Dec 24, 2008

Hadis Dhaif Dalam Ihya Ulumuddin

Salam
Saya dapat tahu bahawa kitab karya Imam Al-Ghazali banyak membawa hadis-hadis dha'if. Saya ingin mendapat pendapat ustaz² dan ustazah² yang lain tentang buku ini. Sekian. Terima Kasih.

Wassalam

Tarjeehan:

JKK kpd Ust Zayed. Sebelum paparan umum kita tarjeeh dan tambah supaya ia lebih kemas utk paparan umum.

Kitab Ihya' sebenarnya sebuah Encyclopedia atau almanac ilmu-ilmu Islam dalam 4 Juzu' dan setiap juz ada 10 fasal (Bab) dan dgn itu ia mengandungi 40 bab.
Syaikhul Azhar, Syaikh Muhammad Khidr Hussin:

Kitab alIhya' adalah antara kitab yg dikarang oleh manusia, dan sudah tentu ada kekurangan dan kecacatan di sana sini. Namun kecacatan itu tidak menjejaskan kedudukannya sebagai antara encyclopedia terkemuka Ilmu2 Islam.

Dr alImam Prof Yusof alQaradhawi (Imam alGhazzali: Bayna madihi wa naqidihi/139) kekurangan atau kecacatan kitab ini ada empat macam:

a. banyak hadis-hadis dha'ef dan maudhu'
b. Hukuk-hakam yg dibina atas hadis2 ini
c. Kisah-kisah sufi dan suluk yg melampau
d. Kasyaf dan Mukasyafah yg tersasar dari konsep yg disepakati oleh salaf

Imam azZahabi (Siyar A'lam anNubala'/19/339): alGhazzali adalah Imam yg hebat. Tapi tiada alim yg tidak melakukan kecacatan.

Hadis2 dalam Ihya' telah ditkahrijkan oleh alHafeedz alIraqi (spt kata sdr Zayed) dan Imam asSubki (Tabaqat asySyafi'iyah, Jld 4)

alImam alFaqeeh Ibn Jawzi telah meringkas kitab Ihya' dan ditulis kembali dgn jodol Minhaj alQosidin. Kitab ini ditahqeeq pula oleh alHafeedz Ibn Qudamah alMaqdisi, namun masih perlu ditahqiq lagi utk membersihkan hadis2 lemahnya.

Jadi utk menggunakan kitab Ihya' dapatkan kitab alIraqi dan kitab Ibn Qudamah alMaqdisi atau dapatkan kitab tasawwuf yg lebih kuat spt Madarij asSalikin 3 Jld karya alHafeedz alFaqeeh Ibn Qayyim. Kitab Madarij dan Kitab Minhaj alQosidin adalah alternatif kepada Ihya' Ulumiddin. WA

0 comments:

Post a Comment