Dec 19, 2008

Gelaran Karamallahu Wajha

Salam

Bukankah gelaran `Karamallah wajha' itu kepada sahabat Rasulullah sesuatu yang ekstrim dan keterlaluan di dalam pemujaan terhadap manusia? Saya nampak ia lebih mirip kepada amalan penganut Shi'a terhadap Imam atau penganut Nasrani kepada saint (St.) mereka.

Semoga Allah mengampunkan kesilapan saya.

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم

{ بسم الله الرحمن الرحيم }

(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Di dalam masyarakat Islam , terdapat beberapa gelaran mulia yang biasanya dipakai untuk menghormati golongan yang berilmu , berakhlak mulia dan baik hubungannya dengan Allah Ta’ala dan juga dengan makhluk-makhluk-Nya . Di antara gelaran-gelaran itu ialah :

1 - “ Radhiyallahu ‘Anhu “( رضي الله عنه ) ~ Ertinya : Semoga Allah meredhai mereka .

Gelaran pertama ini adalah untuk Para Sahabat ( r.a ) dan mereka yang telah jelas menjadi manusia yang diredhai oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Quran Al-Karim , mahupun Sunnah .

2 - “ Rahimahullah “( رحمه الله ) ~ Ertinya : Semoga Allah merahmatinya .

Gelaran kedua pula , umum untuk seluruh umat Islam yang berpegang-teguh dengan ajaran Islam dan telah pun meninggal dunia . Orang-orang Melayu biasanya menyebutkannya sebagai “ Allahyarham “ , yang maknanya sama dengan “ Rahimahullah “ ataupun “ Rahmatullah ‘Alaih “ dan “ Almarhum “ ( biasanya lafaz ini untuk raja-raja menurut kebiasaan orang Melayu , tetapi bagi orang-orang Indonesia , lafaz ini boleh juga untuk golongan ulama’ yang dihormati yang telah meninggal dunia ) .

3 - “ Karramallahu Wajhah “( كرم الله وجهه ) ~ Semoga Allah memuliakan wajahnya .

Gelaran ketiga , digelarkan khas kepada Saidina ‘Ali Bin Abi Talib ( r.a ) .

4 - “ Qaddasallahu Sirrah “( قدس الله سره ) ~ Semoga Allah mensucikan rahsianya.

Gelaran keempat , biasanya diberikan kepada mereka yang ‘alim di dalam bidang Tasawwuf ( yang sahih ) ataupun bagi mereka yang telah mencapai maqam wali Allah Ta’ala , contohnya ianya diberikan kepada Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) . Golongan Syi’ah juga menggunakan gelaran ini bagi imam-imam mereka yang telah meninggal dunia , selain daripada gelaran “ Radhiallahu ‘Anhu “ .

5 - “ Ghafarallahu Lah “ ( غفر الله له ) ~ Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya .

Biasanya digunakan oleh ulama’ – di dalam pendahuluan dan penutup sesebuah kitab klasik - sebagai doa agar diampuni dosa-dosa mereka dan ibu-bapa serta seluruh muslimin .

6 - “ Al-Imam “( الإمام ) ~ Seorang pemimpin yang dihormati .

Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang seiring-sekata dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah , khasnya bagi mereka yang telah berjasa besar kepada umat Islam .

7 - “ Al-‘Allamah “( العلامة )~ Seorang yang mempunyai ilmu yang banyak dan luas

8 - “ Asy-Syeikh “ ( الشيخ ) ~ Tuan Guru ( The Master ) .

9 - “ Al-Fadhil “( الفاضل ) & “ Fadhilah “( فضيلة ) ~ Seorang yang mempunyai kelebihan .

Dan ada berbagai-bagai lagi gelaran untuk menunjukkan perasaan sayang dan hormatnya masyarakat Islam terhadap golongan umat Islam yang telah mencapai ketinggian dan kemulian di dalam mengembangkan Islam .


**************************************

DI ANTARA [b] [color=blue] [i] “ RADHIYALLAHU ‘ANHU “( رضي الله عنه ) DENGAN “ KARRAMALLAHU WAJHAH “( كرم الله وجهه )

Para Sahabat ( r.a ) menurut aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah , semuanya telah mencapai tahap [color=blue] “ RADHIYALLAHU ‘ANHU “( رضي الله عنه ). Ini berdalilkan firman Allah Ta’ala :

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

[color=blue] Ertinya : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar “ – Ayat 100 , Surah At-Taubah . [/color]

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

[color=blue] Ertinya : “ Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon , maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya) “ – Ayat 18 , Surah Al-Fath . [/color]


**************************************

Untuk lebih menambahkan lagi pengetahuan kita di dalam permasalahan ini , saya mengajak saudara dan saudara/I sekalian untuk meneliti petikan wawancara di antara pihak [color=blue] Majalah al-MUSTAQIM [/color] dengan [color=blue] Al-Fadhil Ustaz Darus Senawi ( Pensyarah Fakulti Syariah , Akademi Islam , Universiti Malaya ) [/color] . Kata beliau : [color=red]

“ …..Orang selalu menyebut bila Sayyidina Abu Bakar – Radhiyallahu ‘Anhu ( ra ), Umar dan Utsman juga disebut begitu . Tetapi Sayyidina ‘Ali disebut dengan “ Karramallahu Wajhah “ ( kw ) . Bila kita soal , kenapa disebut dengan “ karramallahu wajhah “ , mereka mengatakan kerana Sayyidina ‘Ali tidak pernah menyembah berhala . Kalau Abu Bakar , Umar dan lain-lain pernah menyembah behala . O.K lah , kita terima alasan itu . Tetapi harus dipertimbangkan di antara dua gelaran itu dan di antara dua anugerah . Satu anugerah yang diberi oleh Allah SWT , iaitu “ Radhiyallahu ‘Anhu “ . Gelaran ini ada di dalam Al-Quran diberi oleh Allah . Sedangkan “ Karramallahu Wajhah “ satu anugerah yang diberi oleh orang-orang Syi’ah . Mana mulia ? . Satu anugerah , satu pingat yang diberikan oleh Allah , dengan satu pingat yang diberikan oleh manusia ? . Jadi “ Karramallahu Wajhah “ diberi oleh orang-orang Syi’ah, tidak ada di dalam al-Quran ataupun hadist . Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk memperlekehkan Sayyidina ‘ali secaratidak langsung, mereka menghina Sayyidina ‘Ali. Jadi merekalah sebenarnya yang menempatkan Sayydina ‘Ali lebih rendah berbanding para sahabatyang lain “ . [/color]

[color=blue] al-MUSTAQIM : “ Mengapa orang-orang Sunni pun kerap menggunakan “ Karramallahu Wajhah “ untuk menyebut Sayydina ‘Ali ? “ . [/color]

[color=red] Ustaz Darus Senawi : “ Sebenarnya banyak ajaran Syi’ah yang masuk dan teramal di dalam masyarakat , yang tidak diketahui dan tidak disedari . Seperti orang-orang kampung ketika mengusung rumah atau kerja yang berat-berat , mereka menyebut : “ Gagah ‘Ali , Gagah Musa ! “ . Banyak cerita dongeng di dalam kampung yang diamalkan oleh ummat Islam berasal daripada khurafat Syi’ah. Begitu juga dengan jampi-mentera dan sebagainya “[/color] .


**************************************

Masyarakat Sunni ( Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ) yang turut” terikut-ikut “ menggelar Saidina ‘Ali ( ra ) dengan gelaran “ Karramalahu Wajhah “ tidaklah boleh dikatakan BERBUAT PEMUJAAN ( KULTUS ) terhadap Baginda ( ra ) sebagaimana kaum Kristian “ memuja-muja “ dan mempertuhankan Nabi ‘Isa ( a.s ) ! .

Mengapa pula begitu ? . Sebab-sebabnya : [color="purple"]

1 – Ramai lagi dikalangan Ahlus Sunnah yang tidak tahu bahawa gelaran itu satu gelaran yang tiada asalnya daripada Al-Quran Al-Karim dan Sunnah yang sahih .

2 – Umat Ahlus Sunnah yang menyebut “ Karramallahu Wajhah “ bagi Saidina ‘Ali ( r.a ) adalah sebagai penghormatan , sebagaimana mereka menyebut “ Saidina “ ataupun “ Radhiallahu ‘Anhu “ ( r.a ) kepada sahabat-sahabat selainnya ( r.a ) . Tidaklah sampai menganggap bahawa Saidina ‘Ali ( r.a ) itu ada kuasa “ ketuhanan “ dan “ boleh mengampunkan dosa-dosa umat “ sebagaimana orang-orang Kristian mempunyai kepercayaan seperti itu terhadap Nabi ‘Isa ( a.s ) .

Kalau ada pun umat Islam yang mempercayai seperti itu , sudah tentu daripada Golongan Syi’ah . Dan golongan Syi’ah yang mempunyai kepercayaan seperti itu tidaklah dianggap lagi sebagai daripada kalangan umat Islam , melainkan mereka itu hanyalah munafiqin , ataupun golongan yang telah murtad dan kufur kepada ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya ( s.a.w ) . [/color]


KESIMPULANNYA :

Sebaik-baiknya , kita tetap menggelarkan Saidina ‘Ali ( r.a ) itu dengan “ Radhiyallahu ‘Anhu “ kerana itulah yang telah jelas pengajarannya di dalam Al-Quran Al-Karim .

Kita juga wajib berwasapada dengan ajaran dan kaum Syi’ah yang mana mereka inilah “ musuh di dalam selimut “ , “ api di dalam sekam “ dan “ serampang dua mata “ , dan mereka jugalah kaum bid’ah lantaran banyaknya mereka-cipta hadist-hadist palsu ( maudhu’ ) , khasnya hadis-hadis yang berkenaan peribadi Saidina ‘Ali ( r.a ) , sehingga mencecah ke jumlah 40 ribu hadist-hadist palsu .



Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

المختصر المفيد في شرح جوهرة التوحيد

Oleh : Asy-Syeikh Dr. Nuh ‘Ali Salman Al-Qudhah
( Bekas Mufti Angkatan Tentera Jordan dan Pensyarah di Universiti Yarmouk , Jordan )
lihat halaman 147 dan seterusnya .
Terbitan : Dar Ar-Razi , ‘Amman , Jordan .


MAJALAH AL-MUSTAQIM ( OKT 1995 )
Lihat halaman 31 – 32
Terbitan : Meli Mediaplus & Publishing , Kota Bharu , Kelantan D. N

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
21 / Syawal / 1423 H
26 / Disember / 2002 M

0 comments:

Post a Comment