Dec 21, 2008

Siapakah Dia Al Hajjaj Yusuf Ats Tsaqafi

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Siapa Hajjaj b Yusuf Ats-Tsaqafi? Ana pernah mendengar Tn Ibrahim Tn Man(YB JENGKA-PAS) berceramah… dia kata… Hajjaj ni seorang yang jahat dan zalim…pernah memerintah Iraq selama 2 tahun…

Tapi…apa yg ana belajar…hajjaj ni hebat dan alim orangnya…salah seorang ulama besar dalam sejarah Islam….

Ada jugak yg ana dengar…Hajjaj ni bekas panglima perang yang hebat but zalim….

So, mana satu yang sahih ni?

Wallahua’lam


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VHotenJr yang selalu mengunjungi kami di al-Ahkam Online .

Al-Hajjaj Bin Yusuf Bin al-Hakam ats-Tsaqafi : Seorang yang terkenal di dalam lipatan sejarah umat Islam sebagai “ Ketua Tentera yang bengis “ , “ penyembelih “ , “ Ahli pidato yang terkenal “ , “ Sasterawan yang hebat “ dan juga seorang yang mahir mengenai selok-belok agama Islam . Dan ketaatannya kepada pemerintah di zaman itu adalah menyamai ketaatan Laksmana Hang Tuah kepada sultannya di Empayar Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka .

BIODATA RINGKAS :

Al-Hajjaj Bin Yusuf Bin al-Hakam ats-Tsaqafi dikenali juga sebagai “ Abu Muhammad “ . Lahir pada tahun 40 Hijrah = 660 masehi di Toif ( + - 50 km drp selatan Makkah al-Mukarramah ) . Asalnya bertugas sebagai seorang guru dan kemudiannya menyertai perkhidmatan Kerajaan Umawiyah pimpinan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan rh sehingga menjadi seorang ketua angkatan tentera Umawiyah ketika itu dan akhirnya sebagai Gabenor bagi Khalifah Umawiyah di Hijaz , Yaman dan Yamamah . Beliau meninggal dunia pada tahun 95 Hijrah = 714 Masehi di bandar Wasit .

KEKURANGAN DAN KEZALIMANNYA :

~ Pernah membunuh beberapa orang Para Sahabat r.a seperti [color=blue] Saidina Abdullah r.a Bin Saidina Zubair r.a [/color] dan juga Para Tabi’en r.a seperti [color=blue] Saidina Sa’id Bin Jubair r.a [/color] ( 95 H ) walhal beliaulah ulama’ yang paling terkenal di zaman itu dengan keimanan dan keunggulannya , lebih-lebih lagi di dalam bidang Fiqh dan Hadist .

~ Pernah membunuh ramai umat Islam dan para penentang khasnya dari golongan Khawarij dan Syiah .

~ Pernah menyerang jemaah haji dan juga meruntuhkan al-Kaabah al-Musyarrafah dengan menggunakan “ al-Manjaniq “ ( lastik / bidas yang besar ) .

~ Ketaatannya kepada Khalifah adalah ketaatan yang membabi-buta kerana bagi beliau , Khalifah adalah seorang raja yang tidak boleh disanggah dan sesiapa sahaja yang menyanggah Kerajaan Umawiyah di saat itu , dianggap sebagai BUGHAH ( pemberontak / penderhaka ) dan wajib dibunuh . Ketaatan yang seperti ini menyebabkan beliau digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menumpaskan semua musuhnya , terutama sekali musuh politik Khalifah di kala itu .

~ Selain daripada suka melakukan kezaliman , beliau juga meminum arak .

KELEBIHAN DAN JASA-BAIKNYA :

~ Seorang yang dapat mengingati al-Quranul Karim dengan ingatan yang luar biasa sehingga mampu membaca al-Quranul Karim secara terbalik ( seperti orang yang membaca Z – A : Z Y X ..hinggalah sampai A ataupun seperti membaca YA’ sampai ALIF).

~ Membuka beberapa negara di utara Iraq sekarang seperti Bukhara , Bandar Wasit (berhampiran Kufah dengan Basrah di Iraq ) , membuka Wilayah Sindi dan Hindi ( sekarang India ) dan juga Oman .

~ Mengasaskan sistem mata wang dirham yang bertulis kalimah at-Tauhid , sistem cukai dan juga sistem pertanian yang moden ( di zaman itu ) .

~ Telah menyelamatkan seorang wanita Islam daripada ancaman orang-orang Yahudi yang mahu memalukannya . lalu dikirmkan seangkatan tentera menghancurkan orang-orang Yahudi itu dan kampung halaman mereka ( kisah ini menurut satu pendapat adalah kisah al-Hajjaj di bawah arahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan ) .

~ Menurut kisah lain pula dinyatakan bahawa al-Hajjaj juga pernah menyelamatkan seorang wanita Islam India yang cuba dimalukan oleh penduduk India ( yang beragama Hindu ) dengan angkatan tenteranya yang menghancurkan mereka . ( Dan menurut kisah lain pula , al-Hajjaj sendiri telah mengeluarkan nafkahnya sebanyak 7000 dirham untuk menebus wanita muslimah itu ) .

~ Beliau pernah ditegur oleh seorang penduduk : [color=blue] “ Wahai al-Hajjaj , engkau ini seorang pemabuk akan tetapi engkau ini juga seorang yang pernah membakar perkampungan Yahudi ! “ . [/color]

al-Hajjaj pun menjawab : [color=blue] “ Aku minum arak , itu adalah urusan di antara aku dengan Allah . Tetapi kalau aku tidak membakar perkampungan Yahudi itu , mereka bukan sahaja memalukan seorang wanita kita , bahkan akan memalukan seluruh umat Islam dan juga agama Allah itu sendiri ! “ . [/color]

Itulah secebis kisah daripada kehidupan seorang panglima tentera / Gabenor yang bernama “ al-Hajjaj Bin Yusuf ats-Tsaqafi “ . Memang beliau seorang yang kejam dan zalim , akan tetapi kekejaman dan kezalimannya tidaklah menyebabkan beliau boleh “ duduk berpeluk tubuh “ apabila Islam dihina oleh musuh-musuh Islam .

Akan tetapi di dalam dunia hari ini , ramai pemimpin yang mengaku beragama Islam , akan tetapi mereka bukan sahaja menghina dan memperlekehkah Islam itu sendiri , malahan sanggup pula membiarkan kemurtadan dan kemungkaran itu berleluasa tanpa ada sebarang pencegahan yang serius .

[color=blue] Maka , siapakah yang lebih zalim daripada al-Hajjaj ini sebenarnya !?.

KESIMPULANNYA :

Apa pun pandangan kita terhadap al-Hajjaj , maka sesungguhnya beliau telah pun pergi mengadap Allah Ta’ala Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana . Yang baik daripada beliau kita jadikan sebagai contoh teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan .

Yang penting , marilah kita sentiasa berusaha dan berdoa agar kita tidak juga menjadi manusia yang zalim ataupun manusia yang menyokong kezaliman , sekaligus menentang titah-perintah Allah Ta’ala selaku Tuhan dan “ Maharaja “ sekalian alam ini .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ MAUSU’AH al-A’ALAM
Terbitan : LinaSoft , Cairo ( 2002 )

2 ~ al-BIDAYAH WAN NIHAYAH
Oleh : al-‘Allamah al-Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rh
Jilid : 6 , Halaman : 246 – 258
Terbitan : Darul Fikr , Beirut ( 1998 )

3 ~ LAIN-LAIN

الذهبي : سير النبلاء 4 / 343 ( 117 )
ابن حجر : تهذيب التهذيب 2 / 210 : 213 ( 388)
ابن العماد : شذرات الذهب 1 / 106 : 110 )
الموسوعة العربية الميسرة ص 690
الزركلي : الأعلام 2 / 168
أحمد عطية الله : القاموس الإسلامي 2 / 39
ابن تَيْمِيَّة : منهاج السنة النبوية 2 / 241
ابن تيمية : مجموع الفتاوي 4 / 487 ( هل يلعن ) ، 4 / 504 ( لم يقتل أحدا من بني هاشم )
عمر فروخ : تاريخ الأدب العربي 1/ 551 : 552
دائرة المعارف الإسلامية للناشئين، طبعة القاهرة للصحافة والطباعة والترجمة والنشر، 1983.

4 ~ PENERANGAN LISAN SYEIKH SOLEH HAMDI as-SISI )
{ M.A Ilmu Hadist ~ Univeristi al-Azhar asy-Syarif } .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
07 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
07 / Jun / 2003 M

2 comments:

Muhamad Fazli said...

syukran..menambah lagi pengetahuan saya tentang al-hajjaj bin yusuf at-tsaqafi..sebelum ni saya dengar ceramah ustaz syamsuri..ada suatu kisah, dia mengimamkan solat abdullah bin umar, anak saidina umar al khattab..selepas selesai solat semuanya, rakan rakan ibnu umar bertanya kenapa menjadi makmumnya, malah betul betul di belakangnya, sedangkan dia kejam dan pernah membunuh anak angkat rasulullah S.A.W, abdullah bin zubair, ibnu umar menjawab, Rasulullah S.A.W bersabda(tapi saya jelaskan maksud ringkasnya saja)jika ada pemimpin di antara kamu yang kejam, tetapi mereka mengajak kepada perkara baik, maka taatlah pada mereka, dan sembahyanglah di belakang mereka(makmum)..sekadar berkongsi, wassalam

Anonymous said...

http://arrahmah.com/read/2008/01/18/1511-said-bin-jubair-dan-al-hajjaj.html

Post a Comment