firdaus_kamal »
Assalamu'alaikum...
1) Apakah hukumnya jika seseorang itu mencarut, mencaci, menghina sesama islam yang lain? Adakah orang yang menerima carutan/cacian/hinaan itu boleh membalas balik dengan kata-kata carutan/cacian/hinaan?
2) Apakah hukumnya jika sesama muslim tidak bertegur sapa disebabkan pernah berselisih faham (dicarut,dihina dan dicaci)?
3) Bagaimanakah cara yang terbaik untuk menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan yang berunsurkan makian/cacian dan hinaan? Terima kasih.
*************************************
thtl »
Jawab:
1. Hal ini dibicarakan dengan meluas dalam kitab-kitab tasawwuf: misalnya Ihya' Ulumiddin oleh Hujjatul Islam alGhazali, Tazkiyatun Nafs oleh Ustaz Sa'eed Hawwa, Tarbiyah Ruhiyah oleh Sa'eed Hawa, Madarij Saalikin oleh alhafeedz Ibn Qayyim alJauziah, Syaikh alGhazali, Khuluqul Muslim, Syakhsiyatul Muslim oleh Ali alHasyimi. Semua buku-buku tsb telah diterjemah, samada terjemahan Malaysia atau Indonesia. alGhazali (Ihya') meletakkan hal ini dalam bencana Lidah/Lisan yg ke7 dan ia amat dilarang keras oleh agama. Menurut alGhazali, orang yg dimaki tidak boleh membalas balik cacian/makian itu
2. Dalam kitab yg sama, alGhazali berpendapat tidak boleh tidak bertegur sapa melebihi tiga (3) hari
3. Itulah perlunya ilmu tasawwuf, yakni mendidik batin dan lidah memerlukan mujahadah jiwa, alGhazali menulis suatu bab khusus dalam kitab Ihya' tsb yg dinamakan Kitab Melatih Diri-mendidik budi pekerti. Allahu a'alam
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment