Dec 24, 2008

Kenapa Mesti Keliru

Asalamualaikum.
Saya berasa musykil kenapa mesti ada pihak wahabi dll. Yg jelas adakah penganut ugama Islam di Malaysia mengutamakan Al Quran dan sunnah? contoh soalan di mana Allah swt , adakah soalan ini lebih baik di jawab dgn mengunakan kitabulah atau dgn pendapat yg lain (akal)?
Tolong jelaskan.

2. Tentang Qunut di waktu sembahyang subuh, tolong berikan satu sandaran yg sohih tentangnya yg. mengatakan ada Rasullulah menunjukankan contoh darinya.

Wassalam

Saya akan tambah kerana soalan itu ada pecahan2nya:

1.a) "Saya berasa musykil kenapa mesti ada pihak wahabi dll."
Sdr Husaini bertanya kenapa mesti ada pihak wahabi dan lain2. Senarai soalan seperti ini panjang..kenapa mesti ada syi'ah, zaidiyah, syafi'iyah, hanbaliah, kaum muda, gerakan sunnah, ikhwan muslimoon, PAS, UMNO, JIM, ABIM. Oleh kerana ada khusus menyebut wahabi, maka jawapannya wahabi ialah Imam Muhammad bin Abdul Wahab dari Nejd sekarang Kingdom of Saudi Arabia.(1703M-1792M). kemunculan Imam Muhammad abdul Wahab adalah salah satu mata rantai dari gerakan tawheed atau gerakan Islah Deeni. Segala cerita sumbang mengenai wahabi datang dari dua kemungkinan. Pertama: ia dibawa oleh ahli syirik dan penggemar bid'ah agama. Kedua: orang jahil yg mendengar berita dari pendakwah yg sesat dan jahat.

1. b) Yg jelas adakah penganut ugama Islam di Malaysia mengutamakan Al Quran dan sunnah? contoh soalan di mana Allah swt , adakah soalan ini lebih baik di jawab dgn mengunakan kitabulah atau dgn pendapat yg lain (akal)?

Thtl: Selepas bertanyakan soal Wahabi, anda bertanya pula apakah penduduk Malaysia mengutamakan AQ dan asSunnah? Jawabnya: belum lagi. Kita mengutamakan Rukun Negara, dasar Pragmatisme dan Perlembagaan yg digubal di London oleh Suruhanjaya Reid. Indonesia mengutamakan Pancasila dan perlembagaan Negara Indonesia.
kemudian anda bertanya< Di manakah Allah, kena dijawab dgn Naqli (kitabuLlah) atau Aqli?

Kita jawab: Urusan Ketuhanan (Uluhiyah, Rububiyah dan Asma wa Sifat) hendaklah didahulukan KitabuLLah kemudian Aqli. Buktinya Imam Abu alAbbas Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa 5/21), ada lebih dari 300 ayat yg menyatakan Allah berada di atas hamba-hambaNya. Cth ayat: "tetapi sebenarnya Allah mengangkat Isa kepada-Nya" AQ 4: 158 Ayat ini menunjukkan tempat Allah itu di atas. Dalil Aqli: secara otomatik bila manusia dalam dukacita dan tersepit antara hidup dan mati, mereka akan melihat ke atas atau menadah tangannya. Fitrah atau spontan akal melihat Tuhan berada di atas hamba.

2. Kemudian anda musykil pada isu Qunut pd solat Subuh. Spt yg dijelaskan oleh sahabat2 kami, bahawa kita berlapang dada dalam isu Khilaf spt Qunut ini. yang sebenarnya, kalau anda ingin kepada yg lebih benar, kami ada tahqeeqanya. Ini kerana kajian dalam masalah Qunut telahpun selesai tapi masyarakat awam masih belum berilmu, maka kita tidaklah memaksakan mereka mereka menerima pendapat yg lebih rajih. Pendapat yg sebenarnya Qunut Subuh itu tidak thabit dgn nas-nas hadis yg dikemukakan kerana semuanya telah dikenalpasti kecacatannya. Bila masyarakat awam masih muqallid, maka kita merasa lebih baik kita berlapang dada sahaja. Inilah Fatwa Dr Qardhawi. WA

0 comments:

Post a Comment