Nov 27, 2009

Tanda Hampir Kedatangan Ajal

Postby zacky_drill » Jun 29th, '09, 09:52

salam

saya ingin tahu tentang tanda2 ajal kita akan sampai,,,ya memang kita tak tahu bila akan sampai tapi pasti ada tanda2 yang diberikan sedangkan kedatangan nabi pun ada diberikan tanda2 kedatangan hari kiamat pun ada diberikan tanda tapi adakah kedatangan ajal akan diberikan tanda,,,jika ada saya harap dapat sedikit huraian beserta hadis dan quran untuk persediaan menghadapinya kerana maut adalah pasti.


************************
Postby Abu_Umair » Jul 29th, '09, 02:48

Hakikatnya, ajal adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh ALlah Taala. Firman Allah Taala:

Maksudnya, "Maka apabila datang ajal mereka, mereka tidak boleh meminta ditangguhkan walau seketika, dan tidak juga boleh mempercepatkannya".

Walaubagaimana pun, ada juga kalangan hamba-hamba Allah yang dicampakkan dalam hati mereka perasaan tentang hampirnya kedatangan ajal. Ia boleh berlaku kepada sesetengah orang.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri sebelum wafatnya sudah mengetahui tentang kedatangan ajalnya, lalu bersabda pada haji widak:

"Hendaklah kamu mengambil dariku amalan haji kamu. Kerana sesungguhnya aku tidak tahu barangkali aku tidak lagi berhaji selepas hajiku ini". (Sahih Muslim no: 1297).

Manakala tanda kedatangan ajal ialah melihat Malaikat Maut datang kepadanya. Jika dia seorang yang beriman, Malaikat duduk di sisi kepalanya dan berkata, "Wahai jiwa yang suci. Keluarlah kepada keampunan dan keredhaan dari Allah".

Adapun tanda-tanda kematian yang banyak tersebar yang mengatakan sejak 40 hari sebelum kematian lagi sudah ada tanda-tandanya, ia tidak berdasarkan fakta yang dipercayai.

Maka persediaan menghadapi kematian hendaklah dilakukan tanpa merujuk kepada tanda-tanda kematian. Kerana maut boleh datang secara tiba-tiba.

Wallahu A'lam.

1 comments:

Anonymous said...

Dalm soal ajal ni saya ada satu kemusykilan, saya yakin tetntang soalan malaikat mungkar nangkir, soalan didalam alam barzah dan siksaan kubur. Jika jasab selepas mati tidak dikuburkan (ex: mayat firaun, mumia, mayat Lenin..dsb yang tidak terkubur) maka bagaimanakah Allah memenentukan proses tersebut walhal jasab tidak berada didalam bumi? adakah rohnya yang disiksa?

Wallahu A'lam.

Post a Comment