Assalamu'alaikum Warah MatuLlah Wabarakatuh
Ingin saya bertanya soal ihsan, bagaimanakah caranya beribadah (terutama munajat) - "Seolah2 kamu melihat
Allah" (dan sememangnya kita tahu apa yang boleh terlintas itu bukan Allah); bagaimana pula dengan Arasy ?
Maaf jika berulang, saya search ihsan. belum berjumpa sedemikian.
Wassalam.
Wassalam
Jawab:
1. Ihsan
Sudut Bahasa: Ihsan ialah:
a. memberi nikmat kpd orang lain
b. mengerjakan dengan baik sesuatu pekerjaan
Dengan kata lain: Ihsan ialah memberi kpd orang lain lebih banyak dari yg sepatutnya dan diwaktu yg sama mengurangkan hak dirinya (demi orang lain)
Ihsan dalam bahasa Inggeris ialah Excellence dan dalam bahasa Melayu ialah Cemerlang
Dalam syara', Ihsan dijelaskan oleh Jibril AS melalui Hadis yg masyhur (#2 dalam matan arba'een anNawaeiyah) dan dikeluarkan oleh Muslim, # 8 Kitab al Iman)
Maksud Ihsan dalam konteks hadis itu: beribadat kepada Allah dgn perasaan seakan melihat-Nya dan jika tidak mampu membayangkan demikian hendaklah diyakini Allah melihat semua gerakkerjanya.
Disimpulkan oleh Muslim:"Bahawasanya Allah mewajibkan Ihsan terhadap sesuatu yg dikerjakan." Muslim 1/171
Bila kita simpulkan dari semua itu:
Ihsan meliputi Ikhlas, kebaikan dan kesempurnaan pekerjaan (amal) itu.
Iman watak
Islam jasad
Ihsan itu ruh
(Imam rashid Ridha, almanar: 2/273; Imam Ibn Taymiyah: alIman wal Islam/248)
2. Arasy
Ujudnya Arasy
Dalil: alBuruj: 15 (Yang mempunyai Singgahsana, Lagi Maha Mulia); Taha: 05 (Tuhan Yang Maha Pemurah yg bersemayam di atas Arasy)
Hadis:
" apabila kamu memohon, pohonlah kepada Allah, pohonlah Jannah alFidaus. sesungguhnya ia adalah jannah yg pertengahan dan paling tinggi. Dia atasnya terdapat Arasy Allah yg Maha Pengasih." Bukhari (2790 dari Abu Hurayra ra)
Takrif Arasy:
dari segi bahasa Arab bermaksud kursi khusus utk Raja (singgahsana)
dalil: AnNaml: 23 (dan dia (Balqees) dianugrahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yg besar)
Arasy Allah SWT ialah singgahsana yg layak bagi Allah yg memiliki beberapa tiang (Bukhari # 2412, 3398) Muslim (2374) dari Abi Sa'eed alKhudri
Dalil : alHaqqah: 17 (pada hari itu lapan Malaikat menjunjung Arasy Tuhan-mu di atas mereka); Huud: 07 (dan adalah Arasynya berada di atas air)
(sumber: Tahzeeb Syarah atTohawiyah oleh alGhunaymi.) WA
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment