assalamualaikum
1) Saya mahu bertanya makna sebenar ''khilaf''.
2) Apakah setiap kali perbezaan pendapat itu boleh dianggap khilaf. Saya boleh terima contohnya berlaku khilaf dalam hal Qunut. tetapi dalam hal contohnya seperti sama ada solat boleh main niat aja, itu juga boleh dikategori sebagai khilaf atau tidak? (saya tahu, itu contoh bodoh, tapi tak boleh pikir contoh lain)
3) Dalam hal bertudung (Hijab), saya tahu ada khilaf dalam hal menafsirkan "perhiasan yang biasa nampak" dll, tapi kalau ada yang berpendapat pakai tudung itu ada pendapatnya wajib, ada sunat dll, bolehkah macam2 pendapat ni termasuk perkara "khilaf".
Adakah khilaf dalam hal memakai tudung itu sendiri?
Salah dan silap saya, harap diperbetulkan.
Sekian. wassalam.
------------
Wassalam
Jawab:
AlhamduliLlah, inilah jawapannya.
1. KHILAF
Bahasa: tidak serasi/bertentangan/tidak sepakat/berselisih/bercanggah
Istilah: Berbedza pandangan/pendapat yg membawa kepada perbedzaan sikap dan pandangan
Khilaf menurut syara' ialah: perbedzaan pendapat di atas dalil2 syara' yg tidak terkeluar dari mencari kebenaran, menjaga kesatuan dan mencari keredhaan Allah.
Fiqh Ikhtilaf (yg diperkenalkan oleh Dr alImam Yusof alQardhawi (memanfa'atkan aspek positif dari perselisihan pendapat para mujtahid kerana ia membuka dimensi ilmiyah dan amaliyah) (AlQardhawi: asSahwah alIslamiyah)
Khilaf yg negatif ialah perselisihan pendapat yg mengheret kp jiddal (perdebatan). Khilaf yg negatif yg ada unsur jaddal (menegak benang basah) ini dinamakan khilafiah (perselisihan yg ada unsur ingin mematikan hujah lawan dan bukan atas dasar mencari kebenaran. [Dr Basri Ibrahim, Khilafiyah, Bid'ah dan maslahat}
2. Soalan kedua memerlukan anda memahami satu lagi istilah iaitu Iftiraq (perpecahan). Khilaf ada unsur positif kerana dalam isu kecil atau rantingan sahaja (furu' ad Deen), manakala al furuq ialah dalam urusan yg usyul (fundamentals) jadi menjawab soalan anda:
Setiap ifitraq (perpecahan) adalah ikhtilaf (perselisihan), tapi tidak semua ikhtilaf (perselisihan) adalah perpecahan.
Cth anda itu tepat sekali:
Qunut adalah isu khilaf. berlarutan berjaddal dalam isu ini adalah khilafiah yg tercela.
Solat Daimun (solat dengan berniat sahaja) atau Haji daimun (haji di belakang rumah) adalah isu iftiraq (yg memecahbelah umat).
3. Hijab
Yang khilaf ialah "apa yg biasa nampak" ia merujuk kepada banyak perkara selain dari hijab (tudung kepala).
Yang iftiraqnya ialah apakah tudung kepala ke dada itu wajib atau sunat. Ini adalah perbahasan berunsur iftiraq (pecahbelah agama) sebab salaf assoleh tidak pernah mempertikaikan kewajiban bertudung sebagai syi'ar kesucian dan kemuliaan wanita2 Islam.
Manakala "apa yg biasa nampak" itu khilaf (diperselisihkan) ia meliputi make-up, wanita memakai jamtangan, cincin, memakai celak, wajahnya, suaranya, penampilan diri, fesyen, warna pakaian. [Dr Nasyr Abd Kareem, Muqaddimah fil Ahwa' wal Iftiraq wal Bida', Darul Wathan, Riyadh, ms 18-25] WA
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment