Dec 30, 2008

Suu' Dzhon (Buruk Sangka)

Salam

Kita dilarang untuk Suu' dzhon (buruk sangka)... Namun, seandainya sangkaan itu hanya timbul di dalam hati kita, tanpa kita luahkan / ceritakan kpd org lain, apakah hukumnya?

WA

----------
Salam

Apakah itu سوءا الظان Su’u Al-Dzan?
Sangka buruk atau su’uz dzan adalah salah satu perangkap syaitan apa ia sudah tidak berupaya menghalangi manusia dlm beribadat kpd Allah. Su’uz Dzan merupakan bisikan syaitan dlm hati manusia agar memandang buruk/negative terhadap orang lain.

‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن يوسف ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الزناد ‏ ‏عن ‏ ‏الأعرج ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث ولا تحسسوا ولا تجسسوا ولا ‏ ‏تناجشوا ‏ ‏ولا تحاسدوا ولا تباغضوا ولا تدابروا وكونوا عباد الله إخوانا ‏
(صحيح البخاري - الأدب - يا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن)

Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W: “Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.”(Hadith Riwayat Bukhari)

Dgn lain perkataan, utk mengadu dombakan manusia sesama mereka. Apabila meluahkan prasangka buruk seseorang kpd yg lain, ia boleh menjadi ghibah (sekiranya benar) atau sekiranya salah menjadi al-ifk (Fitnah). (Madaakhilusy Syaithaan 'ala Ash Shalihin, Dr Abdullah Al Khaathir)

Firman Allah S.W.T:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka(buruk) itu adalah dosa... ". (Surah Al-Hujurat :Ayat 12)

‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو اليمان ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏شعيب ‏ ‏عن ‏ ‏الزهري ‏ ‏قال أخبرني ‏ ‏علي بن الحسين ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏أن ‏ ‏صفية زوج النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أخبرته
أنها ‏‏جاءت إلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏تزوره في اعتكافه في المسجد في العشر الأواخر من رمضان فتحدثت عنده ساعة ثم قامت تنقلب فقام النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏معها ‏ ‏يقلبها ‏ ‏حتى إذا بلغت باب المسجد عند باب ‏ ‏أم سلمة ‏ ‏مر رجلان من ‏ ‏الأنصار ‏ ‏فسلما على رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال لهما النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏على رسلكما ‏ ‏إنما هي ‏ ‏صفية بنت حيي ‏ ‏فقالا سبحان الله يا رسول الله وكبر عليهما فقال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إن الشيطان يبلغ من الإنسان مبلغ الدم وإني خشيت أن يقذف في قلوبكما شيئا
(صحيح البخاري - الاعتكاف - هل يخرج المعتكف لحوائجه إلى باب المسجد)

Diriwayatkan dari Abul Yaman mengkhabarkan kpd Syuaib dari Az-Zuhri berkata mengkhabarkan ia kpd Ali bin Al-Husain R.A sesungguhnya Shafiyyah binti Huyay, ummul mukminin (salah seorang istri Rasulullah S.A.W) yang mengatakan: “Bahawa Rasulullah S.A.W beritikaf di masjid, kemudian aku datangi untuk menziarahi di suatu malam. Aku bercakap-cakap dengan beliau, setelah itu aku berdiri hendak pulang. Rasulullah S.A.W kemudian berdiri pula untuk menemaniku pulang. Saat itu lewatlah dua orang sahabat dari golongan Anshar R.A yang melihat kami berdua, kemudian mereka berjalan cepat. Maka Rasulullah S.A.W bersabda, "Perlahankanlah langkah kalian, yang bersamaku ini adalah Shafiyyah binti Huyay". Mereka berdua berkata, "Subhanallah wahai Rasulullah.." (maksud mereka, apakah kami akan buruk sangka padamu?) Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya syaitan berjalan di tubuh anak Adam pada aliran darah, dan aku takut dia melemparkan bisikan kejahatan dalam hati kalian berdua, sehingga timbul sesuatu dugaan buruk”
(Hadith Riwayat Bukhari Bab Al-I`tikaf, Fasal "Apakah boleh seorang yang beri`tikaf keluar untuk keperluan-keperluannya, hingga pintu masjid?”)

Sekiranya terdapat bisikan2 yang mendorong kita bersangka buruk, maka ucaplah: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم spt yg disarankan oleh Rasulullah S.A.W

‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏عدي بن ثابت ‏ ‏حدثنا ‏ ‏سليمان بن صرد ‏ ‏قال ‏
‏استب رجلان عند النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ونحن عنده جلوس وأحدهما يسب صاحبه مغضبا قد احمر وجهه فقال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إني لأعلم كلمة لو قالها لذهب عنه ما يجد لو قال أعوذ بالله من الشيطان الرجيم فقالوا للرجل ألا تسمع ما يقول النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال إني لست بمجنون
(صحيح البخاري - الأدب - الحذر من الغضب)

Meriwayatkan dari Uthman bin Abi Syaibah meriwayatkan dari Jarir dari Al-A’masy dari `Adi bin Thabit meriwayatkan dari Sulayman bin Shard yang mengatakan: “Aku (Sulaiman) duduk bersama Rasulullah S.A.W pada saat ada dua orang saling memaki, maka memerahlah wajah salah seorang di antara keduanya (kerana marah). Rasulullah S.A.W kemudian bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui suatu perkataan, yang jika dia ucapkan akan menghilangkan penderitaannya. Kalau dia berkata أعوذ بالله من الشيطان الرجيم akan hilanglah penderitaan yang didapatinya itu". (Hadith Riwayat Bukhari Bab Adab Fasal "Waspada terhadap Kemarahan")

Wassalam

0 comments:

Post a Comment