Dec 30, 2008

Tafsir Surah Yunus Ayat 59 Dan 69

assalamualaikum,
Berkenaan dgn ayat 59 dan 69 di dalam surah Yunus. Boleh tak ustaz bagi penerangan ttg apa yg dimaksudkan di dalam ayat tersebut yang menyentuh ttg mengada-adakan sesuatu yang dusta kpd Allah. Sekadar mahu penjelasan. wassalam

------------
Salam

Maksud mereka yang mengada-adakan sesuatu atas nama Allah ialah mereka yang menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah sedangkan itu dusta.

FirmanNya:
قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ

“Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” (Surah Yunus: ayat 59)
قَالَ اِبْن عَبَّاس وَمُجَاهِد وَالضَّحَّاك وَقَتَادَة وَعَبْد الرَّحْمَن بْن زَيْد بْن أَسْلَمَ وَغَيْرهمْ : نَزَلَتْ إِنْكَارًا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِيمَا كَانُوا يُحِلُّونَ وَيُحَرِّمُونَ مِنْ الْبَحَائِر وَالسَّوَائِب وَالْوَصَايَا

Berkata Ibn `Abbas, Mujahid, Ad-Dahhak, Qatadah, `Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam dan yang lainnya: “Ayat ini diturunkan utk mengutuk para musyrik kerana mereka menghalalkan dan mengharamkan (sesuka hati mereka). Spt Bahirah, Sa’ibah dan Wasilah. Sepertimana yang difirmankan Allah S.W.T:
كَقَوْلِهِ تَعَالَى " وَجَعَلُوا لِلَّهِ مِمَّا ذَرَأَ مِنْ الْحَرْث وَالْأَنْعَام نَصِيبًا " الْآيَات

“Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah…” (Surah Al-An’am: ayat 136)

وَقَدْ أَنْكَرَ اللَّه تَعَالَى عَلَى مَنْ حَرَّمَ مَا أَحَلَّ اللَّه أَوْ أَحَلَّ مَا حَرَّمَ بِمُجَرَّدِ الْآرَاء وَالْأَهْوَاء الَّتِي لَا مُسْتَنَد لَهَا وَلَا دَلِيل عَلَيْهَا ثُمَّ تَوَعَّدَهُمْ عَلَى ذَلِكَ يَوْم الْقِيَامَة.

Allah S.W.T mengutuk mereka yang menghalalkan apa yg telah diharamkanNya atau sebaliknya. Ini kerana apa yg mereka lakukan hanyalah berdasarkan hawa nafsu dan pendapat yang salah yg tidak bersandarkan bukti. Kmdn Allah memberi amaran kpd mereka dgn janji Hari Qiyamah. FirmanNya lagi:
وَمَا ظَنُّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ يَوْمَ الْقِيَـمَةِ

“Dan apakah yang difikirkan oleh mereka yang berbohong dan berdusta kepada Allah para hari qiyamat?”

Dan ingatlah, orang yang berdusta(mengharamkan atau menghalalkan) atas nama ALlah tidak akan berjaya:
قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya." (Surah Yunus: ayat 69)

Tafsir Al-Qurtubi (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran)
Tafsir Ibn Kathir

_________________
Wassalam
Jawapan telah diTas-hih

Tambahan:
Kami syorkan memiliki sekurang-kurangnya satu jilid lengkap kitab tafsir utk kegunaan personal. Kami syorkan Tafsir HAMKA kerana kosnya yg paling murah sekitar RM 250. WA

0 comments:

Post a Comment