Jan 22, 2009

Tepuk Tangan

assalamualaikum..
terlebih dahulu saya nak minya maaaf sebab sebelum ini saya tak chek mana soalan yg saya nak tanya samada soaln ulangan atau sebaliknya..

maaf SYEIKH2 MODERETOR.. :cry: tajuk ni saya dah cuba cari tapi tak da so,saya nak tanya adkah dalam islam ada diajar cara 2 nak tepuk tangan bukan dalam solat ni tapi yg biasa2 tulah..sebabnya dulu2 saya ada dengar takleh tepuk tangan dengan melagakan kedua2 tangan melalui hadapan tapi kalu belakang tapak tangan dibenarkan.benarkah begitu??

***************
zain-ys
Founder

Salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Firman Allah:

وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاء وَتَصْدِيَةً فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

Terjemahan: Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.

Ayat di atas berkaitan dengan siulan dan tepuk tangan yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah. Menurut Ibn Abbas, orang2 Quraisy jahiliah bertawaf dalam keadaan telanjang sambil bertepuk tangan dan bersiul. Menurut sangkaan mereka itulah ibadat.

Bertepuk tangan sebagaimana yang biasa berlaku sekarang tidak ada kaitan dengan bentuk ibadah tertentu atau untuk taqarrub kepada Allah. Mereka bertepuk tangan kerana maksud2 lain. Contoh: Mereka bertepuk tangan dalam satu majlis apabila seseorang selesai memberi ucapan. Atau bertepuk tangan apabila seseorang diberi hadiah. Atau bertepuk tangan ketika bermain dengan kanak2 krn menyatakan kegembiraan. Dsbnya.

Tepuk tangan begini tidak ada larangannya menurut syarak.

Cuma, dinasihatkan agar dapat menghindarkan diri dari bertepuk tangan di dalam majlis/keramaian yg diadakan di dalam masjid. Alasannya adalah utk melepaskan diri dari persamaan dari sudut bentuk perbuatan yg dilakukan oleh org musyrikin. Nyatakan kekaguman kita bukan dalam bentuk bertepuk tangan, tetapi hendaklah dengan bertakbir atau dengan cara yang sesuai dengan keagungan masjid.

Masalah:
Quote:
adkah dalam islam ada diajar cara 2 nak tepuk tangan bukan dalam solat ni tapi yg biasa2 tulah..sebabnya dulu2 saya ada dengar takleh tepuk tangan dengan melagakan kedua2 tangan melalui hadapan tapi kalu belakang tapak tangan dibenarkan.benarkah begitu??

Jawab: Tidak benar. Tidak ada kifiat tertentu yang ditunjukkan di dalam Islam bagaimana cara nak bertepuk tangan.

Wallahu a'lam.

Sekian, harap bermanfaat..

Wassalam

-----------------------------------
Rujukan:
Ahsanul Kalam, Athiyah Saqr, vol. 13, hal. 359, petikan:

يقول الله تعالى عن الكفار: (وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية) [سورة الأنفال: 35] المكاء هو الصفير، والتصدية هي التصفيق كما قال ابن عمر والُسدى ومجاهد. وهناك أقوال أخرى في تفسيرهما لا داعي لذكرها، قال ابن عباس: كانت قريش تطوف بالبيت عراة، يصفقون ويصفرون، فكان ذلك عبادة في ظنهم.
من هذا يعرف أن الذين يتقربون إلى الله ويعبدونه بالتصفير والتصفيق مخطئون، وقد أشار إلى ذلك القرطبي في تفسيره، حيث حمل على الجهال من الصوفية الذين يرقصون ويصفقون، وقال: إنه منكر يتنزه عن مثله العقلاء، ويتشبه فاعله بالمشركين فيما كانوا يفعلونه عند البيت. انتهى.
لكن التصفيق المذكور في السؤال ليس عبادة، ولا يقصد به التقرب إلى الله، ليثيبهم على احترامهم لإنسان يستحق الاحترام، بل هو عرف وسلوك اختاروه ابتداء أو قلدوا فيه غيرهم ليظهروا الإعجاب بما يثير إعجابهم، وليس هناك ما يمنع ذلك شرعًا.
وإن كنا نوصي بألا يكون ذلك في الأحفال التي تقام في المساجد، تنزها عن المشاركة للمشركين في الصورة التي كانت تقع منهم في المسجد للتقرب، وليكن الإعجاب بالتكبير مثلاً أو بصيغة تتناسب وجلال المسجد، وقد روي بسند ضعيف أن النبي صلى الله عليه وسلم قال للنابغة لما أنشد شعرًا أعجبه "أحسنت يا أبا ليلى، لا يفضض الله فاك" وكذلك قال لعمه العباس لما مدحه بقصيدة شعرية "العراقي على الإحياء- كتاب آداب السماع"

_________________

0 comments:

Post a Comment