Assalamualaikum w.b.
Ana ada sedikit kemusykilan…
Adakah terdapat nas yang sahih mengatakan bahwa “dalam dunia ni ada 7 org yang berwajah sama”?? dan hukum mempercayainya?
Wallahua’lam
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah , segala puja-puji hanyalah untuk Allah Ta’ala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .
Selamat bersua kembali dan terima kasih kami ucapkan kepada Saudara VhoutenJr yang budiman . Nampaknya setelah sekian lama saudara tidak pulang bercuti di kampung , saudara sekarang dapat juga sekarang bersenang-senang di kampung dan juga “ membalas dendam apabila dapat “ mengadap komputer “ dengan menghantar banyak soalan ke al-Ahkam Online .
Alangkah bagusnya kalau semua pemuda / I bersemangat seperti saudara untuk mempelajari agama Islam.
Ishh…macam-macam dan beraneka rupa pula soalan Saudara VHOutenJr ni ya . Walau bagaimana sekalipun , kami akan tetap cuba menjawabnya sekadar ilmu dan kemampuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala ini .
Setahu kami ( berdasarkan ilmu pengetahuan kami yang sedikit ini ) , tidak ada sebarang nas ( bukti ) yang sahih yang ada menyatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda sedemikian .
Walaupun begitu , banyak juga perkara yang tidak pernah disebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w akan tetapi kita BOLEH juga mempercayainya , di antaranya ialah : [color=blue] Kepercayaan bahawa memakan Tongkat Ali boleh menyebabkan seseorang itu kuat . Percaya bahawa sesiapa sahaja yang memiliki “ lesen terbang “ kelak nanti akan ditangkap oleh JPJ . Percaya bahawa di dalam al-Ahkam Online ini terdapatnya mereka yang baik hati dan suka menyumbang derma untuk perjuangan Islam ( khasnya kepada al-Ahkam Online ) . [/color]
Begitu juga ada kepercayaan yang MESTI kita percaya dengannya walaupun ianya tidak pernah disebut langsung oleh Baginda Rasulullah s.a.w , contohnya ialah :
2 X 2 = 4
1 + 1 = 2
Bapa lebih tua daripada anak
Setiap benda / jisim sudah tentu memenuhi sesuatu ruang
Begitulah juga dengan masalah 7 orang berwajah sama ini .
Menurut ahli-ahli Biologi , di dalam dunia ini terdapat 7 orang yang mempunyai wajah yang sama / hampir sama ( sama tetapi tidak serupa ) . Dan tidak mustahil , daripada teori inilah tercetusnya idea untuk mengkaji konsep dan kaedah pengklonan manusia .
Itulah kata mereka , dan terpulanglah kepada kita sama ada hendak percaya kepada kata-kata itu ataupun tidak . Percaya kepada teori itu tidaklah merosakkan iman kita dan tidak percaya juga tidaklah menyebabkan kita akan berdosa , kecualilah kalau kita percaya bahawa Allah tidak berkuasa mencipta 7 orang yang berwajah sama , bahkan seiras . SubhalLah ‘an misli hadzal qaul ( Maha Sucilah Allah daripada kata-kata ini ) .
Dan kalau teori itu memang benar , maka itu LEBIH MENAMBAH keyakinan kita kepada kehebatan dan kekuasaan Allah Ta’ala untuk berbuat apa sahaja , dan kalau teori itu tidak benar , kita tetap yakin bahawa Allah Ta’ala itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana di dalam mengatur perjalanan alam maya ini .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment