AnakAyub »
salam
Apakah cara terbaik bagi menjalankan usrah di universiti di mana terdapat pelbagai jenis pelajar, sama ada yang baik mahupun yang kurang sikit baiknya...?
*************************************
pendekar »
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Dr. AnakAyub kerana sekali lagi datang bertandang dan menziarahi kami di teratak al-Ahkam Online .
Terima Kasih juga kepada saudara desaputra yang turut sama memberikan “ buah fikirannya “ untuk dimanfaatkan bersama . Inilah kelebihan menjadi aktivis gerakan islam yang tidak lekang daripada menjayakan program-program Islam . :super
Soalan ini tidak syak lagi merupakan lanjutan kepada Soal-Jawab ( SJ ) :
SJ – 2662 : USRAH
Usrah
Bagaimanakah hendak dilaksanakan usrah di peringkat universiti di mana terdapat berbagai jenis pelajar , sama ada yang baik ataupun yang kurang baik ? .
Biasanya , masalah ini akan dibentangkan dan diberikan penyelesaiannya di dalam siri-siri usrah lanjutan yang diadakan khusus untuk para naqib usrah ataupun pimpinan-pimpinan usrah di berbagai peringkat dan kawasan . Di dalam majlis seperti itu , para pimpinan tertinggi sesebuah gerakan dakwah Islam akan “ menurunkan “ segala ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka buat kader-kader dakwah ini , agar tidak timbul di belakang hari kelak sebarang masalah di dalam mentadbir dan mentarbiah sekelompok para petugas gerakan Islam .
Oleh itu , sudah tentulah sesebuah usrah di sekolah / universiti itu sendiri tidak akan berjaya melainkan dengan adanya kesinambungan dengan sesebuah organisasi Islam yang dipimpin oleh mereka yang tinggi ilmunya dan luas pengalamannya di dalam medan dakwah .
‘Ala kulli hal ( walau bagaimanapun ) , kami akan memberikan sedikit gambaran sebagai jawapan soalan di atas .
Sebelum sesebuah usrah itu boleh diteruskan dengan jayanya , seseorang naqib ( pengerusi ) usrah itu HENDAKLAH menjalankan terlebih dahulu MAJLIS TA’ARUF ( suai – kenal ) di antara sesama ahli . Dan inilah juga merupakan rukun pertama daripada rukun-rukun usrah , selain daripada TAFAHUM ( Saling Memahami ) dan TAKAFUL ( saling bantu-membantu ) .
Majlis suai-kenal ( Ta’aruf ) ini diadakan agar naqib dapat mengetahui latar-belakang setiap ahli yang dipimpin olehnya dan dengan ini , dia akan dapat memikirkan apakah sukatan perbincangan usrah yang paling sesuai dengan sesebuah usrah yang dipimpin olehnya .
Bukan sahaja di universiti , malahan di peringkat sekolah dan di luar sekolah pun menghadapi masalah yang sama . Ini disebabkan kesemua kita TIDAKLAH SAMA daripada sudut latar-belakang pembesaran dan pendidikan . Dan semua itu sudah tentu mempengaruhi sikap dan tindak-tanduk kita .
Dapatkanlah buku-buku panduan usrah yang telah kami nyatakan di dalam SJ – 2662 lalu . Di dalam buku-buku tersebut telah disedikan contoh dan panduan kurikulum pendidikan yang akan dilaksanakan di dalam setiap usrah . Dan yang paling penting ialah : BERBICARA KEPADA AUDIENS / ANAK-ANAK BUAH USRAH SESUAI DENGAN KADAR KEMAMPUAN ILMU MEREKA , kerana inilah contoh dan sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w di dalam berdakwah .
Naqib usrah adalah laksana seorang doktor yang mengetahui apakah sakit dan masalah yang dihadapi , lalu mencari apakah ubat dan penawar yang paling sesuai dengan pesakitnya.
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ BEBERAPA PANDUAN ASAS USRAH DAN HARAKAH
Oleh : al-Fadhil Ustaz Ya'qub Muhammad Hussin ha
Terbitan : Dewan Pustaka Fajar , Shah Alam
Harga : RM 10.00 /=
2 – PANDUAN USRAH
Oleh : al-Fadhil Ustaz Idris Ahmad
Terbitan : Sarjana Media , Hentian Pudu Raya , KL
Harga : RM 3.00 /=
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment