Dec 30, 2008

Kesilapan Dalam Logik Pemikiran

Salam

Saya tak pasti, ni masuk bawah soalan feqah ke tidak. Apapun, soalan saya pasal logik2 sebegini...cuba dengar ye:

Bila dengar hadis pasal orang yg hanya dpt lapar dan dahaga bila puasa, dan dapat mengantuk je bila bangun tahajjud, difikirkan, "Baik tak payah puasa (puasa wajib) kalau dpt lapar dan dahaga je..baik tak payah bangun tahajjud kalau dapat mengantuk je..."

Bila dibaca maksud ayat Quran yg menerangkan betapa neraka Wail disediakan utk org2 yg solat, lantas difikirkan, "Baik tak yah solat. Orang yg solat pun masuk neraka."

Ataupun, idea meninggalkan satu2 amalan baik, kerana takut tak ikhlas. "Aku malas la nak pegi masjid solat jema'ah. Nanti takut tak ikhlas dan menunjuk2 pulak. Tak nak la kawan2 aku kata aku macam tu.."

Saya sedia maklum pemikiran2 sebegini adalah amat2 palsu dan berbahaya, tapi kurang hujah dan jawapan untuk menghadapinya. Pernah dengar Sheikh Hamza Yusuf kupas, tapi kurang ingat dan kurang mendalam utk audio yg saya dengar tu. Satu yg saya ingat, contoh yg beliau kata, (lebih kurang), lebih baik solat jugak walaupun mungkin akan menunjuk2 berbanding dengan meninggalkan terus solatnya, kerana kejahatan meninggalkan solat lebih besar drpd kejahatan timbul sifat menunjuk2 dlm solat. Sekurang2nya perintah wajib sudah ditunaikan. Lagipun, sifat menunjuk2 itu sedikit sebanyak mungkin akan dpt dikikis. Macam kaedah "lesser between two evils". (Saya minta ampun dgn Allah kalau apa yg saya taip ni tak menyamai dengan apa yg Sheikh tu cakap.)

Minta pendapat dan buah fikiran dr panel al-ahkam sekalian untuk perkemas dan perhalus supaya senang utk org awam seperti saya.

Jazakumullah.

Salam

-------------
Salam

Riya’ berasal dari kata araa dan riya'un yang bererti memperlihatkan . Kata riya’ dapat kita temui di antaranya dalam Al-Qur'an surat Al Maa'uun ayat 6 yang Allah menyebutkan sebagai salah satu sifat orang-orang yang mendustakan agama.

[الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ]

“(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),” (Surah Al-Maa’un: ayat 6)

Berkenaan ayat ini, Ibn Katheer menafsirkan ayat ini dgn riwayat berikut

وَقَالَ الْإِمَام أَحْمَد حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْم حَدَّثَنَا الْأَعْمَش عَنْ عَمْرو بْن مُرَّة قَالَ كُنَّا جُلُوسًا عِنْد أَبِي عُبَيْدَة فَذَكَرُوا الرِّيَاء فَقَالَ رَجُل يُكَنَّى بِأَبِي يَزِيد سَمِعْت عَبْد اللَّه بْن عَمْرو يَقُول قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " مَنْ سَمَّعَ النَّاس بِعَمَلِهِ سَمَّعَ اللَّه بِهِ سَامِع خَلْقه وَحَقَّرَهُ وَصَغَّرَهُ "

---------------------------

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Nuaim meriwayat dari Al-A’masy dari `Amr bin Murrah bahawa dia telah berkata, “Kami duduk bersama Abu `Ubaidah ketika orang bercakap tentang riya’. Seorang lelaki bernama Abu Yazid berkata, “aku mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

«مَنْ سَمَّعَ النَّاسَ بِعَمَلِهِ، سَمَّعَ اللهُ بِهِ سَامِعَ خَلْقِهِ، وَحَقَّرَهُ وَصَغَّرَه»

“Barangsiapa yang cuba memperdengarkan tentang amalannya kepada orang lain, Allah Maha Mendengar akan hambaNya, mendengar dan akan membencinya dan merendahkannya.”

Syeikh Al-Izz Din Abdussalam mendefinisikan riya’ sebagai perbuatan yang lakukan bukan kerana Allah.

Tidaklah dikatakan riya’ apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan tetapi diperkatakan oleh manusia akan amalannya itu. Riya’ sebenarnya bersangkut paut dgn niat. Sekiranya niat amalan itu bukan ikhlas kerana Allah taala tetapi niat menunjuk2, maka dia dinamakan riya’.

Berbalik kepada aqal logic itu tadi. Sebenarnya pokok segala persoalan adalah niat. Niat itu sepertiga amalan.

Quote:
Baik tak payah puasa kalau setakat lapar dan dahaga

--masalah ini dapat diselesaikan kalau niat berpuasa itu diluruskan. Kalau niat tidak betul, tentunya hanya mendapat lapar dan dahaga.

Dari segi amalan, bermula dgn niat kmdn diikuti dgn perbuatan (fi’li dan qauli). Kalau amal ibadah itu mengikuti segala rukun2 dan dgn niat yang betul, maka selepas itu terserah kepada Allah. Bukan manusia utk mengukur samada ia diterima atau ditolak. Kalau niat dah tak betul, maka rosak amalannya.

Allah S.W.T berfirman,

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan?" (Surah An-Nisa': ayat 125)

Menyerahkan diri kepada Allah artinya memurnikan tujuan dan amal kerana Allah. Sedangkan mengerjakan kebaikan ialah mengikuti Rasulullah S.A.W dan Sunnah beliau.

Allah juga berfirman,

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

"Dan, Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23)

Amal yang seperti debu itu adalah amal-amal yang dilandaskan bukan kepada As-Sunnah atau dimaksudkan bukan kerana Allah. Nabi S.A.W pernah bersabda kepada Sa'ad bin Abi Waqqas R.A, "Sesungguhnya sekali-kali engkau tidak akan dibiarkan, hingga engkau mengerjakan suatu amal untuk mencari Wajah Allah, melainkan engkau telah menambah kebaikan, darjat dan ketinggian kerananya."

Al-Fudhail berkata, "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya', Mengerjakan amal kerana manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya."

Al-Junaid berkata, "Ikhlas merupakan rahsia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulisnya, tidak diketahui syaitan sehingga dia merosaknya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya."

Yusuf bin Al-Husain berkata. "Sesuatu yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. Berapa banyak aku menghindarkan riya' dari hatiku, tapi seakan-akan ia tumbuh dalam rupa yang lain."


Rujukan:
Tafsir Ibn Katheer, Ibn Katheer
Madarij As-Salikin, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah

_________________
Wassalam
Tahqeeq/Tas-hih

Tambahan:

Hal-hal yg diajukan itu dewasa ini dirawat dgn Personal Development Course (Kursus Pembangunan Diri) atau Personal Excellence (Kecermelangan diri) dan banyaklah pakar2 Motivasi Luar dan Dalam Negeri; Islam dan Non-Muslim yg terlibat. Tokoh2 dalam Negeri spt Dr Hasan Ali, Dr Fadzilah Kamsah, Luar negeri spt; Dr Stephen Covey, Dale Carnegie, dsbnya.

Syaikh Muhd alGhazali juga menulis buku berjodol 'Jaddik Hayaatak" (Perbaharuilah Kehidupanmu) khusus merawat sikap dan penyakit batin spt ini. Manakala kitab2 klasik khusus utk merawat jiwa kami syorkan Madarij asSalikin oleh alHafeedz Ibn Qayyim dan Talbis Iblis oleh alhafeedz Ibn alJawzee. Kedua-dua kitab ini sudah diterjemahkan. WA

0 comments:

Post a Comment