awoi »
Assalamualaikum semua,
saya baru dlm forum ni...baru join...x brp reti lagi nk mengajukan soalan2 ni...ni baru nk test power...hehehe
nk tanya...
betulkah pada zaman rasulullah dulu...angkatan tentera fisabilillah ni kena bersumpah dengan quran...taat kepada pemerintah,menyebarkan syiar islam dan lain2 yg memperjuangkan islam...dan amalan ini mmg benar dilakukan oleh rasullullah sendri?
sbb pada masa ini famous dengan kumpulan 3line,asalnya PEKIDA, tp sbb da menyimpang...tu pasal jd 3 lines,sarjan,apa lagi tah...
tp antara syarat dan peraturan,sumpah dgn quran,taat kepada ketua dan kena kena jaga ahli2 supaya berada di jalan lurus la... in term of perjuangan tu, adakah ianya mmg dilakukan oleh rasullullah?
cuma ahli2 ni je yg salah guna,salah perjuangan
**********************************************
kamin »
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.
Kami meminta maaf tidak dapat menjawab persoalan yang menyentuh persatuan Pekida atau 3 line oleh kerana tidak mengetahui bagaimana perjalan persatuan ini.
Menurut Ibn Khuldon didalam Muqaddimah, bai’ah adalah ikrar / janji untuk ta’at. Secara umumnya, ba’aih dilakukan kepada pemimpin yang beragama Islam sahaja. Sumpah ketaatan dengan pemimpin atau Bai’ah tidak dilakukan dengan menggunakan al-Quran pada zaman baginda :saw.
Nabi :saw menerima ba’iah seseorang lelaki dengan perkataan dan juga sambil berjabat tangan. Didalam kes ba’iah wanita Islam, ia dilakukan dengan perkataan sahaja, sebagaimana didalam sebuah hadith A’ishah ra berkata :-
“Tidak, demi Allah, tangan Rasullulah :saw tidak pernah menyentuh mana-mana wanita. Malah dia menerima bai’ah mereka dengan perkataan sahaja” [Hadith Riwayat Bukhari #5288, Muslim #1866].
Imam al-Nawawi rh ketika mensyarahkan hadith ini berkata : Ini menunjukkan bagi semua wanita, bai’ah dilakukan dengan perkataan sahaja, tanpa mengambil tangan pemimpin, dan bagi kaum lelaki ia dilakukan dengan perkataan dan mengambil tangannya.
Ta’at kepada pemimpin adalah selama-mana pemimpin tersebut taat kepada perintah Allah swt dan Rasulnya, dan berhukum dengan syariat Allah swt. Firman Allah swt :-
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.” [Surah al-Maaidah : 50].
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” [Surah Saad : 26]
Secara kesimpulannya, bersumpah atau aku janji atau ba’iah kepada pemimpin tidak memerlukan seseorang itu memegang al-Quran. Adalah memadai bagi kaum perempuan dengan perkataannya dan bagi kaum lelaki dengan perkataan sambil berjabat tangan. Ketaatan kepada kepimpinan Islam itu wajib selama-mana dia taat kepada perintah Allah dan Rasulnya.
Sekian, wassalam.
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam
apakah dosa jika melangar baiah ini??
tentera fisabilillah memang kena pukul bangsa laen ker...memang kena memusuhi agama lain ker baru dipanggil tentera fisabililah....disebabkan duit jual nama tuhan...
Saya masih tertanya2 dari dulu sampai lah sekarang....apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh tentera fisabilillah...satu lagi soalan... apakah matlamat tentera fisabilillah....adakah tentera fisabilillah ni dulu dipanggil panji hitam dari timur....saya tanya sebab saya tak tahu sangat tentang tentera fisablillah ni....
Post a Comment