abuabdirRahman »
assalamualaikum semua.saya ada satu musykilah-kita meminjam satu barang yg haram dari segi syara'.saya nak tanya manakan yg lebih afdhal,antara kita musnahkannya atau kembalikannya kpd tuan empunya barang?
*********************************************
zain-ys »
salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Memusnahkan barangan yang melalaikan dan yang diharamkan adalah dibenarkan. Malah difardhukan secara fardhu kifayah. Ia termasuk sebahagian dari amar ma'ruf Nahi munkar.
Dasarnya adalah hadis:
Jika seseorang itu memusnahkan benda berkenaan maka tidak perlu diganti. Kerana ia tidaklah termasuk dalam ertikata "mal" (harta).
Namun begitu, tindakan memusnahkan tidak boleh dilakukan jika akan mengakibatkan kemunkaran yang lebih besar berlaku. Ketika itu, tindakan hendaklah dilakukan secara berhikmah dan bijaksana.
Seperkara lagi, tindakan memusnahkan barangan yg melalaikan itu hendaklah dilakukan berdasarkan kemampuan masing2. Ini ada tercatat dalam hadis di atas.
Rakyat biasa dengan kemampuan rakyat biasa. Orang satu kampung dengan kemampuannya. Wakil rakyat dengan kemampuannya. Pemerintah dengan kemampuannya. Individu dengan apa yang dia ada.
Jika kemampuan yg ada hanya dengan kata2 dan nasihat maka itulah yg perlu dilakukan. Jika kemampuan dengan kekuasaan makan itulah yang wajib dilaksanakan.
Contoh: Seorang individu, jika terdapat suatu kemunkaran spt ada kedai yang menjual peralatan judi di tempat kita, tindakan yg perlu dilakukan adalah dengan membuat aduan kepada pemerintah. Kerana pemerintahlah yg punya kemampuan memusnahkannya dengan tangan/secara langsung. Jika aduan itu diabaikan, kemunkaran tidak dicegah, maka ketika itu kemunkaran itu hendaklah dihalang semampu mungkin. Jika ditakuti akan berlaku kemunkaran yg lebih besar, maka ketika itu barulah pengingkaran terhadap munkar perlu dilakukan di dalam hati.
Adalah tidak betul jika kita mendapati ada tempat menjual alat2 perjudian, lalu kita bom tempat berkenaan. Kerana ia tidak mengikuti cara dan tahap2 yg benar. Dan ia akan membawa kepada kemunkaran atau kerosakan yg lebih dahsyat lagi.
al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi berpendapat ttg hadis di atas:
Ertinya:
Hanyasanya ia (cegah munkar) dimulai dengan lisan dan penjelasan. Jika tidak berjaya hendaklah dihentikan dengan tangan, jika gagal juga dihentikan melainkan dengan angkat senjata, maka cegah munkar perlulah ditinggalkan. Kerana mengangkat senjata adalah hak sultan/pemerintah.
saya ada satu musykilah-kita meminjam satu barang yg haram dari segi syara'.saya nak tanya manakan yg lebih afdhal,antara kita musnahkannya atau kembalikannya kpd tuan empunya barang?
Barangan yg diharamkan boleh dimusnahkan. Tetapi jika ia akan membawa kepada bencana yang lebih besar, maka sdra hendaklah menggunakan pelbagai cara lain..
Dalam hal hubungan antara individu begini, terutamanya antara sahabat dengan sahabat, adalah lebih baik jika sdra dapat mendorongnya sehingga akhirnya dia sendiri yg akan memusnahkan barang berkenaan.
Jika sdra memusnahkan, barangkali ada akibat yg lebih buruk berlaku kepada kawan sdra. Kalau ia dimusnahkan, dia boleh menggantikannya dengan 10 barangan spt itu. Apa yang lebih membahayakan ialah dia kehilangan sahabat spt sdra yang mungkin itulah satu2nya peluang untuk dia sedar dan insaf serta dapat membawanya ke jalan yg diredhai oleh Allah.
Kesimpulan:
Bagi rakyat biasa, tugas mencegah munkar hendaklah dilakukan dengan lisan, bantahan dan kejian. Manakala dengan tangan, jika tidak mendatangkan fitnah dan menimbulkan kemunkaran lain yg lebih besar. Manakala penggunaan senjata, hendaklah dengan izin pemerintah.
Sekian, semoga bermanfaat utk semua..
Wallahu a'lam..
wassalam
---------------------------
Rujukan:
http://www.al-eman.com/feqh/viewchp.asp?BID=252&CID=557
http://www.alsaha.com/sahat/Forum2/HTML/003967.html
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment