Dec 17, 2008

Berdakwah Masuk Ketempat Maksiat

wak_parjo »

assalamualaikum w.b.t...

Bolehkah seseorang itu berdakwah dan dalam masa yang sama seseorang melakukan dosa atu maksiat? Contohnya, seseorang itu hendak berdakwah kepada sahabatnya yang selalu buat maksiat seperti pergi disko, minum arak dan dalam masa yang sama pendakwah itu terpaksa pergi ke disko dengan niat untuk berdakwah atau pun dengan maksud yang lain ialah pendakwah itu mengikut rentak sahabatnya itu dahulu. Apakah hukumnya dalam Islam? adakah cara ini dibenarkan dalam Islam.


**********************************
thtl »

wassalam

Jawab:

Dakwah ada Fiqhnya (teori amalinya)
Dakwah ada Usyulnya (dasarnya)
Dakwah juga ada Awlawiyat (prioritas/keutamaanya)
dakwah juga ada contoh sebelumnya dari gurubesar dakwah yg silam
Dakwah juga ada batas2nya sebagaimana terbatasnya dakwah Nuh AS kepada isteri dan anak2nya, terbatasnya dakwah Luth AS kepada isteri dan kaumnya; terbatasnya dakwah Nabi saw kepada pamannya Abu Talib dan Abu Lahab.

Bagaimana tingginya cinta kita kepada seseorang, usaha kita terbatas dan selebihnya Allah yg menentukan.

Maka usaha-usaha anda hanyalah terhad di luar disko dan karaoke lounge sahaja, bila dia masuk ke dalam kelab malam dan lounge itu, dakwah anda terhenti dipintunya. Dakwah kita (kemudianya) terhala kepada pihak yg meluluskan lesen2 kelab dan karaoke itu pula. Firman Allah SWT: "bukanlah kewajipan kamu menjadikan mereka mendapat petunjuk, tapi Allah-lah yg memberi petunjuk.." AQ 2: 272 (terjemahnya)


Rujukan:
a. usyul dakwah, Dr Zaydan
b. Kaifa nad'un nas, Fathy Yakan
c. Kaifa nad'un nas, as Sobagh
d. Fiqh Dakwah, almarhum almursyid Mustafa Masyhur . WA

0 comments:

Post a Comment