Dec 30, 2008

Nabi Isa Dan Kiamat

Apakah maksud sebenar tafsiran 'Nabi Isa diangkat olih ALLah.....' Adakah Nabi Isa a.s. diangkat seluruh tubuh dan roh ataupun Allah mengangkat darjatnya. Ada pendapat mengatakan Isa wafat cuma tak tahu bila dan dimana. Berkaitan dengan soalan ini, apakah ayat yang menerangkan bahawa Isa akan diturunkan ke dunia sebelum berlakunya kiamat. :?

----------
Sebelum kita membincangkan persoalan ini dengan lebih lanjut, eloklah kita menghayati firman Allah swt didalam surah Surah al-Nisaa' (155-159) :

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلا يُؤْمِنُونَ إِلا قَلِيلا(155) وَبِكُفْرِهِمْ وَقَوْلِهِمْ عَلَى مَرْيَمَ بُهْتَانًا عَظِيمًا(156) وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلا اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا(157) بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا(158)وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا(159) سورة النساء
[
155] Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar dan mereka juga mengatakan: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).

[156] Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Mariam (dengan tuduhan) yang amat besar dustanya.

[157] Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

[158] Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[159] Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
-------

Kesimpulan dari ayat-ayat diatas, dapatlah kita ringkaskan beberapa kesimpulan :-

- Pembohongan dan fitnah kaum Yahudi terhadap Mariam (kerana melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa bapa).
- Pembohongan terhadap pembunuhan dan pensaliban Nabi Isa.
- Allah menukar Nabi Isa dengan orang lain sebelum orang tersebut disalib.
- Allah telah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit.

Maka jelas dari ayat diatas menunjukkan bahawa Nabi Isa a.s. telah diangkat oleh Allah swt ke langit, dan berita pembunuhan beliau adalah satu pembohongan.

Apakah Nabi Isa dimatikan sebelum naik ke langit?

Mungkin ada juga yang bertanya mengenai surah Aal 'Imran ayat 55, terdapat penggunaan istilah “mutawaffeeka” (مُتَوَفِّيكَ ) yang biasanya diterjemahkan sebagai wafat (mati), firmannya :-

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan." - [Aal 'Imran 3:55]

Ibn Jareer rh. menjelaskan bahawa :-

" توفيه " هو رفعه ، وقال الأكثرون المراد بالوفاة هاهنا النوم كما قال تعالى : ( وهو الذي يتوفاكم بالليل ) الآية وقال تعالى : ( الله يتوفى الأنفس حين موتها والتي لم تمت في منامها )

Wafat disini bermaksud dia diangkat/naikkan, dan berkata kebanyakkan ulama', penggunaan wafat disana bermakna TIDUR sebagainmanaa firman Allah swt ( Dan Dialah yang [yatawaffaakum] menidurkan kamu pada waktu malam - [al-An’aam 6:60] ) dan firman Allah swt (Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil [yatawaffaa] dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya;- [al-Zumar 39:42])"

Menurut Sheikh Muhammad ibn Ibrahim al-Tuwayjri :-

- فعيسى عليه السلام لم يمت بل رفعه الله إليه .. وسينزل قبل يوم القيامة ويتبع محمداً صلى الله عليه وسلم .. وسيكذب اليهود الذين زعموا قتل عيسى وصلبه .. والنصارى الذين غلوا فيه وقالوا هو الله .. أو ابن الله .. أو ثالث ثلاثة .قال النبي عليه الصلاة والسلام .. (والذي نفسي بيده ليوشكن أن ينزل فيكم ابن مريم حكما ًمقسطاً فيكسر الصليب و يقتل الخنزير ويضع الجزية ويفيض المال حتى لا يقبله أحد ) . متفق عليه أخرجه مسلم برقم 155.

"Maka Isa a.s. tidak mati, bahkan Allah telah mengangkatnya kepadaNya, dan akan menurunkan sebelum hari Akhirat dan beliau akan mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw. Dia akan membuktikan bahawa kaum Yahudi salah didalam mendakwa bahawa mereka telah bunuh dan menyalib Isa. Beliau juga akan membuktikan bahawa kaum Nasaara (Kristian) salah kerana berlebih-lebih (gulw) terhadap beliau dan mengatakan beliau tuhan, atau anak tuhan, atau tiga didalam tiga. Nabi saw bersabda :'Demi yang tangannya berada di jiwaku, anak Maryam akan turun disisi kamu dan akan menegakkan keadilan. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah, dan harta akan menjadi tersebar sehingga tiada seorang yang akan menerimanya.' - (Mutafaq a'laih, riwayat Muslim no:155)"

-------
Hukum bagi yang mengatakan Nabi Isa a.s. telah wafat

Bagi penjelasan ini, kami memetik fatwa bernombor 2190 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daai'mah Arab Saudi (3/292) :

ما حكم من قال : إن عيسى قد مات؟

Apa hukumnya mereka yang berkata : Isa telah mati?

ثبت بالأدلة من الكتاب والسنة الصحيحة أن عيسى ابن مريم عليهما السلام لم يقتل ولم يمت، بل رفعه الله إليه حيا، وأنه سينزل آخر الزمان حكما عدلا في هذه الأمة، فمن قال : إن عيسى ابن مريم قد مات وإنه لا ينزل آخر الزمان فقد خالف كتاب الله وسنة نبيه محمد صلى الله عليه وسلم وأخطأ خطأ فاحشا، ويحكم بكفره بعد البلاغ وإقامة الحجة عليه لتكذبينه الله ورسوله.

"Telah thabit (terbukti) dari dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah bahawa Isa Ibn Mariam a.s. TIDAK DIBUNUH dan TIDAK MATI, akan tetapi Allah swt telah mengangkatnya (naikkan) hidup-hidup, dan dia akan diturunkan di akhir zaman sebagai hakim kepada keadilan umat. Maka sesiapa yang berkata : Isa Ibn Mariam a.s.telah mati dan tidak akan diturunkan pada akhir zaman adalah bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw dan ia merupakan satu kesalahan yang amat serius, dan dihukum kufur setelah mana di beri peringatan dan maklum balas kerana ia nya membohongi Allah dan Rasulnya"

----
Apakah Nabi Isa a.s. akan wafat?

Sebagai makhluk Allah swt, setiap yang bernyawa akan menghadapi kematian. Begitulah keadaan keatas Nabi Isa a.s., setelah selepas menegakkan keadilan dimuka bumi pada Akhir Zaman nanti, beliau akan dimatikan. Jenazahnya akan disolatkan dan kafankan oleh orang Islam. Disana ada hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad (no:9349) :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( أنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ لأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ نَبِيٌّ . . . ثم ذكر نزوله عليه السلام في آخر الزمان . ثم قال : فَيَمْكُثُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَمْكُثَ ، ثُمَّ يُتَوَفَّى فَيُصَلِّيَ عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ وَيَدْفِنُونَهُ) . صححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2182) .

"Dari Abu Hurairah bahawa nabi saw bersabda :'Aku orang yang rapat dengan Isa ibn Mariam kerana sesungguhnya tiada Nabi antara beliau dan aku....' kemudian beliau menyebut berkenaan dengan penurunan Isa a.s. pada akhir zaman. Kemudian bersabda : 'Beliau akan berada selama dikehendaki oleh Allah dan kemudian akan mati dan orang-orang Islam akan melakukan solat jenazah dan mengkebumikan beliau" - [hadith dikelaskan oleh Al-Albani sebagai Sahih didalam al-Silsilah al-Saheehah (2182)].
---------

Kesimpulannya, Nabi Isa a.s. telah diangkat kelangit dalam keadaan beliau masih hidup dan akan diturunkan bagi menegakkan keadilan di akhir zaman, kemudian beliau akan dimatikan dimana jenazahnya akan disolat dan dikafankan oleh orang-orang Islam.

Ditulis oleh Hj Kamin

Hadith2 mengenai Turunnya Isa

1. Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Demi Allah yang di tanganNya nyawaku, Nabi Isa anak Mariam akan muncul di antara kamu sebagai pemimpin yang adil. Beliau akan memecahkan salib dan membunuh babi dan akan memberhentikan peperarangan, Kmdn akan terdapat kekayaan yang banyak yg mana tiada seorang pun mahu menerimanya dan keadaan akan terjadi di mana mengerjakan sujud kpd Allah lebih utama di dunia ini dan dari segala isi kandungannya.” (Riwayat Bukhari: Kitab Hadith Al-Anbiya’, Bab Nuzul Isa Ibn Maryam; Muslim, Bab Nuzul Isa; Tirmidzi, Abu Ab Al-Fitan, Bab Fi Nuzul Isa; Musnad Ahmad: Marwiyat Abu Hurairah)

2. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Hari qiamat tidak akan berlaku sehingga kedatangan Nabi Isa Ibn Maryam…(Hadith ini kemudian disambung dgn hadith yg mempunyai mafhum yg sama spt hadith di atas)” (RIwayat Bukhari: Kitab Al-Mazalim, Bab Kasr As-Salib; Ibn Majah: Kitab Al-Fitan)

3. Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Apakah yg akan kamu lakukan apabila Nabi Isa A.S turun kpd kamu dan ketika itu Imam (pemimpin) kamu adalah di antara kamu juga?” (Riwayat Bukhari: Kitab Ahadith Anbiya’, Bab Nuzul Isa; Muslim: Nuzul Isa; Musnad Ahmad: Marwiyat Abu Hurairah)

4. Abu Hurairah R.A telah memberitakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Isa Ibn Maryam pasti akan kembali; Kmdn beliau akan membunuh babi dan memusnahkan salib; dan perhimpunan khas akan diadakan utk bersolat bersama2nya; dan beliau akan membahagi-bahagikan harta yg amat banyak yg mana manusia akan tenggelam dgnnya dan beliau akan menghapuskan jizyah; dan dia akan berkhemah di Raudha’, dari situ dia akan mengerjakan haji atau umrah aau kedua2nya sekali (Perawi tidak pasti yg mana satukah yg dinyatakan oleh Rasulullah).” (Musnad Ahmad: Marwiyat Abu Hurairah; Muslim: Kitab Al-Hajj)

5. Dari Abu Hurairah R.A, telah bersabda Rasulullah S.A.W (selepas menerangkan tentang kedatangan Dajjal): “Di waktu Umat Islam sedang sibuk membuat persiapan utk menentang dajjal, ketika mereka sedang berbaris (utk mengerjakan solat) dan apabila qamat telah dilaungkan, Nabi Isa A.S akan turun kpd mereka dan mengimami solat mereka; dan musuh Allah (Dajjal) apabila melihat sahaja Nabi Isa A.S boleh jatuh mati, tetapi Allah mahukan Dajjal mati di tangan Isa A.S sendiri dan beliau akan mempersaksikan titisan darah Dajjal di senjatanya kepada Umat Islam.” (Riwayat Mishkat: Kitab Al-Fitan, rujukan Muslim)

6. Telah berkata Jabir bin Abdullah R.A bahawa beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “…Kmdn Nabi Isa Ibn Maryam akan turun. Pemimpin umat Islam ketika itu akan berkata kpdnya, ‘Marilah mengimami solat kami.’ Tetapi beliau menjawab, ‘Tidak. Kamu adalah pemimp di antara satu sama lain.’ Beliau akan berkata begini sbg sat penghargaan yg Allah berikan kpd umat ini.” (Hadith Muslim: Bayan Nurul Isa Ibn Maryam; Musnad Ahmad: Marwiyat Jabir Bin Abdullah)

7. Jabir bin Abdullah telah berkata (berkaitan dgn cerita Ibn Sayyad), ketika Umar AL-Khattab R.A meminta: “Wahai Utusan Allah, izinkan aku membunuhnya.” Rasulullah S.A.W menjawab, “Jika dia adalah sama spt Dajjal, nescaya engkau tidak akan membunuhnya tetapi dia akan dibunuh oleh Nabii Isa Ibn Maryam. Dan jika dia bukan dajjal, kamu tidak hak utk membunuh Dzimmi.” (Mishkat: Kitabul Fitan)

8. Hudzaifah bin Asid Al-Ghifari berkata, bahawa Rasulullah S.A.W menyertai kami di waktu kami sedang rancak berbincang. Baginda S.A.W bertanya, “Apa yg kamu sedang perbincangkan?” Mereka berkata, “Kami sedang mengatakan tentang Hari Kebangkitan.” Baginda S.A.W bersabda: “”Hari Kebangkitan tidak akan terjadi sehingga berlakunya 10 tanda (Baginda kmdn memberitahu tentang 10 perkara ini):

1. Asap
2. Dajjal
3. Daabat Al-Ard
4. Terbitnya mentari di barat
5. Turunnya Isa ibn Maryam
6. Ya’juj wa ma’juj
7. 3 gempa bumi, satu di timur
8. Yg kedua di barat
9. dan yg ketiganya di Semenanjung tanah arab
10. Api akan terbit dari Yaman dan membawa semua makhluk ke hari pembalasan
(Hadith riwayat Muslim: Kitab Al-Fitan; Abu dawud: Kitab Al-Malahim)

9. Abdullah bin Amr bin `As berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Dajjal akan muncul di antara umatku, dan akan hidup selama 40 (aku tidak pasti samada baginda berkata 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun). Kmdn Allah akan menghantar Nabi Isa ibn Maryam. Beliau akan menyerupai ‘Urwah bin Mas’ud (seorang sahabat). Dia akan mencari Dajjal dan akan membunuhnya. Kmdn dalam masa 7 tahun, manusia akan hidup di mana tidak ada kebencian dan permusuhan di antara mereka.” (Hadith Muslim: Kitab Zikr Ad-Dajjal)

10. Mujammi’ bin Jariah berkata, Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Nabi Isa anak Maryam akan memancung Dajjal dekat dgn pintu pagar Lod.” (Musnad Ahmad; At-Tirmidzi: Abwab Al-Fitan)

11. Tsauban R.a (hamba yg dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Allah telah menyelamatkan dari api neraka 2 bala tentera umatku: bala tentera yang menawan India dan bala tentera yang bersama2 Nabi Isa ibn Maryam.” (Hadith An-Nasa’ie: Kitab Al-Jihad; Musnad Ahmad: marwiyat Tsauban)

12. Imran bin Hasin berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan sentiasa ada dari umatku satu golongan yg akan setia berpegang kpd kebenaran dan akan melebihi musuh2 hingga takdir Allah tiba dan Nabi Isa A.S akan diturunkan.” (Musnad Ahmad, Mustadrak Al-Hakim)

13. Dari Aishah R.A berkata (mengenai cerita Dajjal), “Maka Isa A.S akan turun dan membunuh Dajjal. Kmdn Nabi Isa akan tinggal di bumi selama 40 tahun dan pemerintah yg adil.” (Musnad Ahmad)

Ini hadith2 mengenai nuzul Isa Ibn Maryam yg sempat saya taip. Ada banyak lagi hadith lain.

Almarhum Sheikh Jadul-Haq `Ali Jadul-Haq, bekas reactor Al-Azhar Universiti:

Allah S.W.T telah memberitahu kita tentang pengakhiran Isa A.S dlm 3 surah Al-quran spt berikut:

1) (Surah Al `Imran: 52-55)
2) (Surah An-Nisa’: 157-158)
3) (Surah Al-Ma’idah: 116-117)

Perkataan arab “Mutawaffika” berasal dari perkataan “tawaffa” dan dirujuk sbg dlm al-quran bahawa ia membawa maksud “menyebabkan seseorang itu mati.” Apabila seseorang itu berkata: “tawaffaytu min fulanin ma liya `alayhi”. Maksudnya: “Aku mengambil kembali hutang aku dari si fulan.” Ia juga boleh membawa maksud, “menyebabkan seseorang itu terlena.” Maksud perkataan ini juga disebut dlm al-quran:

“Dan Dialah yang menidurkan (yatawaffakum) kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-An`am: 60)

dlm ayat ini, perkataan “yatawaffakum” membawa maksud “membuat kamu tidur pada waktu malam.” Dlm kontek yg sama “yab`athukum” (membangunkan kamu) digunakan utk merujuk kpd maksud bahawa Dia membangkitkan kamu pada hari siang. Berdasarkan perkara ini, bolehlah kita katakana bahawa perkataan “mutawaffika”dan “tawaffaytani” membawa maksud “menyebabkan kamu tertidur” dan “apabila kamu membuat aku tertidur.” (Lihat: Fatawa Ibn Taymiyyah,vol. 4, ms. 322-323 dan Al-Bidayah wan-Nihayah oleh Ibn Kathir, vol. 2 ms. 91)

Penjelasan Makna “bal Rafa`ahu Allahu ilayhi” dan “wa rafi`uka ilayya”:

Jumhur mufassir berkata bahawa di sana terdapat 2 frasa tentang Isa A.S diangkat ke syurga iaitu “bal Rafa`ahu Allahu ilayhi” merupakan satu kenyataaan bahawa Allah telah memenuhi janjiNya kpd Isa A.S bahawa Dia akan mengangkat Isa kpdNya ke syurga.

Pengangkatan dlm quran itu merujuk kpd jasmani dan rohani. Dari segi aspek rohani, ia membawa maksud pengangkatan di tempat darjat yg tinggi. Telah sedia maklum bahawa kita menerima fakta bahawa pengangkatan Isa ke langit adalah utk menyelamatkannya dari musuh2nya, maka kita katakana bahawa di sana telah berlaku kematian ataupun tidur utk membolehkan proses pengangkatan itu. Dlm kajian sains moden menunjukkan bahawa semakin tinggi org itu naik ke atas (cthnya mendaki gunung/naik roket ke langit), dada seseorang itu akan mampat dan menyebabkan seseorang itu susah utk bernafas.

Firman Allah S.W.T:
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” (SurahAl-An`am: 125)

Di sini, dapatlah kita lihat mengangkat Isa A.S dlm keadaan berjaga akan menyebabkan kesusahan kpdnya.

Secara keseluruhannya, Allah S.W.T mengangkat Isa dan menyelamatkannya dari dibunuh dan disalib. Dlm lain perkataan, samada Allah mematikannya atau menidurkannya. Ke semua ini bertujuan utk mengelakkan Isa dari mengalami kesakitan semasa diangkat dlm keadaan berjaga. Juga membawa maksud bahawa dia mungkin masih hidup ketika diangkat.

Pendapat yg kuat:

Dlm hal ini, saya berpegang kpd bahawa Allah S.W.T telah mengambil Isa A.S dari musuhnya, menyelamatkannya dari mereka. Jadi, mereka tidak membunuh ataupun menyalibnya spt yg didakwa oleh Kristian. Malah musuhnya juga keliru. Bagaimana Isa A.S diselamatkan? Wallahua’lam.

Ayat2 quran tidak menunjukkan bahawa bagaimana ia diselamatkan; dalam hal ini adalah lebih afdhal kita berdiam diri dan tidak bertanya lebih lanjut akan hal ini kerana ia tidak akan membawa ke mana2. Apa yg jelas ialah Allah tidak membenarkan Yahudi menangkap Isa ataupun mensalibnya. Dan dalam al-quran telah dijelaskan bahawa Isa telah berjaya melepaskan diri dan diangkat ke syurga. FirmanNya:

“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya (bal Rafa`ahu Allahu ilayhi); dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisa’: ayat 158)

Apakah kepercayaan sepatutnya pada seorang Muslim?

Setiap muslim harus mempunyai keyakinan yg kuat bahawa Isa diangkat dan diselamatkan dari dibunuh dan disalib. Barangsiapa yg berfikiran bahawa Isa dibunuh atau disalib; ia tidak boleh dipanggil Muslim.

Berkenaan samada Isa diangkat hidup2 atau mati atau bagaimanakah kehidupannya; para fuqaha berbeza pendapat mengenai ini kerana ia tidak disebut secara terang dlm al-quran. Majoriti fuqaha berpegang bahawa Isa masih lagi hidup di syurga dan cara hidupnya tidak diketahui.

Turunnya Isa:

Jelas lagi mutawwatir yg diriwayatkan dlm Kitab hadith bahawa Isa akan kembali para hari akhir kelak menyeru kpd Islam dan menggunakan Syariat Islam. Dlm Fathul Bari (Ibn Hajar Al-Asqalani); dari Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Baginda S.A.W bersabda: “Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Demi Allah yang di tanganNya nyawaku, Nabi Isa anak Mariam akan muncul di antara kamu sebagai pemimpin yang adil. Beliau akan memecahkan salib dan membunuh babi dan akan memberhentikan peperarangan, Kmdn akan terdapat kekayaan yang banyak yg mana tiada seorang pun mahu menerimanya dan keadaan akan terjadi di mana mengerjakan sujud kpd Allah lebih utama di dunia ini dan dari segala isi kandungannya.” Kmdn Abu Hurairah membacakan: “Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.” (Surah An-Nisaa’: ayat 159). Dlm sahihnya, Imam muslim meriwayatkan hadith ini dgn tambahan, “…dan membunuh Dajjal.”

0 comments:

Post a Comment