Dec 21, 2008

Bohong Yang Dibenarkan

Ada tak jenis bercakap bohong yg dibenarkan oleh Islam.Contohnye mereka alasan utk tidak hadir majlis yg kita tidak suka.Ada dak yer..kalo ada pun camana kira tu.Berdosa gak ker? Wassalam

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang terbatas, Insyaallah.

Mungkin ini yang diistilahkan sebagai BOHONG SUNAT dikalangan masyarakat kita. Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut mengenai permasalahan ini, ada baiknya kita lihat kembali sikap bercakap BENAR yang merupakan sifat yang dituntut didalam Islam.

Firman Allah swt :

يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan bersamalah dengan mereka yang melakukan kebenaran" - (Al-Taubah 9:119)

Berkata Ibnu Kathir (2/414):

أي : اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله ، وتنجوا من المهالك ، ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً .
"Maknanya : Berlaku benar dan beradalah didalam kebenaran dan anda adalah dikalangan ahlinya, dan akan diselamatkan dari bencana, dan akan dijadikan jalan keluar bagi masalah kamu".

Begitu mulianya sikap orang yang bercakap benar didalam Islam, dimana Allah swt akan memberinya jalan keluar dari masalah yang menimpa. Malah kelebihan orang yang berada didalam kebenaran ialah ia dapat memasukkan seseorang itu ke dalam syurga. Dari Hadith Nabi saw :

وعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ ( أي يبالغ فيه ويجتهد ) حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا . "
Abdullah ibn Mas'ood (r.a) berkata :"Rasulullah saw bersabda :'Anda mesti bercakap benar, kerana kebenaran akan membawa kepada kebajikan, dan kebajikan akan membawa kepada syurga. Seorang lelaki akan bercakap benar dan berusaha bercakap benar sehingga dia dicatitkan disisi Allah orang yg Sidiq (Orang yg bercakap benar). Awaslah dari bercakap bohong, kerana berbohong akan membawa kepada keburukan akhlak, dan keburukan akhlak akan membawa kepada neraka. Seseorang akan bercakap bohong dan cuba bercakap bohong sehinggalah Allah mencatitkan disisinya sebagai Pembohong" - Riwayat Muslim #4721).
-------------

Apakah boleh seseorang itu berbohong? Atau adakah wujudnya istilah Bohong Sunat?

Pada dasarnya, hukum berbohong adalah dilarang, tetapi terdapatnya beberapa keadaan dimana Islam membenarkan berbohong yang pada situasi tersebut lebih besar maknanya atau mengelak dari bahaya.

Salah satu keadaan ialah apabila seseorang itu menjadi orang tengah diantara dua pihak yang bertelagah diantara mereka, jika kesefahaman tidak dapat dicapai didalam apa cara, berbohong dibenarkan. Umi Kalsom meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :

ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فيَنْمي ( أي يبلّغ ) خيراً أو يقول خيراً
"Bukanlah dikatakan berbohong orang yang menyatukan antara 2 orang dan menyampaikan sesuatu yang baik atau berkata apa yang baik" - Riwayat Al-Bukhari #2495.

Contoh yang lain ialah seorang suami yang berbicara kepada isterinya, atau seorang wanita berbicara kepada suaminya, mengenai perkara yang boleh menguatkan perhubungan kasih-sayang diantara mereka, walaupun puji-pujian itu melampau. Asma' binti Yazid berkata :

ْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَحِلُّ الْكَذِبُ إِلا فِي ثَلاثٍ يُحَدِّثُ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ لِيُرْضِيَهَا وَالْكَذِبُ فِي الْحَرْبِ وَالْكَذِبُ لِيُصْلِحَ بَيْنَ النَّاسِ
Bersabda Rasulullah saw : "Berbohong tidak dibenarkan (halalkan) melainkan 3 keadaan : Lelaki yang bercakap kepada isterinya bertujuan mengembirakannya, berbohong semasa perang dan berbohong bagi menyatukan antara dua manusia" - Riwayat al-Tirmudzi #1862, kata beliau in Hadith Hasan, Sahih Muslim #4717.
----------------

Kesimpulannya, berlaku benar adalah sikap yang sangat dituntut didalam Islam. Namun demikian, jika ia bertujuan mengembirakan hati isteri yang tercinta dengan puji-pujian yang berlebihan atau dengan berbohong dapat menyelamatkan dari bahaya, maka ia dibenarkan. Dan tidaklah dikatakan berbohong jika keadaan ini berlaku. Sebagai penutup, kita paparkan kisah Imam Sufyan Al-Thauri dengan Khalifah al-Mahdi.

[color="#800000" size="2"]"Imam Sufian Al-Thauri telah dibawa kepada Khalifah al-Mahdi yang amat menyukai beliau. Tetapi apabila Al-Thauri ingin pulang, Khalifah mengatakan beliau kena tinggal disitu lagi. Al-Thauri bersumpah yang beliau akan datang balik. Beliau kemudian telah keluar tetapi meninggalkan kasutnya berdekatan dengan pintu. Setelah berapa ketika beliau telah datang balik untuk mengambil kasutnya, lantas pergi dari situ. Khalifah bertanyakan mengenai beliau, dan dia telah diberitahu bahawa Al-Thauri bersumpah akan datang balik, maka beliau datang balik dan mengambil kasutnya".
wallahu' alam

-wassalam-

Rujukan :

Tafsir Ibnu kathir. Al-Harf.

1 comments:

Anonymous said...

saya sedang mengandung. suami saya tidak mempercayai saya sejak kami mula berkahwin. dia sering menyuruh dan memaksa saya bersumpah dan jika sumpah saya adalah palsu maka akan jatuh talak satu ke atas saya. sudah dua kali dalam tempoh mengandung saya disuruh bersumpah perkara yang sama.
1) adakah jatuh talak ke atas saya jika ada di antara sumpah itu tidak benar kerana saya berniat untuk menyelamatkan rumah tangga saya.

2)selepas bersumpah kami ada bersama, tetapi tidak ada lafaz rujuk. adakah dikira rujuk sekiranya tanpa lafaz hanya sekadar perbuatan.

minta penjelasan.....

Post a Comment