Guest »
salam
apakah itu al-imamah,al-khalifah,wizarah attafwidh,wizarah tanzif,dan manasib addiniyyah
boleh bagi contohnya tak...
then dalil dan rujukannya
************************************************
Abu_Umair »
Imamah dan Khilafah
Imamah dan khilafah bermaksud kepimpinan tertinggi dalam Negara Islam. Individu yang menjawat jawatan ini digelar imam atau khalifah.
Kata Ibn Khaldun: Mengambil alih tugas empunya syariat (Rasulullah SAW) dalam memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya dinamakan khilafah dan Imamah.
Imamah berasal daripada imam solat, kerana rakyat mesti taat kepada pemimpin sepertimana makmum mesti mengikuti imam solat jemaah. Manakala khilafah bermaksud mengganti.
Wizarah Tafwidh dan Tanfiz
Tafwidh bererti menyerahkan. wizarah tafwidh ialah satu jawatan tinggi dalam Negara Islam, di mana imam atau khalifah boleh menyerahkan tugas-tugasnya kepada penjawatnya. Maka wazir dalam wizarah tafwidh ini syarat dan tugasnya sama seperti imam atau khalifah, kecuali dalam beberapa perkara. Dia juga boleh berijtihad dan memutuskan urusan dalam pentadbiran negara, termasuk dalam hal-hal jihad.
Tanfiz pula bermaksud perlaksanaan. Wizarah tanfiz adalah jawatan dalam Negara Islam, di mana imam mewakilkan kepadanya untuk melaksanakan urusan-urusan yang telah ditetapkan oleh imam. Wazir ini tidak boleh membuat ijtihad sendiri dalam urusannya. Dia cuma perantara antara pemimpin teringgi dengan rakyat jelata.
Manasib Diniyyah
Iaitu jawatan-jawatan dalam Negara Islam yang berkaitan dengan agama seperti: mufti, qadhi, badan hisbah dll.
rujukan:
-Masadir al-Tasyri'
-Al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh Mawardi
Pautan Tajdid
-
-
-
http://ahbash-sesat.blogspot.com/2010/09/adakah-ibnu-taimiyah-bertaubat-kepada.html Suatu perkara yang membingungkan ramai orang adalah sebagaimana yang dis...
-
Sukacita dimaklumkan bahawa kami sedang di dalam proses menyediakan tapak Forum AFN versi baru (kedua) bagi menggantikan Forum AFN yang sedia ada. Untuk ma...
-
-
*(Buku di atas ini hanya dipenuhi dgn fitnah. Tulisan di bawah ini bukanlah bantahan terhadap buku di atas, namun hanyalah pendedahan tentang pegangan dan ...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Ketika saya dihubungi agar mengulas tentang satu gerakan yang suka menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas n...
-
-
-
-
-
Alhamdulillahi robbil ‘alamin. Wassholatu was salamu ‘ala ashrofil anbiya’ wal mursaliin. Wa ‘ala aalihi wa ashabihi ajmai’iin. Amma Ba’du. Allah subhanahu...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
Sebahagian dikalangan Asya'irah sering menggunakan hujah Imam Malik yang mengatakan bahawa Istiwa' itu maklum (diketahui) mereka mengatakan diketahui keran...
-
Judul: Awas! Ancaman Orientalis Terhadap KitaPenulis: Mohd Fikri Che HussainHarga: RM18Penerbit: Karya Bestari Buku ini merupakan Pengenalan Ilmu Orienta...
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






3 comments:
Assalamualaikum,
saya ingin bertanya tentang "hikayat" banyak terdapat didalam kitab berunsur agama dan cerita cerita tentang zaman nabi dan rasul serta ada juga hikayat tentang kejadian alam seperti ada tajuk buku hikayat nabi becukur dan wafat. bolehkah kita mempercayai hikayat-hikayat ini kerana kitab-kitab lama ini bertulisan jawi dan ada sesetengah kitab ini tiada rujukan. apakah yang dimaksudkan hikayat? adakah suatu cerita yang benar atau sebaliknya?harap dapat penjelasan yang berguna untuk kita semua.
Waalaikum salam,
hikayat bermaksud kisah atau cerita masa silam. Kita tidak boleh bersangka buruk terhadap kitab2 jawi lama ini kalau kita tidak menelaah isi kandungannya. Apa juga riwayat lampau mengenai Nabi dan Rasul atau para anbiya' jika selari dengan apa yang diceritakan dalam alQuran dan hadis2 soheh layak dipercayai. Malangnya terlalu banyak riwayat israiliyat tersebar meluas dalam masyarakat kita yang tidak ada berasas dan tidak dapat ditemui asal usulnya ceritanya.
Videos and Photographs of Khilafah Conference 2010
http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/07/videos-and-photographs-of-khilafah.html
Post a Comment