Dec 24, 2008

Zuntiqam

Salam
Perkataan zuntiqam dalam Quran diterjemahkan kpd. balasan.Tapi kalau lihat pada kamus, intiqam ertinya dendam.mengapa terjadi demikian.Saya rasa inilah sebabnya orang islam selalu keliru bila dikatakan Allah bersifat dendam,samseng dan sebagainya.


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Solid itu dengan kadar yang termampu, Insyallah.

Istilah Zuntiqam yg sdr Solid bawa itu sebenarnya terdiri dari dua perkataan iaitu Zuu (ذُو ) (isim) dan Intiqaamun (انتقام )(masdar). Zuu bermakna - yang memiliki (menurut Al-Mawrid - possessor of, ownner of) dan Intiqaamun bermakna - membalas dendam (Al-Mawrid - revenge , retortion , retaliation). Dengan kata lain, Allah yang memiliki pembalasan siksaan (dendam). Ibn Kathir didalam membicarakan makna Zuu Intiqaamin didalam surah Ibraahim [14:47] mengatakan :

وَذُو اِنْتِقَام مِمَّنْ كَفَرَ بِهِ وَجَحَدَهُ " فَوَيْل يَوْمئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ " .
"Allah memiliki atau mengambil pembalasan (revenge) keatas barang siapa yang kufur dan yang menidakkanNya maka (denial) - "Neraka Wail lah bagi mereka yang menipu"."

Maknanya, bukan lah Allah swt itu 'membalas' sahaja, akan tetapi beliau (Alla) akan 'membalas dengan siksaan' kepada mereka yang kufur. Kami rasa, penjelasan Sheikh Ibn Kathir ini sudah lebih dari mencukupi. Untuk paparan bersama, terdapat tiga ayat yang membicarakan dua perkataan tersebut, iaitu :-

مِنْ قَبْلُ هُدًى لِلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
"Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)" - [Aali Imran - 3:4]

-------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ وَمَنْ قَتَلَهُ مِنْكُمْ مُتَعَمِّدًا فَجَزَاءٌ مِثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ هَدْيًا بَالِغَ الْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ أَوْ عَدْلُ ذَلِكَ صِيَامًا لِيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِ عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ وَمَنْ عَادَ فَيَنْتَقِمُ اللَّهُ مِنْهُ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci) atau bayaran kafarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat dia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa. " - [Al-Maa'idah 5:95]

----------
فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
"Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya)." -
=================

Perbincangan mengenai peminjaman kata lawan (musyakalah) seperti Allah menipu, menceroboh dan sebagainya telah pun dijelaskan oleh Al-Fadhil YDP Persatuan Ulama' Malaysia, ustaz Abdul Ghani Shamsudin : - "terdapat gaya pengucapan yang disebutkan dari sudut balaghah sebagai musyakalah iaitu satu cara untuk menangkis dengan tempelakan yang meminjam istilah lawan tanpa bermaksud untuk memberi makna sama dengan istilah tersebut. Sebab itu Allah berfirman di dalam surah seperti Al-Baqarah ayat 15, ayat 194, surah Imran ayat 54, surah al-Taubah ayat 79. Dalam ayat berkenaan Allah menghina serta mempermainkan orang kafir, menceroboh dan sebagainya. Dalam konteks musyakalah, Allah itu tidak dimaksudkan dengan menipu atau menyuruh orang menceroboh tetapi adalah untuk menunjukkan bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Berupaya.

Allah serba maha dan lebih berupaya untuk melakukan kesamsengan untuk menutup mulut orang kafir, begitu juga dengan pengertian al-Mutajabbir, al-Mutakkabir dan al-Muntaqim yang menjelaskan makna nama tersebut bahawa Allah lebih samseng dari segala samseng. Dengan itu, maka tidak salah kalau ulama mentafsirkan bahawa Allah lebih samseng supaya menimbulkan keinsafan tentang martabat manusia."

Teks penuh bolehlah diambil dari url dibawah.

===============
Rujukan :

1. Munir Baalbaki dan Dr Rohi Baalbaki. Al-Mawrid. cetakan pertama. Beirut : Dar Al-Ilm Lilmalayin, 1997.

2. Al-Harf. Tafsir Ibn Kathir.

3. Ustaz Abdul Ghani. PENDIRIAN PUM MENGENAI ISU ISLAM DAN ALLAH "SAMSENG" - 8/9/2002 :

0 comments:

Post a Comment