Salam
Himpunan fatwa as-Syeikh Abdullah bin Jibren. Diedit oleh Abdul Kadir (11/02/2003 15:48)
Quote:
السؤال:-
Soalan :
ما رأيكم لو قرأنا على المريض بعض السور، مثل يس، والفرقان، والبقرة، وغيرها؟
Apakah pandangan tuan sekiranya kami bacakan kepada org yang sakit sebahagian daripada surah-surah (al-Quran), seperti Yasin, dan al-Furqan, dan al-Baqarah, dan selainnya ?
الجواب:-
Jawapan :
لا مانع من القراءة على المريض بالقرآن كله، أو ببعض السور، سورة يس أو البقرة أو الفرقان، أو الملك أو الواقعة، أو بعض الآيات، كآية الكرسي، والفاتحة والمعوذتين، وآخر البقرة، وأول آل عمران، وأول سورة طه وآخر الحشر، ونحوها.
Tidak dilarang daripada membaca kepada orang yang sakit dengan al-Quran keseluruhannya. Atau sebahagian daripada surah-surahnya, surah Yasin, atau al-Baqarah, atau al-Furqan, atau al-Mulk, atau al-Waqi'ah, atau sebahagian daripada ayat-ayat seperti ayat al-Kursi, dan al-Fatihah, dan al-Mu'awwizatain (al-Falaq dan an-Naas), dan akhir surah al-Baqarah dan awal surah Aali Imran dan awal surah Toha dan akhir surah al-Hasr atau yang seumpamanya.
Tamat fatwa.
----------------------
ana nak tanya:
apakah barangkali sumber as-Syeikh Abdullah bin Jibren hinggakan beliau sampai kepada ijtihad bahawa membaca al-Quran (termasuk surah yasin dll) kepada orang yang sedang sakit (maksud sakit di situ nazakkah?) itu dibolehkan?
mesti ada sumbernya (al-Quran kah; hadith kah?)
mohon bantuan !
Wassalam
Jawab:
Ada dua isu di sini:
Satu: Hukum membaca alQur'an dan dihadiahkan kepada mayyit
Dua: Hukum membaca alQur'an di sisi orang sakit
Isu yg tegas di sisi ulama' salafiya ialah membaca alQur'an dan pahala bacaannya dihadiahkan kpd arwah.
Manakala fatwa alJibreen di atas adalah dalam isu no 2: hukum membaca Qur'an di sisi orang sakit. Maka hukumnya harus kerana membaca alQur'an itu ibadah dan boleh membacanya di mana saja yg menasabah sebagai peringatan.
Dalil2 yg digunakan:
a. Fusysyilat: 44
b. alIsra': 82
c. Yunus: 57
d. alAnkabuut: 51
Inilah juga pendapat Ibn Qayyim (alJawab alKaafi/20; Zaad alMa'ad:4/352) WA
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment