Jan 16, 2009

Hadis Maulud Nabi

teks "barang siapa yg memperbesarkan hari kelahiranku nescaya aku akan jadi penolongnya pd hr kiamat brangsiapa membelanjakn 1 dirham utk maulidku maka seolah2 dia memblanjakan emas 1 buah gunung utk agama allah "adakah ianya sahih?? inikah dalil yg mmbolehkan buat maulud nabi? banyak ust2 kata ianya adalah dpt phala kalau wat maulud krn ia mengingatkan kita kat nabi saw krn ada hadith yg mnyebut tentangnya.
minta pandangan....

*****************
Salam

hadith ini hadith maudhu'. tidak ada satu hadith pun samada sahih  atau hasan yg menceritakan fadhilat tentang maulid.

Maulid tidak pernah disambut oleh para khulafa ar-rasyidun, para tabi'in, para atba' tabiin sekalipun.

Namun ia muncul pada ketika pemerintahan bani fatimiyyah pada kurun ke-4 hijrah. As Suyuti dalam Husnul Maqshud fi Amal Al Maulid menegaskan:”Orang yang pertama kali mengadakan peringatan hari Maulid Nabi adalah penduduk Irbal, Raja Agung Abu Sa’id Kau Kaburi bin Zainuddin Ali bin Bakitkin, seorang raja negeri Amjad."

Tentang keistimewaan hari lahir Nabi saw, terdapat hadith sahih dari Abi Qatadah, beliau menceritakan bahawa seorang A’rabi (Badawi) bertanya kepada Rasulullah saw: “Bagaimana penjelasanmu tentang berpuasa di hari Isnin?" Maka Rasulullah saw menjawab, "Ia adalah hari aku dilahirkan dan hari diturunkan kepadaku Al-Qur’an.” [Syarh Sahih Muslim An-Nawawi 8/52].

ia tidak lebih dari itu. ttp masalahnya hari ini, khilaf di kalangan fuqaha bila lahirnya nabi S.A.W. (tarikh yg tepat). Ada yg mengatakan 9 rabi'ul awwal dan ada yg mengatakan 12 rabi'ulawwal. Jadi, bagaimana hendak memperbesarkan tarikh kelahiran nabi sedangkan tarikhnya masih dipertikaikan.

Jadi, hadith ini tertolak dan dikelaskan sbg la asla lahu (tiada asas/baseless) dlm amalan dlm islam.

Namun demikian, tak salah kita sambut maulid hanya utk memperingati nabi cuma kita tidak boleh mengkhususkan sesuatu amalan utk pada hari itu. contohnya, puasa sunat sempena maulid, sembahyang sunat, marhaban, berzanji dsb.

kalau boleh, ingat nabi pada bila2 waktu dan di mana sahaja. dan kita beriltizam utk mengamalkan sunnah yg sahih dan inilah tanda kecintaan kita pada nabi.


Wallahutaala a'lam.

********************
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ust Ziy@d diatas respond diatas. Didalam buku karangan Moenawar Chalil, "Hadith-Hadith Mauludan", Abadi (29 Pebruari 1953), juga menceritakan bahawa hadith-hadith maulud yang berbunyi diatas lemah periwayatannya dan ia adalah maudhu' (palsu), dan tidak boleh dijadikan nas menetapkan hukum.

Islam tidak pernah melarang umatnya memperingati Rasulullah saw. Bagi mereka yang ingin menyambut hari kelahirannya (iaitu hari Isnin) dan menghidupkan sunnahnya dianjurkan berpuasa pada setiap hari Isnin. Menyambut hari kelahiran Nabi saw bukanlah dilakukan seperti hari perayaan yang ada, iaitu Eid Al-Fitr dan Eid Al-Adha, akan tetapi ia cuma merupakan Hari Memperingati datangnya Nabi akhir zaman, penutup segala nabi. Seperti yang disebut oleh Ustaz Ziy@d, tidak ada amalan yang khusus bagi menyambut hari kelahiran baginda. Menurut pendapat Dr Ahmad Al-Sharabasi rh, seorang pensyarah Universiti Al-Azhar :-

لكنا نستطيع أن نقول إن هذا الاحتفال ـ إن اعتدل واستقام ـ عادة حسنة أراد بها الذين يُخلصون الحب لرسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ أن تكون فرصة طيبة لتذكُّر شخصية الرسول وسيرته، وأخلاقه وسنته، فإذا تم الاحتفال بهذه الذكرى على صورة إسلامية سامية، منزَّهة عن كل ما يخالف الدين، فإن نتائجه في النفوس الخيِّرة تكون نتائج طيبة حميدة، والقرآن يقول: (وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنينَ) (الذاريات:55).أ.هـ

"Akan tetapi kita mengatakan bahawa perayaan ini - jika ia lurus dan perbuatan yang baik - biasanya keinginan yang baik bagi memperkemaskan cinta kepada Rasulullah saw - Ia merupakan peluang yang baik untuk mengimbas semula syahsiah dan sirah (biografi), akhlak dan sunnahnya. Jika perayaan memperingatinya dilakukan didalam bentuk Islamik, ia tercegah dari segala bentuk kesalahan didalam agama, kerana sesungguhnya ia menghasilkan jiwa yang baik dan keputusan yang baik, dan Allah berfirman : "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. " - [Al-Zaariyaat : 55]"

Menurut Shiekh Abdul Khaliq Al-Sharif, seorang pendakwah di Mesir :-

وما يقوم به الناس من احتفال إذا كان بقصد التذكير وإعطاء العظات والعبر والدعوة إلى التزام منهجه، فيرى البعض أنه لا بأس بذلك بهذا القصد، وإن كان المفترض أن يكون دومًا.

"Apa yang dilakukan oleh manusia ialah menyambutnya bagi tujuan MEMPERINGATI dan memberikan PENGAJARAN, dan BERDAKWAH kearah komitment terhadap Manhaj tersebut, maka beberapa ulama' melihat ia tidak mendatangkan kerosakan dengan keinginan itu, dan sepatutnya diteruskan"

Tambah beliau, tugas kita keatas Rasulullah banyak sekali. Secara ringkasnya adalah:-

1 - محبته. 2 - طاعته. 3 - التأسي به. 4 - الاحتكام إلى شريعته. 5 - الدعوة إلى الدين الذي جاء به. 6 - نصرة دينه وشريعته والعمل على تطبيقها. 7 - الإكثار من الصلاة عليه كلما ذكر وفي يوم الجمعة خاصة، وفي غير ذلك من المواطن المبينة في مواضعها. 8 - حب آل بيته ـ صلى الله عليه وسلم.

"1. Cinta kpdnya 2. Ketaatan kpdnya 3. Menirunya 4. Kembali kepada syariahnya 5. Berdakwah kepada agama yang dibawanya. 6. Membantu agama, syariah dan kerja amal keatas aplikasinya 7. Memperbanyakkan selawat keatasnya dan khususnya hari Jumaat. 8. Cinta kepada ahli keluarganya saw". WA.

wassalam

==============

1. Fatwa Islam Online. ضوابط الاحتفال بالمولد النبوي. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=38287

0 comments:

Post a Comment