Jan 22, 2009

Lelaki Memakai Perhiasan

Salam

Saya ada sedikit kemusykilan berkenaan dengan hukum bagi kaum lelaki yang memakai barang perhiasan. Contohnya seperti gelang, rantai, gelang kaki dan sebagainya.. Senario mutaakhir ini jelas memaparkan betapa ramai kaum Adam ini memakai gelang, rantai yang pelbagai jenis dan bentuk. Ada yang bermanik-manik, ada juga yang bergetah hitam..Yang jelas..keadaan ini semakin 'biasa' dalam masyarakat di Malaysia terutamanya..Yang tak pastinya ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN PERBUATAN TERSEBUT??

******************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoakan sdr dzinnur dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Perhiasan seperti rantai, gelang, anting-anting dsb merupakan pakaian insan yang bergelar wanita. Scenario diatas menunjukkan bahawa terdapat juga kaum-kaum lelaki yang berjinak-jinak memakai barang perhiasan wanita. Untuk apa dilakukan; Wallahu'alam. Mungkin katanya moden, rock, trend dsb. Islam hanya memberi 'guide line' akan jenis-jenis pakaian yang boleh dipakai oleh seorang lelaki; dan diantaranya ialah pakaian/perhiasan tersebut tidak dipakai atau menyerupai pakaian/perhiasan kaum hawa. Dari Ibn 'Abbas ra meriwayatkan bahawa :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menjadikan diri mereka kelihatan seperti wanita dan wanita menyerupai lelaki" - [Hadith riwayat al-Bukhaari, no:5435].

Abu Hurairah ra berkata :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki" - [Hadith riwayat Abu Daud didalam al-Sunan].

Berdasarkan dua hadith diatas ini menunjukkan bahawa tidak dibenarkan kaum lelaki memakai perhiasan wanita seperti gelang, rantai dsb.

Islam telah memberi skop perhiasan yang mencukupi untuk kaum lelaki seperti membenarkan kaum lelaki memakai cincin perak, sebagaimana Ibn Umar ra. meriwayatkan bahwa Nabi saw memakai cincin yang diperbuat dari perak, dan orangpun melakukan begitu [Hadith riwayat al-Bukhaari, no:5417]. Islam juga membenarkan lelaki menggunakan emas dan perak apabila perlu menggantikan gigi atau hidung yang hilang.

Memakai perhiasan dan perhiasan begini juga merupakan ikut-ikutan dari budaya kuning barat. Sehubungan dengan ini memakai perhiasan ini seolah-olah menjadikan dirinya sama seperti orang kafir. Contohnya kaum lelaki barat memakai anting-anting, bertindik hidung, memakai gelang, rantai dsb. Nabi saw bersabda :

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
"Barangsiapa yang meniru-niru satu kaum, maka dia adalah dari kaum mereka" - [Hadith riwayat Abu Daud, al-Sunan].

Jelas dari dalil diatas bahawa lelaki yang memakai gelang, rantai, anting-anting dsb, sebenarnya melakukan 2 kesalahan (atau salah satu):-

(a) Golongan lelaki yang cuba menyerupai kaum wanita, dimana ia dilaknat oleh Nabi saw
(b) Golongan lelaki yang cuba meniru-niru golongan barat, yang mengambarkan bahawa mereka itu juga mewakili golongan tersebut.

Allah swt menjadi lelaki dan perempuan itu sebagai dua jenis hamba dan insan yang berlainan, yang mempunyai naluri, bentuk fizik, psikologi dan beberapa perkara yang membeza. Begitu juga dilihat dari aspek hukum, terdapat beberapa hukum-hukum khas yang hanya dikenakan pada kaum wanita, sesuai yang semulajadi mereka eg: datang haid, beranak dsb. Allah swt menghalalkan emas dan sutera hanya pada kaum wanita, sesuai dengan sifat mereka yang gemar kepada kecantikan. Kaum lelaki merupakan satu lambang kepada kekuatan dan wanita digambarkan dengan ciri-ciri kelembutan. Sesuai dengan sifat ini, mereka juga mempunyai bentuk pakaian dan juga barang perhiasan yang mengambarkan kelembutan mereka. Alangkah sumbangnya kalau kaum lelaki juga telah cuba berkongsi hak-hak kepunyaan wanita lantas meletakkan kehormatan lelaki itu pada tingkatan yang terbawah. WA.

wassalam.

1 comments:

Unknown said...

syuk

Post a Comment