Dec 24, 2008

Pengertian Merdeka

Salam
apakah sebenarnya pengertian 'merdeka' itu bagi kita di kalangan umat Islam? adakah kita sebenarnya merdeka.. padahal hakikat kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini jelas menafikan kenyataan tersebut.. tetapi mungkin dapat diperjelaskan lagi tentang sifat-sifat kemerdekaan yang sering dilaung-laungkan.. diraikan.. seperti yang bakal kita hadapi dalam beberapa hari yang mendatang ini.. mungkin juga dapat dikupas dari pendapat ulama2.. setelah ditunjukkan nas-nas dari al-quran dan sunnah itu sendiri..
bagaimana pula status hukum bagi sambutan kemerdekaan itu sendiri?
ismahli
wallahua'lam


Wassalam

Jawab:

Soalan MERDEKA ni kena cepat2 jawab ni. Sebab kalau kita tangguhkan soalan ini melangkaui tanggan 31 Ogos, maka soalan ni akan menjadi basi. Thtl memilih utk menjawab selepas jam 12:00 am selepas bergegarnya laungan merdeka di beberapa lokasi penting di seluruh negara spt di KLCC dan Dataran Merdeka. Maka sudah tentulah sambutan begini tidak sesuai dengan sambutan kemerdekaan dalam Islam..

Maksud merdeka dalam konteks negara ialah bebas dari sebarang bentuk penjajahan (ultimate) dan bandingkan Malaysia yg merdeka dengan Iraq dan palestine yg belum merdeka.
secara ringkas kita paparkan spt berikut, apa yg dinamakan sambutan kemerdekaan menurut Islam:
Pengisian kemerdekaan ialah menjadi umat yg bersyukur dan beribadah
"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan...
"maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan pohonlah ampun kepada-Nya" alNasyr
Pengajaran ayat ini ialah bagaimana sikap Islam setelah Mekah mencapai kemerdekaan. pengisian kemerdekaan ialah tasbih dan istigfar

" Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yg banyak maka dirikanlah solat kerana Tuhan dan berkorbanlah (atKautsar)

Pengajaran:
Kemerdekaan adalah nikmat yg besar, maka banyakkan ibadah dan pengorbanan utk menguatkan agama

"maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka'bah) Yang telah memberi makanan kpd mereka utk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan." S. alQuraisy

Pengajaran:
Jika bangsa Quraisy diberi rezki dan keamanan, apa kurangnya bangsa Melayu, mereka menikmati keamanan dan kemakmuran yg menyebabkan begitu ramai pendatang tanpa izin ingin memasuki Malaysia. maka sebagai menunjukkan rasa syukur ini ialah banyak beribadah kpd Allah

Pengisian merdeka ialah mengisi kemerdekaan itu dengan proses pembinaan dan pengukuhan Dar alIslam atau

Dawlah Islamiah yg membawa maksud di dalamnya tertegak hukum2 Islam sementara sistem keamanan di dalamnya adalah sistem keamanan Islam baik warga muslim dan non-muslim (ahlu zimmah) (Abd Wahab Khalaf, siasah syar'iyah) hukum2 Islam bukan terhad pada hudud , qisas, jinayah dan ahwal syakhsiyah sahaja tapi meliputi ekonomi, politik, dasar luar negara, pertahanan, sosial, pendidikan, pentadbiran, dsbnya (Dr Muhd Khayr Haekal, Jihad wa alQital fi as Siyasah asySyari'ah), maka kalau kita lihat dari Morocco hingga Malaysia di Timur Jauh, konsep pengisian kemerdekaan ini hatta walaupun sudah mencapai usia 46 tahun, masih terlalu perlahan. Itulah komentar ringkas dan indirect. Iman sajalah yg mampu menilai apakah sambutan merdeka saban tahun itu memenuhi tiga surah yg kita paparkan di atas. WA

0 comments:

Post a Comment