salleh_y »
apa beza antara harakah dengan jamaah - mohon jelaskan..
*******************************************
kamin »
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Insyaallah kami akan cuba menjawap pertanyaan sdr salleh_y dengan ringkas mengikut kadar kemampuan yang ada, Insyallah.
Jemaah atau didalam bahasa arabnya Jamaa'ah yang membawa erti unit, denominasi, grade, kumpulan, squad, kelas, persatuan, pasukan, geng, komuniti, syarikat, halaqah, keramaian dsb. Perkataan lain yang bersamaan dengannya adalah Thaaifah.
Menurut Dr Kamal Al-Misri makna Jamaa'ah dari segi bahasa :
"Jamaa'ah diambil dari ijtima' atau mesyuarat dan ia berlawanan dari perkataan berpisah, ia merupakan koleksi/himpunan sesuatu, berpisah dan bertemu."[sumber : http://www.islamonline.net/Daawa/Arabic ... tionID=832 ]
Tambah beliau lagi :
"Mesyuarat ini mungkin dikenalik sebagai pertemuan manusia disesuatu tempat, mungkin dari segi maksudnya sebagai pertemuan ummah keatas beriman dengan Allah dan Rasulnya sebagai contoh"
Secara umumnya ia merujuk kepada satu kumpulan, seperti jemaah masjid, jemaah nasyid, jemaah tabligh ataupun persatuan dan sebagainya.
Harakah membawa maksud pergerakan, aksi, sukan, aktiviti yang dikenali sebagai nashaath. Ia menunjukkan satu pergerakan yang hidup (life), vitality, semangat, endeavor, bertenaga, kesungguhan, eagerness. Secara umumnya ia merujuk kepada satu pergerakan yang aktif dan bertenaga.
Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-
"Melakukan amal yang popular secara berjemaah dan bersistem bagi mengembalikan Islam kepada kawalan keatas masyarakat, dan kearah seluruh penghidupan" [sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic ... waID=16511 ]
Apabila dirujuk kepada aktiviti-aktiviti Islam, Jamaa'ah membawa maksud Persatuan Islam yang berbentuk dakwah seperti Jemaa'ah Tabligh, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), dsb. Manakala Harakah merujuk kepada Pergerakan yang berbentuk Politik seperti HAMAS atau Harakah Perjuangan Islam Palestine, PAS (Harakah Islamiyyah Malaysia), Ikhwan Al-Muslimin dsb. WA.
wassalam
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment