FEKAH “ . Ia juga bermaksud : ILMU PENGETAHUAN .

( 2 ) ~ ad-DAKWAH itu mempunyai beberapa makna , seperti : PANGGILAN , SERUAN , AJAKAN , dan SAHUTAN .

Fiqh ad-Dakwah menurut pengertian para ulama’ , para pendakwah dan para aktivitis gerakan dakwah Islam ialah : “ Satu Ilmu Mengenai Cara – Cara Menyampaikan Dakwah Islam Kepada Manusia “.

Dan cara berdakwah itu sendiri ada berbagai – bagai . Yang paling penting selagi ia tidak bercanggah dengan dua sumber tertinggi agama dakwah ini ( Islam ) , iaitu : al-Quranul Karim , dan : as-Sunnah as-Sahihah , maka ia dibenarkan .

Silakanlah saudara ke mana-mana sahaja kedai-kedai buku dan tanyakanlah kepada jurujualnya apakah buku-buku yang terbaik di dalam bidang dakwah ini .


Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

0 comments:

Post a Comment