Jan 22, 2009

Status Pertandingan Unsur Judi

assalamu'alay-kum...

ernm...

kalau kuiz SMS dah ahram (sbgmana dah dijelaskan oleh tn hj kamin)...

jadi.. bgmana pula dgn status pertandingan yg ...

biasanya... dianjurkan oleh satu pihak... yg terlebih dahulu MENGENAKAN BAYARAN kononnya... Yuran penyertaan... dan..biasanya... duit² itu akan diguna oleh pihak penganjur utk menyediakan hadiah??

jadi.. apakah beza style pertandingan seumpama itu dengan PERJUDIAN @ PERTARUHAN ??

ini kerana... hari neh... dah byk pertandingan yg wat mcm tu..

~ Pertandingan Bola Sepak...
~ dll...

WA

******************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada.

Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan dengan pertandingan yang dibenarkan didalam Islam, elok juga kita melihat kembali beberapa pra-syarat yang ditetapkan oleh Islam. Menurut Shaykh Khaalid al-Maajid, dari Universiti Islam Imaam Muhammad ibn Sa’ud :-

الشرط الأول : خلوُّها من القمار ، وهو الرهان بين اللاعبين .
الشرط الثاني : ألا تكون صادَّةً عن ذكر الله الواجب، وعن الصلاة ، أو أي طاعة واجبة ، مثل برّ الوالدين .
الشرط الثالث: ألا تستغرق كثيراً من وقت اللاعب، فضلاً عن أن تستغرق وقته كلّه، أو يُعرف بين الناس بها.

1. Hendaklah bebas dari unsur-unsur perjudian, pertaruhan diantara pemain.

2. Tidak menjadi penghalang didalam melakukan kewajipan mengingati Allah, atau solat, atau apa-apa ibadat, seperti menhormati ibu-bapa.

3. Permainan ini tidak memakan masa yang banyak, lebih-lebih lagi mengambil sepenuh masanya, atau membuat orang lain mengenalinya disebabkan masa yang dia ambil.

Syarat yang dinyatakan diatas ini hanya merujuk kepada pra-syarat pertandingan yang dibolehkan, dan tidak termasuk hadiah /prize.

Dr Abdul Fattaah Idris, Professor Fiqh Muqaran di Al-Azhar, didalam memberi fatwa berkenaan isu bolehkah hadiah diberikan kepada peserta pertandingan kuiz sekolah, beliau berpandangan :

"Menurut majoriti ulama, apa yang membolehkan pertandingan jawapan yang terbaik atau betul bagi sesuatu soalan, samada akademik atau bukan akademik, ialah kerana sebabnya ynag mulia. Maka agak jelas disini bahawa pertandingan serupa ini dibolehkan dari perspektif Islam dengan syarat tidak ada hadiah diberikan. Ini adalah pandangan majoriti ulama. Walaubagaimana pun Mazhab Hanafi membenarkan hadiah diberikan, oleh kerana ia akan bertindak sebagai bahan pemangkin agar seseorang itu bekerja keras.

Berdasarkan pandangan ini, Islam membenarkan instituisi memberi hadiah kepada mereka yang cermelang, kerana ia akan menggalakan masnusia meletakkan usaha yang lebih didalam pembentukan kerjaya masing-masing dan yang seterusnya akan mengerakkan seluruh masyarakat"

Islam begitu berhati-hati didalam perkara yang melibatkan wang dan hadiah. Islam membenarkan hadiah diberikan kepada perkara-perkara yang membawa kepada Jihad dan juga unsur-unsur agama; seperti pertandingan menghafal al-Quran, kuiz agama, dsb, sebagaimana fatwa yang telah dibawakan dahulu :-

Quote:
Menurut Dr Ali Al-Saalus, Professor Syariah dari Qatar :

المسابقة في الأمور المباحة دون بذل مال لا حرج فيها ، أما المسابقة مع بذل مال لمن يسبق فكان الهدف منها الترغيب في الجهاد والحث عليه، ولذلك جاء في الحديث الشريف: "لا سَبَقَ إلا في خف أو حافر أو نصل". رواه أحمد، وأبو داود والترمذي وابن ماجه في كتاب الجهاد، والإبل والخيل كانت وسائل القتال ، والنصال كانت للرمي ، والسبق- بفتح الباء- هو المال الذي يجعل للسابق ، وهو كما نرى يتعلق بالجهاد ، غير أن بعض الدول وأهل الخير والإحسان جعلوا أموالاً لمسابقات غير الجهاد.

"Pertandingan adalah perkara yang dibolehkan tanpa memasukkan unsur duit dan tidak ada masalah dengannya, bagi pertandingan yang melibatkan wang, mereka akan melakukannya bersungguh-sungguh bagi mencapai targetnya, dan ini telah dinyatakan didalam hadith Nabi saw : 'Tidak ada sabaq (hadiah wang dsb) kecuali memanah, lumba kuda dan lumba unta'. - [Hadith diriayat oleh Ahmad, abu Daud, Al-Tirmudzi, Ibn Majah didalam buku Jihad]. Unta bermakna perlawanan, memanah bermaksud melontarnya, dan sabaq bermaksud duit yang digunakan sebagai hadiah pemenang.Ini semua apabila kita lihat adalah bersangkutan dengan JIHAD, akan tetapi sebahagian negara dan masyarakat yang pemurah melakukan kebajikan dengan wang untuk pertandingan dan bukan untuk Jihad". [Fatwa IOL, sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=97841 ]

Pertandingan-pertandingan yang menguji minda dan kecergasan dibenarkan dengan syarat perserta tidak rugi apa-apa dan tidak terdapat unsur-unsur perjudian. Sheikh Dr. Raahid al-'Ulaywi, dari Universiti Islam Imaam Muhammad ibn Sa’ud, dari kampus al-Qaseem campus berkata :-

لا بأس بالمشاركة في المسابقات التي تقام عبر الإنترنت أو غيره إذا كان المتسابق لا يغرم شيئاً، بحيث لا يكون إلا سالماً أو غانماً ؛ لأنه لا يوجد في ذلك ميسر أو قمار، فالميسر والقمار ما يكون فيه الشخص متردداً بين أن يغرم أو يغنم .
ولكن يشترط أن تكون هذه المسابقات غير مشوبة بأشياء محرمة كأن تكون الأسئلة في أشياء إباحية أو غنائية ونحو ذلك مما يحرم لذاته ، فتحرم لهذا السبب، لا لكونها قماراً

"Tidak mengapa mengambil bahagian didalam sesuatu pertandingan didalam internet atau dimana sahaja, jika penyertaan tidak merugikan apa-apa dan mereka akan berkeadaan selamat atau akan memenangi sesuatu, kerana ia tidak melibatkan judi. Judi bermaksud seseorang tidak tahu samada dia akan mendapat sesuatu atau hilang sesuatu. Tetapi ini masih tertakluk kepada syarat pertandingan tersebut tidak melibatkan perkara yang haram, seperti soalan mengenai benda yang diharamkan dsb., Maka ia diharamkan disebab perkara ini, bukan kerana ia melibatkan judi."

Yuran bagi sesuatu pertandingan dikenakan biasanya melibatkan kos sewa padang, peralatan dan sebagainya. Prinsip asasnya ialah ia harus bebas dari unsur-unsur yang haram - sebagai contoh : semua pemain dan pasukan harus membayarnya. Akan tetapi jika pemain bersetuju bahawa pihak yang kalah akan membayar untuknya atau mereka yang lain, dan si-pemenang tidak perlu membayar apa-apa, maka ini dinamakan sabaq (hadiah wang) dan ia juga menyerupai pertaruhan didalam permainan.

Ini tidak dibenarkan didalam Islam, melainkan ia terlibat didalam pembentukan kemahiran untuk jihad sebagaimana sabda Nabi saw :-

لا سبق إلا في نصل أو خف أو حاف

"Tidak ada sabaq (hadiah wang/kemenangan) melainkan memanah, pertandingan kuda dan pertandingan unta" - [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1700; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi]

WA, wassalam

0 comments:

Post a Comment