Dec 19, 2008

Cara Berdiri Dari Sujud

Salam

Boleh terangkan jawapan

3. Juga khilafiah: Hanafi dan Maliki bangun terus, manakala Syafi'iy dan sebahagian hanbaliah istirihat sekejap. Keduanya boleh diamalkan kerana dalil-dalilnya sama kuat. Allahu a'alam

i.adakah hukum berhenti sebentar itu sunat, harus atau bagaimana?dan adakah maksud sebentar itu dengan [t]ama'ninah?

ii. saya ada terbaca dalam web ini tentang tidak boleh dikumpulkan pendapat2 imam berlainan dalam satu ibadah. maka jika dalam hal ini kita ambil pendapat imam syafi'e dengan berehat sebentar sebelum bangun dan pendapat imam lain dengan tidak membaca qunut, adakah sudah salah?

terima kasih

Wassalam
Jawab:
i) Pendapat yg rajih: Ibn Qayyim (asSolah wa Hukm Taarikiha, 138-ke atas) ; apakah perlu istirihat atau bangun terus itu bukan sunnah-sunnah solat. Jika ia merupakan sunat solat sudah tentu di ajar dengan pasti oleh Nabi saw. Oleh itu beramal dengan kedua cara itu dibolehkan mengikut keadaan orang yg solat. Apa yg kita sebutkan sebelum ini (SJ-1473) merupakan perbahasan empat madzhab berdasarkan hadis2 yg sampai kepada mereka. Tapi mengikut Ibn Qayyim, ia bukan sunnah solat . Jadi tiada hukum tama'ninah dalam bab ini.

ii) Orang awam tidak akan dipersalahkan dalam urusan mengambil taklid. Selalunya orang yg taklid tidak akan campur aduk. Jika taklid syafi'iyah, dia akan taklid hampir 100% kpd Syafi'iyah. setiap orang awam mengikuti mana-mana orang alim yg ditemuinya. WA

0 comments:

Post a Comment