Dec 20, 2008

Istilah-istilah Asas

Salam

Alangkah moleknya jika istilah-istilah seperti berikut dapat dijelaskan maknanya:

1) Taqwa
2) Wara'
3) Iman
4) Ihsan
5) Islam
6) Mukmin
7) Fasiq
8) Munafiq
dll

Term ini biasa dipakai di dalam percakapan sehari-harian, tetapi maksudnya yang sebenar masih tidak begitu jelas. Ada memahami makna Taqwa sebagai takut, tetapi takut yang bagaimana. So, dipersilakan para Ustaz menerangkan dengan sejelas-jelasnya istialh2 tersebut.

Wassalam
Jawab:
Makna istilah2 asas ni luas maka variasi sedikit sebanyak itu dima'afkan asalkan ia membawa pada tujuan asal kalimah2 itu.
1. Taqwa
asal kata ialah 'WAQA" = menjaga atau melindung
Bila jadi TAQWA = terhalang
Nabi saw pernah berkata,"atTaqiy Muljam (orang bertaqwa terhalang lidahnya)"
Maksudnya secara umum, Taqwa=berhati2 dalam kehidupan.
(Imam Abduh, tafsir alManar, Jld 1) Taqwa disebut sebanyak 70 kali dalam AQ. Bila digabungkan Taqwa dgn Allah SWt jadi IttaqiLlah=kita menjaga, melindungi diri kita dari siksa dunia kerana melanggar hukum Allah dan siksa Allah di Akhirat. Sifat2 muttaqeen: lihat AQ: 2:2-4; AQ 2: 177; AQ 2: 133-136

2. Wara'
Pendapat Ust Sa'eed Hawa (JunduLlah Tsaqafatan wa Akhlaqan), Taqwa sama makna dgn Wara'. Hujjatul Islam alGhazali rh (ihya' Ulumidin) pula, Taqwa lebih tinggi maqamnya dari wara'. Wara'menurut alGhazali ialah," meninggalkan apa yg meragukan dan hanya mengambil apa yg tidak meragukan (halal bayyin).

3. Iman
Bahasa Arab: Iman=tasdiq (membenarkan)
Syara': Iman ialah keyakinan yg solid terhadap Allah dan rukun2 iman yg lain. Dalil: HR Muslim dari Umar ra," Khabarkan kepadaku tentang iman?' Sabda," Iman itu bahawa kamu beriman dgn Allah, Malaikat2, Kitab2, Rasul2, Hari Kiamat dan Qadar baik dan buruk." (Kitab alIman no 8)

4. Ihsan
Istilah: Ihsan=excellence (cemerlang)
syara': merasai perhubungan dgn Allah dalam peribadatan
Dalil: AQ 26: 219 (Allah melihat) pergerakan badan kamu di antara orang2 yg sujud)
Hadis Muslim spt di atas," Ihsan itu bahawa engkau menyembah Allah, seolah-olah engkau melihat-Nya"

5. Islam
bahasa: Islam itu tunduk dan berserah diri
syara': Agama (deen) yg dibina atas lima asas: syahadah, solat, zakat, puasa dan haji (Hadis Muslim di atas # 8 dari kitab sahih, Hadis no 2 dalam Matan arba'een)

Bila digabungkan Islam dan Iman:
Islam ialah luaran (syari'at) dan Iman itu dalaman (penjagaan hati)

6. Mukmin
Seseorang yg menganut Islam, beriman dan bertaqwa atau seseorang yg menghayati ajaran Islam.
Dalil: alAnfal: 1-8 (Tafsir alManar Jld 10/126)

7. Nifaq
Merahsiakan isihatinya yg sebenar. Apa yg dizahirkan itu bercanggah dgn hatinya. Dalil:" mereka menyebut dgn lidahnya apa yg sama sekali tidak tersirat dalam jiwanya" AQ 3:167

8. Fasiq
bahasa: Fasaqa=menyimpang dari jalan asal.
syara': seseorang yg melakukan dosa atau yg dilarang agama maka telah melakukan fusuq (noda/dosa/keji), Jika fusuq ini bertambah-tambah, ia bertukar menjadi Fasiq. (Ibn Hajar, a I'lan fi Qawathi'il Islam).

Dll tu kena senaraikan pada siri kedua kot. WA

0 comments:

Post a Comment