Salam
Saya berhajat untuk mengadakan satu majlis kesyukuran/do'a selamat sempena dua orang anak saya selamat mengkhatamkan Al Quran. Untuk tujuan itu saya akan menjemput ahli jamaah surau berhampiran dan juga jiran-jiran saya kemajlis tersebut. Persoalannya :
1. Terdapat dikalangan jiran saya, orang-orang "Islam" yang akhlak mereka amat menyimpang jauh dari ajaran Islam (tidak solat, berkelakuan buruk dll). Saya rasa keberatan untuk menjemput mereka dan hanya bercadang menghantar juadah sahaja kerumah mereka. Apakah tindakan saya itu betul?
2. Jiran non muslim, saya menjemput mereka untuk menghadiri jamuan berasingan disebelah petang (untuk muslimin jamuan diadakan selepas Isya').
Wassalaam.
***************
Salam
Bagaimana perlu seseorang itu bergaul dgn jiran yg tidak taat kpd ajaran Islam?
Sheikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid dalam risalahnya yg bertajuk 'Adab2 Berjiran," menukilkan penulisan Imam Az-Dzahabi dalam kitabnya Haqqu al-Jaar secara ringkas dalam menghuraikan persoalan di atas. Berikut saya ringkaskannya lagi:
1. Jika jiran seorang yg melakukan dosa besar dalam keadaan tertutup, maka pedulikannya. Bila mampu menasihatinya secara rahsia2 maka itulah terbaik.
2. Jika dilakukannya secara terang-terangan, maka jauhilah ia dgn cara yg baik. Kalau solat ditinggalkan, nasihatlah dan cegahlah dia dari perbuatan itu. Kalau tetap tidak menerima nasihat, maka jauhilah dia krn Allah dgn harapan ia dapat memberi manfaat melalui keinsafannya. Tetapi jgnlah memutuskan perbicaraan, salam dan hadiahmu tetrhadapnya.
3. Jika dia melampaui batas dan mengengkari serta membangkangmu, maka berpalinglah daripadanya dan berusahalah utk berpindah dari sampingnya bersandarkan kpd hadis berikut:
Drpd Abu Hurairah ra bhw Rasulullah saw berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kpdmu dr jiran buruk di daerah tempat tinggal. Krn sesungguhnya jiran org2 Badwi selalu berpindah-randah."[Hadis sahih]
Tetapi jika ingin menyuruh mereka pindah, maka suruhlah mereka dgn cara yg baik.
Sesuaikanlah jiran sdr dgn salah satu kategori di atas. Sekirannya dia tidak melampaui batas dan tidak mengengkari nasihat sdr, maka menjemput pada majlis sdr tidak menjadi apa2 masalah. Perbuatan sdr iaitu tidak menjemput tetapi sebaliknya memberikan juadah sahaja boleh menyebabkan mereka terasa. Dan ini boleh membuatkan sdr lebih jauh daripada mereka dan seterusnya mungkin mengurangkan peluang utk berdakwah kpdnya.
Adapun jiran non muslim, tidak ada salahnya sdr menjemput ketiak majlis itu dilaksanakan. Bahkan ini terbaik krn membolehkan mereka terdedah dgn islan itu secara terus(live). Tetapi jika ingin menangguhkan ke ptg, itu juga tidak menjadi kesalahan. WA.
Wassalam
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment