Assalamualaikum WTH
Saya samar-samar apakah yang dikatakan thaghuut.
1) Adakah seorang Islam yang meninggalkan perkara wajib
dengan sengaja seperti tinggal sembahyang fardhu di katakan thaghuut juga?
2) Lain ideologi dari Islam seperti komunisme, nasionalisme dan sekularisme juga thaghut ?
Terima kasih atas penjelasan.
****************
ziy@d
Salam
Alhamdulillah.
Definisi Taghut adalah luas. At-taghut (الطَّاغُوتَ) masdarnya ialah at-tughyan/tagha yang membawa maksud melebihi had.
“Sesungguhnya Kami, ketika air (banjir) melampaui hadnya (tagha) (serta menenggelamkan gunung-ganang), telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).” (Surah Al-Haqqah: ayat 11)
Taghut dari segi istilah ialah mereka yg melangkaui batas dengan menyamakan ia dgn hak Allah dan menjadikannya sekutu dgn Allah. Allah S.W.T berfirman:
“(Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (tagha).” (Surah An-Naazi’at: ayat 17)
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.” (Surah An-Nahl: ayat 36)
Umar Al-Khattab R.A berkata: “At-taghut itu adalah syaitan.” (At-tabari dlm Jami’ul Bayan An Ta’wilil Quran; Al-Hafiz Ibn Hajar dlm Fathul Bari (8/251) mengatakan bahawa sanadnya kuat)
Jabir R.A. berkata: “ At-taghut adalah para nujum dan penunjuk nasib yg bergantung kpd pertolongan syaitan.” (ibid)
Imam Malik Rh berkata: “Taghut itu adalah menyembah selain Allah.” (Riwayat As-Suyuti dlm Ad-Durarul Manthur dari jalan Ibn Abi Hatim)
Ibnul Qayyim Rh dlm I’lamul Muwaqiin memberi penjelasan lebih komprehensif, katanya: “At-taghut adalah perkara yg menyebabkan seseorang itu melebihi batasan samada ia berkaitan dgn penyembahan, mengikutinya atau mematuhinya. Jadi taghut dlm segala bentuk ialah mereka yg berpaling dari Allah dan RasulNya utk perkara hukum; atau merasa suka menyembah selain dari Allah atau mengikuti sesuatu tanpa sebarang dalil dari Allah atau mematuhi sesuatu dlm perkara yg diketahui bahawa ia adalah keingkaran kpd Allah.”
Berbalik kpd persoalan asal si penanya:
1. Adakah orang yg meninggalkan perkara kewajipan (i.e solat) dgn sengaja dianggap taghut?
Tidak. Definisi taghut adalah merujuk kpd manusia yg menganggap dirinya sbg tempat pergantungan, tempat penyembahan, tempat ketaatan dlm semua perkara.
2. Ideologi2 tersebut adalah salah satu cabang taghut apabila digunakan utk mengubah hukum2 Allah dan RasulNya; yg membuat manusia berpaling pergantungan dan ketaatan dari Rabb kpd manusia2 yg mendokong ideology itu.
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Sifat fisik Ibnu Katsir menyebutkan perkataan Imam Al-Dzahabi dalam kitabnya, “Ia berkulit putih, memiliki rambut dan janggut hitam, sedikit beruban, sua...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment