Dec 16, 2008

Adakah Wajib Menegakkan Hukum Allah

anakmurid »

Assalamualaikum!

1. Adakah penubuhan negara Islam termasuk dalam perkara tasyri'?

2. Apakah pendekatan yang perlu saya ambil dalam situasi politik di Malaysia sekarang bagi merealisasikan sebuah negara Islam?

Harap penjelasan daripada Ustaz.



*****************************************
pendekar »

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara anak murid yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas .

Soalan di atas adalah satu soalan di dalam bidang SIASAH SYAR'IYAH ( Sains Poltik Islam ) dan juga HARAKAH ISLAMIAH ( Gerakan Dakwah Islam ) . Ia boleh dijawab dengan panjang-lebar , sederhana ataupun ringkas .

Kami akan menjawab soalan saudara dengan mengemukakannya di dalam bentuk SEDERHANA ALA- DIALOG agar lebih mudah difahami dan lebih berkesan .

Dialog ini di antara { P } = Pemuda Islam Bersemangat Dan Beriman Waja dengan { D } = Da'ie / Pendakwah .

Dengan segala hormatnya , dipersilakan saudara-saudari sekalian mengikutinya .

{ P } ~ Adakah penubuhan Negara Islam termasuk di dalam " tasyrie " ? .

{ D } ~ Sebelum saya menjawab soalan saudara , saya kira perlu saya berikan pengertian " tasyrie' " itu sendiri .

ertinya : Pensyariatan / Perundangan .

Jadi saya kira lebih cantik kalau soalan saudara tadi berbunyi : "…..adakah penubuhan Negara Islam itu satu yang syar'ie " ? .

Ini disebabkan bermakna : Bersifat satu syariat , ataupun boleh juga diertikan sebagai : " sesuatu perkara yang dituntut oleh syarak ( agama ) kita " . [/b]

{ P } ~ Ya , ya , ya ustaz …..syar'ie lebih sesuai kalau begitu .

{ D } ~ Baiklah . Saya tidak akan menjawabnya secara panjang lebar sebab itu lebih baik didapati daripada bahan-bahan bacaan . Ringkasnya begini , mari kita lihat terlebih dahulu ayat al-Quranul Karim di dalam Surah al-Baqarah , ayat 30 :

Ringkasan Huraian Ayat : " Allah swt. telah menerangkan bahwa Dialah yang menghidupkan manusia dan menempatkannya di bumi. Lalu Dia menerangkan asal penciptaan manusia dan apa-apa yang diberikan kepadanya berupa pengetahuan tentang berbagai hal. Maka ingatlah, hai Muhammad, nikmat lain dari Tuhanmu yang diberikan kepada manusia. Nikmat itu adalah firman Allah kepada malaikat-Nya, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan makhluk yang akan Aku tempatkan di bumi sebagai penguasa. Ia adalah Adam beserta anak-cucunya. Allah menjadikan mereka sebagai khalifah untuk membangun bumi." Dan ingatlah perkataan malaikat, "Apakah Engkau hendak menciptakan orang yang menumpahkan darah dengan permusuhan dan pembunuhan akibat nafsu yang merupakan tabiatnya? Padahal, kami selalu menyucikan-Mu dari apa-apa yang tidak sesuai dengan keagungan- Mu, dan juga selalu berzikir dan mengagungkan-Mu." Tuhan menjawab, "Sesungguhnya Aku mengetahui maslahat yang tidak kalian ketahui " .

Seorang pakar politik Islam , al-Imam al-Mawardi rh menyatakan berkenaan ayat di atas : " Yang dimaksudkan dengan menjalankan tugas kekhalifahan di atas muka bumi ialah MENEGAKKAN AGAMA dan MEMERINTAH DUNIA DENGAN AGAMA " .

Jadi kalau dikira adakah penubuhan sesebuah Negara Islam itu SYAR'IE ataupun tidak, maka sudah tentu kita mesti menjawab : " Ya ! , penubuhan negara Islam itu adalah syar'ie kerana ia dituntut sendiri oleh ayat di atas " .

{ P } ~ Bolehkah ustaz berikan lagi hujah lain ?.

{ D } ~ Baiklah , mari kita lihat pula " SIFIR " berikut :

ISLAM lawannya ialah JAHILIYYAH ataupun KUFUR .

IMAN lawannya ialah SYIRIK .

Jadi , kalau tidak ditegakkan negara Islam, maka apakah ada lagi selain Islam melainkan ia sudah pasti Jahiliyyah ataupun Kufur !? .

Apakah umat Islam wajib menegakkan Islam ataupun menegakkan Jahiliyyah / Kufur ? .

Sudah tentu kita wajib menegakkan Islam !!! . Oleh itu dapatlah kita simpulkan di sini , penubuhan sesebuah negara Islam itu sendiri adalah WAJIB , kerana kalau tidak , sudah tentu negara itu akan menjadi sesebuah negara jahiliyyah / kufur , walhal agama kita sendiri melarang kita menegakkan dan mendokong sebarang bentuk jahiliyyah dan kekufuran .

{ P } ~ Hmm….bagaimana pula jika kita anggap mendirikan sesebuah Negara Islam sendiri merupakan satu konteks penyempurnaan tuntutan al-Amru Bil Ma'aruf Wan Nahyu 'anil Munkar ( menyuruh melakukan kebajikan dan melarang sebarang bentuk kemungkaran ) ? .

{ D } ~ Kalau itulah anggapan kita mengenai konsep mendirikan Negara Islam , maka itulah sebenarnya tujuan kita berjuang menegakkannya .

Cuba lihat Perjalanan Hidup ( Sirah ) Baginda Rasulullah s.a.w sendiri , mengapakah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri berhijrah ke al-Madinah al-Munawwarah , walhal kalau sekadar untuk berdakwah , berceramah , beribadah di Mekkah tiada halangannya?.

{ P } ~ Setahu saya , Baginda s.a.w berhijrah ke Madinah adalah disebabkan dakwah dan tuntutan Islam di Mekkah itu sendiri tidak dapat dan tidak boleh dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w .

Ya , saya akui kalau sekadar mahu berceramah , mahu beribadah , tentu itu tidak menjadi apa-apa halangan bagi diri Baginda s.a.w di Mekkah , akan tetapi yang menghalangnya ialah kaum musyrikin Quraisy itu sendiri tidak mahu Islam itu dilaksanakan dengan SEPENUHNYA , termasuklah mendirikan sebuah kerajaan yang berdaulat yang menegakkan Islam sepenuhnya .

{ D } ~ Memang betuk kata-kata saudara . Baiklan mari kita teruskan lagi pengembaraan kita bersama-sama Baginda Rasulullah s.a.w di dalam memahami sirah baginda s.a.w .

Apakah tujuan utama Baginda Rasulullah s.a.w ke al-Madinah al-Munawwarah menurut pengetahuan saudara ? .

{ P } ~ Sudah tentulah mendirikan sebuah NEGARA ISLAM yang berdaulat . Yang ada kekuatan yang tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak . Yang boleh menegakkan segala arahan Allah Ta'ala tanpa perlu tunduk kepada sebarang makhluk .

{ D } ~ Ya , pandai sungguh saudara . Tidak sia-sia saudara belajar sampai ke " menara gading " . Baiklah , cuba jawab lagi : " Apakah usaha Baginda Rasulullah s.a.w mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah itu hanya bermotif politik , ataupun di dalam rangka untuk menjunjung semua arahan Allah Ta'ala , sekaligus menjadikan Islam itu sendiri BERDAULAT ? " .

{ P } ~ Sudah tentulah usaha itu bermotif 'UBUDIYYAH ( kepatuhan total sebagai seorang hamba ) kepada Allah Ta'ala , yang mana itu adalah inti-pati tuntutan dakwah Islam itu sendiri .

{ D } ~ Bagus ! , tepat sekali . Sila jawab lagi : " Adakah Islam itu boleh dilaksanakan sepenuhnya , dan adakah kemungkaran itu boleh dihapuskan kalau umat Islam sendiri tidak berkuasa di sesuatu tempat itu ? " .

{ P } ~ Tentulah tidak boleh ! . Manusia itu sendiri , hatta yang masih mengaku Islam sendiripun masih ramai yang TIDAK MAHU mendengar dakwah dan memperlekehkannya. Tapi kalau kita berkuasa dan boleh laksanakan undang-undang islam , sudah pasti mereka sendiri mahu ataupun tidak mahu , mesti tunduk kepada undang-undang itu .

Contohnya : Seorang muslim yang minum arak . Kalau dia sudah sampai ke tahap " ketagih " ( alcoholic ) , sudah tentu dia buat " derk " ( dono / tak peduli ) dengan nasihat para pendakwah . Tapi kalau dia ditangkap oleh pihak berkuasa , insya-Allah dia akan lebih mudah insaf , dan sekaligus ini sendiri adalah usaha dakwah pada jalan Allah Ta'ala .

{ D } ~ Wah ! , saudara sebenarnya lebih patut jadi ustaz daripada diri saya . Alhamdulillah , inilah yang kita mahukan daripada semua umat Islam . Kita mahu mereka semua faham apakah tuntutan agama kita dan kewajipan mereka terhadap agama ini.

{ P } ~ Saya sedar ustaz , walaupun saya bukan ustaz , tapi saya mestilah ambil tahu mengenai apakah yang perlu saya lakukan terhadap agama yang suci ini , dan saya kira SANGATLAH TIDAK KENA jika seseorang itu hanya mengaku sebagai seorang Islam , dan tetapi tidak mahu ambil peduli apakah tuntutan Islam terhadapnya dan apakah pula kewajipannya terhadap agama ini .

{ D } ~ Masya Allah , Masya Allah ……….Gembira sungguh saya berbual-bual dengan orang seperti saudara ini . FatahalLahu 'alaik ya akhi ! ( Semoga Allah terus membuka pintu kefahaman kepadamu wahai saudara ! ) .

Jadi, apakah saudara masih ada pertanyaan lain ? .

{ P } ~ Oh ya ustaz , sekarang saya sudah bertambah yakin bahawa mendirikan negara Islam itu adalah satu kewajipan setiap orang yang mengaku Islam . Yang menjadi masalah saya pula ialah , adakah yang perlu saya lakukan di dalam usaha menegakkan negara Islam itu sendiri ? .

{ D } ~ Bagus soalan saudara , 100 markah untuk saudara . Saya akan menjawab soalan saudara ini dengan memberikan 2 kata-kata " keramat " yang pernah dinyatakan oleh tokoh gerakan Islam yang paling terkenal di dalam abad ini .

asy-Syahid 'Abdul Qadir 'Audah ( salah-seorang tokoh utama Ikhwan Muslimin Mesir 60'an ) pernah berpesan kepada kita :

" Tegakkan Negara Islam di dalam hati-hati kamu semua , nescaya ia akan tertegak pula di dalam negara kamu " .

Maksudnya : Untuk mendirikan sesebuah negara Islam itu sendiri hendaklah melalui proses : { 1 } ~ Mewujudkan individu muslim , { 2 } ~ Mewujudkan pula sebuah rumah-tangga yang tunduk-patuh kepada ajaran Islam , { 3 } ~ Mewujudkan sesebuah masyarakat yang tunduk dan taat kepada Islam , dan akhirnya { 4 } ~ Tertegakknya sebuah negara Islam yang mendaulatkan Firman Ilahi dan Sabda Nabi s.a.w .

Kemudian , asy-Syeikh Prof. Dr . Yusuf al-Qaradhawi sendiri ada menyebut di dalam kitabnya yang terkenal : " MIN FIQH ad-DAULAH FIL ISLAM " :

Ertinya : " Sesungguhnya satu-satunya galang-ganti ( alternatif ) kepada khilafah islam yang telah runtuh dahulu ialah , MENYERTAI mana-mana gerakan dakwah Islam yang berusaha menegakkan kembali sistem khilafah Islam itu " .

Mengapakah Syeikh al-Qaradhawi menyatakan sedemikian ? . Tak lain tak bukan disebabkan gerakan Islam adalah batu-bata asasi ke arah mengembalikan semula kedaulatan pemerintahan Islam yang pernah menguasai dunia dahulu .

{ P } ~ Apakah ada contoh di dalam Sirah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri yang menjelaskan hal kewajipan menyertai jemaah Islam demi menegakkan sebuah Negara Islam ? .

{ D } ~ Ya ! , sudah tentu ada . Lihatlah sahaja kepada Sirah Baginda Rasulullah s.a.w , adakah Baginda s.a.w berjuang menegakkan Islam secara bersendirian , ataupun secara berkumpulan ? .

{ P } ~ Tentulah secara berkumpulan, iaitu dengan bantuan para sahabat r.a .

{ D } ~ Ya . Jika Baginda Rasulullah s.a.w sendiri sebagai kekasih Allah Ta'ala dan sebagai seorang utusan Allah Ta'ala berjuang secara berkumpulan ( berjemaah ) , maka apakah kita yang selalu lalai dan berdosa ini boleh berjuang menegakkan Islam secara bersendirian tanpa mahu menyertai mana-mana gerakan dakwah Islam ? .

{ P } ~ Sudah tentu TIDAK BOLEH dan sudah tentu orang sedemikian akan putus asa dan hilang pedoman di awal-awal perjuangan lagi .

{ D } ~ Benar sekali jawapan saudara . Lihatlah pula sabda Baginda Rasulullah s.a.w sendiri mengenai hal tersebut menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh :

Ertinya : " Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan¿ Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu¿ Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu ? . Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu ? . Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka . Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin ? . Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggalah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian *

{ P } ~ Alhamdulillah , saya cukup seronok berbual-bual dengan ustaz mengenai hal ini.

{ D } ~ Syukur alhamdulillah , saya pun begitu . Tapi sebelum saya mengakhiri jawapan saya , saya ingin bertanya saudara . Apakah ertinya jemaah Islam menurut pemahaman saudara selama ini ? .

{ P } ~ Setahu sayalah ustaz , jemaah Islam ialah jemaah yang menjadikan al-Quranul Karim dan as-Sunnah sebagai sumber tertinggi perjuangan mereka .

{ D } ~ Kalau ada satu organisasi ataupun pertubuhan yang mengaku sebagai pertubuhan Islam , akan tetapi tidak pula menjadi al-Quranul Karim dan as-Sunnah sebagai sumber tertinggi mereka , adakah layak ia digelar sebuah organisasi Islam ?.

{ P } ~ Wah ! , dah tentu tidak bolehhhhhhhhhh .

{ D } ~ Kenapa pula tidak boleh ? .

{ P } ~ Tak boleh sebab Islam itu sendiri meletakkan dasar tertingginya ialah al-Quranul Karim dan as-Sunnah . Jadi jika sesebuah pertubuhan itu mahu menjadi sesebuah pertubuhan Islam sudah tentulah dia juga wajib meletakkan al-Quranul Karim dan as-Sunnah sebagai dasar tertinggi di dalam perlembagaan ataupun undang-undang tubuh pertubuhan itu .

{ D } ~ Alhamdulillah , nampaknya boleh tahan juga pengetahuan saudara mengenai agama Islam dan tuntutannya ya ?.

{ P } ~ Alhamdulillah , ni lah hasilnya kalau selalu menyertai usrah dan program-program gerak-kerja Islam , ustaz .

{ D } ~ Shuhhhhhh , diam-diam ! . Sekarang ni ada orang yang mengaku Islam sendiri tak suka perkataan " USRAH ," QIYAMULLAIL " dan sebagainya tu.

{ P } ~ Apa alasan mereka tak suka , ustaz ? .

{ D } ~ Mereka kata usrah dan qiyamullail serta program-program " islamic " inilah menyebabkan mundurnya pelajar-pelajar Islam dalam pelajaran mereka .

{ P } ~ Huh what a bullshit , man ! . Karut dan tak masuk akal .

{ D } ~ Kenapa pula saudara marah sampai begitu sekali ? .

{ P } ~ Yelah , siapa tak marah . Saya sendiri belajar di universiti . Dan ustaz sendiri pernah duduk di alam universiti . Kita sama-sama tau yang pelajar-pelajar islam ini bukannya merosot di dalam pelajaran disebabkan usrah , qiyamullail dan program-program islamic tu .

Tapi kalau disebabkan ada sebahagian kita yang suka ber"couple " , suka ke pusat-pusat hiburan , suka sembang-sembang kosong , lebih suka " menunggu pensyarah sumbatkan ilmu ke mulut " daripada mencari sendiri bahan-bahan rujukan , maka inilah sebenarnya sebab sebahagian anak-anak orang islam tidak maju di dalam pelajaran mereka .

{ D } ~ Betul kata-kata saudara tu , tapi sayangnya , masih ramai yang " buta " hingga tidak nampak mana satu yang benar dan mana satu yang salah .

Eh, alamak ! , saya ni dah lewat ndak bersiap-siap ke surau ni .

{ P } ~ Yelah ustaz , saya punya pasal laa ni .

{ D } ~ Takpe , saya pun suka kalau ramai pemuda-pemudi bersemangat waja seperti saudara .

Ada masa datang lagi ya , kita berbual-bual macam ni .

{ P } ~ Baiklah ustaz , saya mintak izin dulu ustaz , Assalamualaikum .

{ D } ~ Wa'alaikumussalam WarahmatulLahi Wabarakatuh .


## Tamatlah Sebuah Dialog ##


Sekian. Semoga ada manfaatnya bersama.
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

0 comments:

Post a Comment