Dec 24, 2008

Nabi Alias as

a/kum

saya selalu membaca buku-buku dan pengamal perubatan tradisional yg mendakwa Nabi Alias a.s. sbg penjaga tumbuh-tumbuhan. Jadi apabila hendak diambil daun, akar, dan bahagian tumbuh-tumbuhan utk tujuan perubatan tradisional maka perlu di beri salam dan meminta kebenaran beliau.

Sejauh manakah dakwaan ini benar?


Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr ArcangelGabriel dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Cerita-cerita ini termasuklah cerita-cerita Israeliyat yang menceritakan kisah yang ditokok tambah mengenai cerita anbiya'. Didalam menilai kisah-kisah ini, Sheikh al-Shanqeeti [Adwaa’ al-Bayaan, 4/203, 204] berkata :

ومن المعلوم أن ما يروى عن بني إسرائيل من الأخبار المعروفة بالإسرائيليات له ثلاث حالات في واحدة منها يجب تصديقه وهي ما إذا دل الكتاب أو السنة الثابتة على صدقه ، وفي واحدة يجب تكذيبه وهي إذا ما دل القرآن والسنة على كذبه ، وفي الثالثة لا يجوز التكذيب ولا التصديق … وهي ما إذا لم يثبت في كتابٍ ولا سنَّة صدقه ولا كذبه .
وبهذا التحقيق تعلم أن القصص المخالفة للقرآن والسنة الصحيحة التي توجه بأيدي بعضهم زاعمين أنها في الكتب المنزلة يجب تكذيبهم فيها لمخالفتها نصوص الوحي الصحيح التي لم تحرف ولم تبدل والعلم عند الله تعالى .
"telah diketahui laporan dari Yahudi, yang dikenali sebagai Israeliyyat terdiri dari tiga jenis :-

1. Apa yang perlu kita beriman ialah apa yang telah ditunjukkan didalam Al-Quran atau Sunnah yang sahih yang menunjukkan kebenarannya.
2. Apa yang perlu kita tidak beriman ialah apa yang telah ditunjukkan didalam Al-Quran atau Sunnah yang sahih yang menunjukkan kepalsuannya.
3. Perkara yang samada kita dibenarkan untuk mempercayainya atau tidak, yang tidak ada dalil dari Al-Quran atau Sunnah yang sahih yang menunjukkan samada ia benar atau tidak.

Dari tahkiq ini kita tahu bahawa mengenai cerita yang mencanggah dengan Al-Quran dan Sunnah yang Sahih, yang tersebar dikalangan mereka, mendakwa bahawa ia didapati dari kitab-kitab, kita wajib menolaknya kerana ia bertentangan dengan nas sahiih yang telah diturunkan yang mana ianya tidak di selewengkan [ie. Al-Quran]. Allah yang mengetahui yang sebaik-baiknya."

Sheikh al-Shanqeeti [Adwaa’ al-Bayaan - 4/178-183] ada juga menyebut mengenai kisah Nabi Khidir dan Nabi Ilyaas ini, kata beliau :-

وحكايات الصالحين عن الخضر أكثر من أن تحصر ، ودعواهم أنه يحج هو وإلياس كل سنَة ، ويروون عنهما بعض الأدعية ، كل ذلك معروف ، ومستند القائلين بذلك ضعيف جدّاً ؛ لأن غالبه حكايات عن بعض من يظن به الصلاح ، ومنامات وأحاديث مرفوعة عن أنس وغيره وكلها ضعيف لا تقوم به حجة . . .
"Hikayat mengenai Khidir yang diceritakan oleh orang soleh sangatlah banyak, mereka mendakwa bahawa beliau dan Ilyaas setiap tahun melaukan Haji dan meriwayatkan dido'a daripada mereka, cerita ini sangat terkenal (ma'ruf), akan tetapi asas apa yang diperkatakan sangat lemah, kerana kebanyakkan cerita yang diriwayatkan datang dari mereka yang dikatakan soleh, atau mimpi dan hadith-hadith yang disangkutkan kepada Anas atau yang lain, akan tetapi semuanya adalah Dha'if dan tidak boleh digunakan untuk membuktikan apa-apa".

Kesimpulanya, cerita-cerita ini perlu dirujuk kepada kisah-kisah yang terdapat didalam Al-Quran dan juga hadith-hadith sahih. Cerita pasal nabi Ilyaas as., orang Dayak pun percaya bahawa beliau adalah Nabi Kayu, nama yang jaga tumbuh-tumbuhan.Disini kami memetik catitan dari website Inistitut Dayakologi yang menceritakan mengenai ADAT TALINO: Upacara Adat Berladang Dayak Bukit :

"Kami percaya kayu-kayu di hutan dijaga nabi kayu bernama nabi Alias. Demikian juga dengan proses membakar ladang. Kami meminta bantuan agar roh-roh penjaga hutan menjaga api jangan sampai menjalar atau merembet ketempat lain," jelas Timanggong.

Memohon izin Nabi? Apakah ia dibolehkan?

Memohon pertolongan melalui wasilah atau tawassul yang dibenarkan adalah :-

1. Jenis tawassul tanpanya Iman tidak akan sempurna, iaitu beriman kepada Allah dan Rasulnya, mentaatiNya dan Rasulnya. Ini termasuk, memohon pertolongan dari Allah melalui Nama dan Sifat-Sifatnya, atau dengan cara melakukan keta'atan (ibadat) kepada Allah swt.

2. Memohon pertolongan Allah dengan meminta Rasulnya saw melakukan do'a semasa beliau hidup (semasa Nabi masih hidup), dan juga mereka yang beriman meminta orang beriman yang lain mendo'akan bagi pihaknya.

3. Memohon pertolongan Allah dengan status dan kemuliaan kejadiannya, seperti "Ya Allah Aku memohon berkat Nabi mu" da sebaginya. Ini dibenarkan oleh segelintir ulama, akan tetapi pandangan ini sangat lemah (dha'if). Pandangan yang betul adalah cara begini juga haram, tidak boleh berwassul didalam do'a melainkan dengan menyebut Nama dan Sifat Allah.

4. Tawassul yang difahami oleh kebanyakkan orang Islam akhir-akhir ini, diamana mereka memanggil nama Nabi saw dan memohon pertolongan darinya, atau memanggil nama orang yang telah mati, auwliya' dsb. In adalah syirik yang besar, kerana menyeru atau memohon pertolongan selain dari Allah swt, atau menyalurkan apa-apa permintaan selain dari Allah adalah Syirik yang besar!

Melihat dari pembahagian tawassul no:3 dan 4, memohon sesuatu dari Nabi Muhammad saw pun tidak dibenarkan (melainkan yang di tuntut ialah selawat), apatah lagi kita meminta izin dari Nabi Nabi yang terdahulu daripadanya. Cuba kita fikrt-fikirkan betapa besarnya dosa-dosa yang dilakukan akibat perbuatan diatas. Kata Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Arab Saudi :

التوسل بالجاه والبركة والحرمة والحق ليس بجائز عند جمهور أهل العلم، لأن التوسلات توقيفية لا يجوز منها إلا ما أجازه الشرع، ولم يرد في الشرع ما يدل على هذه التوسلات.
"Tawassul dengan kedudukan (status), Keberkatan dan Kebenaran tidaklah dibenarkan oleh jumhur ulama, kerana sesungguhnya tawassul itu adaTaufiqnya dan tidak dibolehkan darinya melainkan apa yang dibenarkan oleh syara', dan tidak datang dari syara' yang menunjukkan cara bertawassul seperti ini"

Kesimpulannya, cerita-cerita mengenai Nabi-Nabi mestilah didatangkan dengan dalil yang sahih, al-Quran dan Hadith yang sahih. Ia tidak boleh diceritakan sebarangan. Orang-orang Islam tidak boleh memohon kepada mereka yang telah meninggal dunia, termasuklah Nabi Muhammad saw, penghulu segala Nabi. Pohonlah kepada Allah akan apa hajat sekalipun, atau meminta orang-orang yang beriman yang lain mendo'akan keatas kita. Do'a hanya boleh mengandungi Nama dan sifat-sifat Allah swt semata-mata. Jauhilah dari melakukan perkara-perkara syirik yang diselitkan ddialam ritual ibadat didalam penghidupan kita. Wallahu'alam.

-wassalam-

--------------------
Rujukan :

1. Shiekh Al-Shanqeeti. Adwaa’ al-Bayaan - 4. Beirut : Dar Al-Fikr.

2. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' fataawa Samaahah Sheikh Abdul Aziz bin Baaz : Fataawa Al-'Aqidah - 3. Riyad : Dar Al-Watan, 1993.

3. Inistitut Dayakologi. Upacara Adat Berladang Dayak Bukit url : http://www.dayakology.com/kr/ind/2002/86/adat.htm

0 comments:

Post a Comment