Salam
Apakah hukumnya kita menghadiri majlis ilmu yang pengajarnya kita ketahui suka mengumpat, menghina dll. (Merujuk kepada amalan mengumpat yang keluar dari batas yang ditetapkan oleh syarak)?
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara anakmurid yang mengemukakan soalan yang baik kali ini .
[color=blue] Sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh saudara , izinkanlah saya meluahkan sedikit apa yang “ terbuku “ di dalam sanubari saya sebelum ini . [/color]
Semenjak kebelakangan ini , saya melihat kecenderungan beberapa orang daripada saudara-saudara pengunjung al-Ahkam Online yang cuba untuk menjadikan [color=blue] RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH [/color] ini sama konsepnya sebagai mana [color=blue] RUANGAN DISKUSI UMUM ( UMUM , BERITA , INfO & ISU SEMASA ) .
Hal ini adalah BIASA bagi mana-mana ruangan forum yang bertebaran di Alam Maya ini , akan tetapi IA ADALAH GANJIL bagi RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH di al-Ahkam Online MELAINKAN di ruang khusus , iaitu di : RUANGAN DISKUSI UMUM ( UMUM , BERITA , INfO & ISU SEMASA ) . Di dalam al-Ahkam Online sebelum ini , tidak pernah ada orang yang cuba menyampuk dan mencelah di dalam RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH melainkan pihak penyoal dengan para panelis Fiqh sahaja ! . [/color]
Apa yang saya maksudkan dengan menjadikan [color=blue] RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH [/color] ini sama dengan [color=blue] RUANGAN DISKUSI UMUM [/color] ialah adanya orang itu yang menyampuk , adanya orang ini yang memprovokasi soalan si penyoal asal ( penyoal pertama ) , adanya si fulan yang menjawab soalan yang ditanya tanpa menunggu jawapan daripada para panelis al-Ahkam dan adanya orang itu dan ini yang mencelah .
Bukannya kami ( Para Panelis al-Ahkam ) MELARANG saudara-saudari semua daripada berbuat begitu , malahan kami sendiri berterima kasih yang tidak terhingga kepada saudara-saudari kami yang menolong menjawab soalan yang dikemukakan dan ini dapat melegakakan hati si penyoal tanpa perlu menunggu lama pihak panelis memproses jawapan tersebut .
[color=blue] Yang tidak kami senangi ialah sikap segelintir kita yang menyampuk dan membalas soalan itu dengan jawapan-jawapan yang “ tidak betul “ dan lebih memeningkan kepala si penyoal .
Kalau mahu menyampuk dan menjawab serta membalas sekalipun , silalah kemukakan jawapan itu secara ilmiah dan sebagai penyelesaian , bukannya lebih meresahkan si penyoal asal . [/color]
Kalau mahu menyampuk dan membalas dengan lebih bebas lagi , maka silakan ke [color=blue] RUANGAN DISKUSI UMUM . [/color]
Bukannya kami mahu memonopoli [color=blue] RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH [/color] dan bukannya kami mahu tunjuk lagak seolah-olah kami sahaja yang reti menjawab , akan tetapi sikap seperti itu di Ruangan Soal-Jawab Fiqh [color=blue] TIDAKLAH DIALU-ALUKAN [/color] .
[color=blue] Kalau saudara-saudara mahu membantu juga kami di RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH , maka silalah menjawab soalan yang dikemukakan dengan cermat dan ilmiah sebagai mana yang ditunjukkan oleh Saudara semutapi ataupun al-Fadhil Saudara gayat , ataupun apa yang biasa dilakukan oleh al-Fadhil Saudara Aznan Hamat ( di Ruangan Diskusi Umum ) [/color] .
Kalau mahu menjawab soalan secara quote , cut & paste , maka jangan lupa sertakan sekali daripada sumbernya ( apakah url asalnya ataupun daripada kitab mana dinyatakannya ) .
Dan pada waktu itu , kami akan sekali lagi [color=blue] BERTERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA [/color] kerana membantu meringankan kerja-kerja kami di sini .
Harap Maaf dan Harap Maklum .
Kembali kita ke soalan yang dikemukakan oleh Saudara anakmurid di atas :
Mengumpat adalah satu perkara yang keji dan berdosa serta ia juga menjatuhkan maruah si pelakunya . Oleh kerana itu , tidak sedikit ayat-ayat al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist yang sahih yang mencela perbuatan tersebut .
Walaupun begitu , di dalam beberapa situasi tertentu , perbuatan mengumpat itu tidaklah pula dianggap mengumpat . Ataupun di dalam lain perkataan : Ia tidaklah dianggap berdosa .
[color=blue] Oleh itu sebelum kita mendakwa bahawa seseorang itu telah mengumpat , maka LEBIH BAIK kita perhatikan betul-betul dengan cermat dan teliti , adakah ucapannya itu benar-benar boleh dianggap sebagai satu perbuatan yang tercela ( mengumpat ) ataupun sebaliknya . [/color]
Quote:
[color=red] Apakah hukumnya kita menghadiri majlis ilmu yang pengajarnya kita ketahui suka mengumpat, menghina dll. (Merujuk kepada amalan mengumpat yang keluar dari batas yang ditetapkan oleh syarak)? [/color]
JAWAPANNYA :
Jika kita benar-benar yakin bahawa seseorang pengajar ( guru agama ) itu mengumpat ataupun mencela ataupun membuka aib seseorang itu [color=blue] TANPA sebab-sebab yang dibenarkan oleh syariat Islam [/color] dan sebagai mana yang telah dinyatakan di dalam [color=blue] SJ – 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN [/color] , maka ketahuilah , itu BUKANNYA majlis ilmu , malahan itu adalah majlis umpat-mengumpat , kata-mengata , membuka pekung dan memalukan orang lain .
Masakan boleh tingkah-laku si pengajar itu dianggap sebagai tingkah-laku seseorang yang sedang mengendalikan sesebuah majlis ilmu !? .
Mana mungkin majlis ilmu yang mulia dan yang dinaungi oleh Para Malaikat a.s disamakan dengan sebuah majlis yang dipenuhi dengan kata-kata hodoh lagi kesat serta tingkah-laku keji si pengajarnya dan juga murid-muridnya !? .
Dan mustahil juga majlis ilmu yang diberkati dan dinaungi Ilahi disamakan pula dengan majlis “ gelak – ketawa “ yang sudah lari daripada batasan-batasan dan disiplin-disiplin sesebuah majlis ilmu !? .
[color=blue] Perbuatan mengumpat , mencela , memalukan seseorang ataupun apa sahaja yang menggunakan lidah , YANG TERKELUAR DARIPADA BATASAN-BATASAN SYARIAT , maka itu adalah satu perbuatan yang keji .
Di dalam kitab-kitab Tasawwuf dan Akhlaq dinyatakan bahawa perbuatan seperti itu dianggap sebagai BATIL di dalam Islam . Batil ini mempunyai berbagai maksud di dalam bahasa kita , seperti : Batal , Rosak , Punah –Jahanam , Tertolak , Palsu dan Karut !!! . [/color]
Sesuatu majlis ilmu yang tidak dijaga adab dan tata-tertibnya , TIDAK MUSTAHIL boleh menjadi BATIL ! .
Allah Ta’ala sendiri melarang kita daripada berbuat apa-apa sahaja yang BATIL dan melarang juga kita daripada melibatkan diri dengan sebarang aktiviti-aktiviti yang batil .
Allah Ta’ala menjelaskan jawapan golongan munafiqin dan kafir apabila mereka disiksa teruk di dalam neraka dan apabila mereka disoal oleh para penghuni syurga dengan firman-Nya di dalam Surah al-Muddatsir , ayat 40 – 48 [color=red] ( Fokuskan kepada ayat ke-45 )
فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءلُونَ
Ertinya : “ orang-orang yang daripada golongan kanan itu ( ahli-ahli syurga ) akan saling tanya-menanya “ ~ Ayat 40 .
عَنِ الْمُجْرِمِينَ
Ertinya : “ darihal orang-orang yang berdosa ( kafir ) “ ~ Ayat 41 .
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
Ertinya : “ ( orang-orang yang beriman bertanya kepada orang-orang kafir ) apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar ? “ ~ Ayat 42 .
قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Ertinya : “ Mereka ( orang-orang kafir ) menjawab : Kami dahulu tidak termasuk daripada golongan mereka yang bersembahyang “ ~ Ayat 43 .
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ
Ertinya : “ dan kami juga tidak pernah memberikan makanan kepada golongan faqir-miskin “ ~ Ayat 44 .
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ
Ertinya : “ DAN KAMI JUGA MASUK KE DALAM ( PERBICARAAN-PERBICARAAN YANG BATIL ) BERSAMA GOLONGAN ITU “ ~ Ayat 45 .
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ
Ertinya : “ dan kami juga dahulunya mengengkari hari pembalasan ( hari akhirat ) “ ~ Ayat 46 .
حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ
Ertinya : “ sehinggalah datang satu perkara yang yakin ( kematian ) kepada kami “ ~ Ayat 47 .
فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
Ertinya : “ dan tiadalah berguna bagi mereka lagi syafaat daripada mereka yang boleh memberi syafaat ( daripada para malaikat a.s , para nabi a.s dan orang-orang yang soleh ~ maksudnya : tiada langsung syafaat untuk mereka ) “ ~ Ayat 48 .
Dan Allah Ta’ala juga mengajar kita akan sikap yang perlu kita tunjukkan apabila ada orang yang berbicara secara “ songsang “ berkenaan dengan Allah Ta’ala ataupun apabila ada orang yang berbuat batil dengan firman-Nya di dalam Surah an-Nisa’ , ayat 140 :
فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Ertinya : “ …..maka jangalah kamu duduk bersama-sama mereka sehinggalah mereka masuk pula ke dalam perbicaraan yang lain , kerana sesungguhnya kamu di waktu itu sama sahaja ( jika kamu terus duduk bersama ) dengan mereka ( dari sudut dosa ) . Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan golongan munafiqin dan kafir kesemuanya di dalam neraka jahannam “ .
Kami menasihati diri kami sendiri dan saudara-saudari kami yang terlibat di dalam aktiviti dakwah dengan menggunakan lisan serta seluruh para pendengar dan penonton , agar sentiasa memelihara akhlaq dan adab-adab sesebuah majlis ilmu .
Mudah-mudahan Allah Ta’ala memelihara kita daripada gejala kegelinciran lisan dan juga segala jenis kegelinciran dan kesesatan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
[color=red] 1 ~ MAU’IDZOTUL MUKIMIN MIN IHYA’ ULUMIDDIN [/color]
Oleh : Al-'Allamah al-Imam Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi rh
Bab : 4 ( Afat al-Khaudh Fil Batil ) , Halaman : 365
Terbitan : Dar Ibn Rajb , el-Mansurah & Fariskor , Dimyat
[color=red] 2 – TAFSIR al-JALALAIN RH [/color]
Terbitan : ECS Software , Egypt
[color=red] 3 – CD KULIAH MAUIDZOTUL MUKMININ [/color]
Disampaikan oleh : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz ha
Bahagian : II , Bab : 205 , Minit ke : 38.20
Terbitan : Pondok Online
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
18 / Jumadi Awwal / 1424 H
18 / Julai / 2003 M
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment