Dec 16, 2008

Skop Siasah Syariah Dalam Islam

hakim-eze »

assalamualaikum...

apakah maksud siasah syariah mngikut perspektif islam?apakah skop2nya?
sekian.

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada siapa pun selain pada Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)



******************************************
zain-ys »

salam

Alhamdulillah, inilah jawapan yg dipohon:

Siasah syar'iah ialah suatu sistem yang mengurus atau mentadbir urusan manusia berdasarkan maslahat mereka dengan bersandarkan kepada nash2 syarak atau keumuman nash atau keumuman maqasid tasyri'iyah (tujuan pensyariatan) pada perkara2 yg tidak ada nash padanya.

Di web IKIM pula menyebut takrif siasah syar'iah sebagai:
Siasah syariyyah bermaksud hukum hakam dan peraturan yang melaluinya sistem pemerintahan atau pentadbiran negara dapat disusun agar ia sesuai dengan roh syariah. Di samping itu ia diletakkan di atas asas syariah yang komprehensif bagi memastikan tujuan (maqasid) syariah tercapai, sekalipun tiada dalil dari nas-nas yang jelas (dari al-Quran dan sunah). (http://www.ikim.gov.my/bm/media/2004-ut ... 4-um10.htm )

Ada satu takrifan lain, iaitu mentadbir atau mengurus hal ehwal umum (=rakyat) dalam satu negara Islam, di mana dengannya dapat menarik maslahat dan menolak kemudaratan; dengan tidak melampaui garis ketentuan syariat dan asas-asas syariat yang berbentuk umum.
(Ruj: http://links.islammemo.cc/KASHAF/one_ne ... IDnews=540)

Yang dimaksudkan dengan hal ehwal umum dalam satu negara ialah apa sahaja sistem yang diperlukan dalam kehidupan rakyat. Tidak kira samada ia berbentuk undang-undang, ekonomi, kehakiman dsbnya. Dan, samada urusan itu adalah urusan dalam negara atau hubungan luar negara. (ibid)

Manakala ilmu siasah syar'iah pula ialah:
- Suatu ilmu yang membahaskan tentang hal ehwal pentadbiran negara, dari sudut undang-undangnya dan sistemnya yang bertepatan dengan asas-asas Islam, sekalipun dalam beberapa hal pentadbiran itu tidak terdapat nash yang khusus mengenainya. (ibid.)

Skop2nya mencakupi semua bidang pentadbiran urusan manusia (siasah=Bahasa mudahnya mentadbir negara). Sesuai dengan namanya siasah syar'iah, di mana siasah iaitu mentadbir urusan manusia. Manaka syar'iah, kerana ia berlandaskan kepada hukum-hakam syarak pada perkara yg ada nash, samada khusus atau umum. Dan bersandarkan kepada maqasid syar'iah pada perkara yg tiada nash.

Banyak contoh-contohnya: Menggubal undang-undang negara, memperbaiki sistem ekonomi, sistem jalanraya, sistem pertanian, melaksanakan undang2 jenayah, ahwal syakhsiah dsbnya..

Dan, dengan penjelasan di atas, kita hendaklah berhati2 dengan dakwaan sebahagian orang yang melaung2kan siasah syar'iah, yang apabila kita teliti benar2 ia hanyalah sekadar mahu menghalalkan perkara yang haram. Atau mengharamkan perkara yang halal. Perlu diingat bahawa siasah syar'iah tidak mungkin akan melampaui garis sempadan hukum-hakam syarak.

Wallahu a'lam.

Sekian, moga bermanfaat kepada kita semua..

wassalam

0 comments:

Post a Comment